Monday, August 31, 2009

KARANGAN : CARA MANFAAT MASA LAPANG

Pendahuluan:

Memanfaatkan masa lapang amat penting bagi golongan remaja pada masa kini. Hal ini demikian kerana dengan cara memanfaatkan masa lapang akan dapat menghindarkan seseorang itu daripada gejala yang tidak baik seperti budaya lepak, lumba haram, masalah pergaulan bebas dan sebagainya. Sememangnya Tuhan memberikan kita masa selama 24 jam sehari, maka bergantunglah kepada kita untuk memanfaatkan masa itu dengan sebaik-baiknya agar tidak merugikan diri sendiri, bak kata pepatah, “masa itu emas”.

Isi karangan:

1. Golongan pelajar boleh memanfaatkan masa lapang
- dengan mengulangkaji pelajaran
- menyiapkan kerja rumah.
- dengan cara memanfaatkan masa lapang, pelajar sentiasa bersedia
menghadapi peperiksaan.

2. Memanfaatkan masa lapang dengan melakukan aktiviti riadah
- dapat menyihatkan badan
- menjalankan gaya hidup sihat, dapat menghindari penyakit
- merehatkan badan dan minda setelah penat bekerja

3. Mengadakan lawatan sambil belajar atau melancong
- jauh berjalan luas pemandangan
- menambahkan ilmu pengetahuan tentang negara sendiri atau negara orang
- pengetahuan boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran di bilik darjah

4. Membantu ibu bapa melakukan kerja rumah
- cara membalas jasa ibu bapa
- meringankan beban tugas ibu bapa
- mengasah kemahiran atau bakat yang ada. Contoh, membantu ibu memasak
- memastikan persekitaran rumah bersih dan selamat didiami

Kesimpulan:

Setiap anggota masyarakat perlu tahu bagaimana cara yang baik untuk memanfaatkan masa lapang. Pengisian masa lapang dengan pelbagai perkara berfaedah akan dapat memberi pulangan yang baik kepada setiap individu.

1 comment: