Monday, August 31, 2009

KARANAGN : PELANCONGAN DESA

Pelancongan Desa merupakan salah satu aktiviti yang dapat menghasilkan pendapatan kepada penduduk kampung dan seterusnya memberi manfaat kepada negara.
Pelancongan ini diperkenalkan sebagai usaha menggalakkan aktiviti ekonomi dalam kalangan penduduk.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri ini agar terus berkembang maju.

Tema: Pelancongan Desa
Isu: Langkah-langkah memajukan Pelancongan Desa

Menulis karangan:

1.Pendahuluan:

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan yang kian berkembang maju.
-Tahun 2000, 10.2 juta pelancong berkunjung ke Malaysia.
-Malaysia negara ketiga paling ramai menerima pelancong Asia Timur selepas China dan Hong Kong.

Pelancongan Desa – satu kosep yang unik, sangat sesuai bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menjalani cara hidup masyarakat Melayu.

-Pelancongan Desa yang berasaskan pertanian misalnya dapat memberi pengalaman kepada pelancong menghargai hidup kampung dan merasai nikmat alam semulajadi dengan melawat ladang buah-buahan, sayur-sayuran dan ternakan.







2.Isi-isi: Langkah-langkah
a) Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur. seperti infrastruktur kawasan antaranya rumah penginapan, kantin, bekalan air bersih, elektrik dan kemudahan asas yang lain.
b) Menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki bukit dan gunung, memancing, berkhemah, melawat gua, merentas hutan , memerhati burung, melawat lading, kebun buah-buahan, berbasikal dan sebagainya.

b) Mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelawat daripada dalam negeri dan luar negeri melalui kerjasama agensi-agensi kerajaan dan swasta.

d) Membangunkan kawasan desa yang sesuai untuk tujuan pelancongan dengan menyediakan penginapan dan kawasan menjamu selera.


Kesimpulan:
Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna.

No comments:

Post a Comment