Monday, August 31, 2009

KARANGAN : KERACUNAN MAKANAN

Pendahuluan:

Kejadian murid atau pelajar sekolah mengalami keracunan makanan kerap berlaku di negara ini. Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan murid atau pelajar yang terlibat ketinggalan dalam pelajaran kerana terpaksa bermalam di hospital selama beberapa hari tetapi meletakkan nyawa mereka dalam bahaya. Kebanyakan kejadian itu berpunca daripada pengabaian kebersihan makanan dan cara penyediaan makanan yang tidak dititikberatkan soal-soal kebersihannya. Hal ini dapat dielakkan jika semua pihak berhati-hati dalam soal kebersihan.

Isi karangan: Langkah-langkah untuk mengelakkan keracunan makanan berlaku

1. Para penyelia dan pembekal makanan mestilah mengamalkan kebersihan
- memastikan makanan yang disediakan dan dibekalkan bersih
- mesti memastikan makanan yang disediakan belum mencapai tarikh luput.
- Tahap kesihatan petugas-petugas di kantin perlu berada pada keadaan yang
baik.

2. Peranan pelajar
- mengelakkan diri mereka daripada makan di kawasan yang terdedah pada
persekitaran yang kotor.
- perlu senantiasa berwaspada terhadap makanan yang dimakan belum luput
Tarikh.
- mengamalkan kebersihan – basuh tangan sebelum makan

3. Pihak Kementerian Kesihatan
- membuat pengawasan aspek kebersihan terhadap pengusaha dan pembekal
makanan.
- pemantauan dibuat secara berkala dan kerap – bukan sekadar hangat-hangat tahi
ayam.
- mengenakan denda kepada pengusaha dan pembekal makanan yang melanggar
peraturan.
- mengadakan kempen kepada pelajar sekolah – tujuan untuk mendidik pelajar
tentang peri pentingnya aspek penjagaan kebersihan makanan.

Kesimpulan:

Masalah keracunan makanan dalam kalangan pelajar tidak akan berlaku seandainya semua pihak sedar akan tanggungjawab masing-masing. Pengusaha dan pembekal makanan tidak harus ‘menganiaya” dan “mengorbankan” para pelajar semata-mata hendak mengaut keuntungan yang besar. Pelajar pula tidak harus membiarkan rasa lapar dan dahaga menguasai diri sehingga mengabaikan “kemurnian” makanan dan minuman yang hendak diisikan ke dalam perut.

No comments:

Post a Comment