Monday, August 31, 2009

KARANGAN : SEMANGAT PATRIOTIK REMAJA

Pendahuluan:

Tanggal 31 Ogos 2007, maka genap 50 tahun Malaysia merdeka. Pelbagai program telah dijalankan selama tempoh tersebut sebagai pengisian kemerdekaan. Namun begitu, akibat ledakan maklumat yang tanpa sempadan, sedikit demi sedikit masyarakat kini, terutama golongan remaja kehilangan semangat patriotik dalam diri mereka.

Isi Karangan:

1. Kerajaan berhasrat melahirkan generasi bersemangat patriotik.
- Mengadakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
- Aktiviti PLKN merangkumi penghayatan ilmu pengetahuan,
ketatanegaraan, bina insan, dan khidmat komuniti
- penerapan nilai murni semasa PLKN iaitu memantapkan kekuatan
jati diri, kekuatan fizikal dan rohani.

2. Penglibatan remaja dalam aktiviti sambutan Bulan Kemerdekaan
- menyertai Perarakan Hari Kebangsaan, Program Kibarkan Jalur Gemilang,
menyertai pertandingan deklamasi sajak Hari Merdeka dan aktiviti-aktiviti lain
yang bercorak patriotik - dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam
diri remaja.

3. Peranan kerajaan, media massa dan badan-badan bukan kerajaan menjadi pencetus kepada semangat patriotik remaja.

a) Media massa – menerbitkan program berbentuk dokumentari, rencana yang bercorak patriotisme atau filem-filem yang memaparkan tokoh pejuang bangsa.
b) Bicara tokoh – temuramah dengan pejuang kemerdekaan


Kesimpulan:

Pelbagai pihak perlu memainkan peranan aktif dalam menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja agar mereka menempuh kehidupan dengan nilai jati diri yang utuh, bak kata, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Oleh itu, penglibatan golongan ini dalam aktiviti yang berteraskan patriotisme sememangnya wajar kerana merekalah tonggak kepimpinan akan datang.

No comments:

Post a Comment