Friday, October 16, 2009

Tajuk Fokus Prinsip Akaun : Analisis Soalan TRIAL SPM 2009

1. DOKUMEN
2. PERKONGSIAN (PEMBUBARAN)
3. TITIK PULANGAN MODAL
4. REKOD TIDAK LENGKAP (ANALISIS)
5. PENYATA PENYESUAIAN BANK
6. SUSUT NILAI, PERUNTUKAN SUSUT NILAI, PELARASAN PELUPUSAN ASET
7. TAFSIRAN PENYATA KEWANGAN
8. HUTANG LAPUK, PERUNTUKAN HUTANG RAGU

*Sumber ini diperoleh dari Seminar Perinsip Akaun yang disampaikan oleh CgNarzuki....

Wednesday, October 14, 2009

3A+ + 3A- = 0A ???

Gred baru A+ akan diperkenalkan bagi SPM

PETALING JAYA: Sistem penilaian baru bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diperkenalkan mulai tahun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pertukaran itu akan memberi perincian kepada pecahan tahap pencapaian pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut.

“Perubahan itu bermakna akan ada gred baru iaitu A+. Sebelum ini tahap pencapaian tertinggi SPM adalah 1A,” ujar beliau dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Dalam sistem sedia ada, para pelajar akan digredkan kepada 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6D, 7D, 8E, dan 9G.

Sementara itu, gred baru yang akan diperkenalkan adalah A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G.

Alimuddin berkata, perubahan itu berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pelbagai pihak kerana dalam sistem sedia ada, tiada pecahan terperinci untuk calon yang cemerlang.

“Perubahan ini dapat melahirkan calon peperiksaan yang lebih layak agar mereka dipilih untuk program latihan dan tawaran biasiswa, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini,” tambah beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun lepas berkata, satu kategori baru akan diwujudkan dalam pemberian biasiswa Jabatan Perhubungan Awam (JPA).

Kategori baru yang akan diperkenalkan mulai tahun depan hanya berdasarkan merit dan bukannya bangsa.

Menurut Alimuddin, Kabinet telah meluluskan pertukaran gred tersebut pada bulan lepas.

“Ini tiada kaitan dengan peperiksaan SPM kerana ini hanya melibatkan gred,” ujarnya.

Katanya, guru besar di semua sekolah menengah telah diarah untuk menerangkan mengenai sistem baru tersebut kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.