Sunday, August 2, 2009

Drama penting 2009

Drama penting 2009

A. JANGAN BUNUH RAMA-RAMA

ULASAN 1 (mengikut babak)

A. TEMA.
...............Nilai keagamaan yang mendalam dalam diri manusia yang kebiasaannya mempunyai elemen baik dan jahat. Sebagai contohnya, sebelum menjadi Badut, Badut ialah seorang raja yang kejam terhadap makhluk lain seperti rama-rama. Setelah menjadi Badut, baginda tidak lagi bersikap demikian malah menjadi seorang yang menyayangi makhluk lain serta sering menggembirakan orang lain.

B. PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN MENGIKUT BABAK.
Babak 1 : Raja dan rama-rama
Persoalan:
1. perbuatan jahat yang dibalas dengan kebaikan. (rama2 membantu menyelamatkan raja walaupun cuba ditangkap)
2. sikap manusia yang tamak dan rakus sehingga sanggup menzalimi makhluk yang lemah. (permaisuri ingin rama2 sebagai perhiasan sehingga sanggup menangkap rama2)
3. keluhuran budi dan keikhlasan hati. (rama2 menolong raja yang terperangkap dalam kolam air panas)
Nilai
1. Baik hati (rama2 membantu raja yang terperangkap dalam kolam air panas)
2. Kesederhanaan (permaisuri suka menunjuk-nunjuk kelebihannya daripada orang lain dan tiada nilai kesederhanaan)
3. bantu-membantu (rama2 membantu raja yang sedang dalam kesusahan kerana terjatuh dalam kolam air panas)
Pengajaran
1. Kita mestilah bersikap baik hati dan tidak berdendam. (rama2 membantu raja dan tidak berdendam dengan raja yang cuba menangkapnya)
2. Sebagai hamba Allah, kita mestilah bersederhana dan tidak menunjuk2 kelebihan diri kita kepada orang lain. (permaisuri suka dilihat lebih cantik daripada orang lain)
3. Kita hendaklah membantu orang yang sedang dalam kesusahan dengan ikhlas. (rama2 membantu raja yang terjatuh dalam kolam air panas)
Babak 2 : Juragan
Persoalan
1. perjalanan hidup yang perlukan panduan dan pegangan lurus. (Juragan belayar tanpa mengetahui tujuannya)
2. Semangat membantu orang lain yang sedang menuju kesesatan hidup tanpa panduan agama. (Badut menasihati Juragan supaya mengikuti panduan iaitu ugama)
Nilai
1.Keimanan (juragan hidup tanpa berpegang pada agama sehingga tiada arah tujuan hidup)
2.Bantu-membantu. (Badut membantu juragan dengan menasihatinya supaya berpegang pada agama sebagai panduan hidup)
Pengajaran
1. Kita mestilah berpegang pada agama agar kehidupan kita mempunyai arah tujuan. (juragan hidup tanpa arah tujuan kerana tidak berpegang pada agama)
2. Kita mestilah membantu orang lain supaya dapat member kehidupan berlandaskan keimanan/ agama. (Badut menasihati juragan supaya berpegang pada agama)

Babak 3: Askar dan orang tawanan
Persoalan
1. Manusia adalah sama di sisi Tuhan.
2. Kemuliaan seseorang adalah bergantung pada keimanannya.
Nilai
1. keimanan (askar menyatakan Tuhannya satu begitu juga dengan orang tawanan)
2. Kesamaan/ keadilan (askar menggantikan tempat orang tawanan kerana berasakan dirinya sama di sisi Tuhan dengan orang tawanan tersebut.
Pengajaran
1. Kita mestilah sentiasa menjaga keimanan kita kepada Tuhan. (Askar dan tawanan menjelaskan bahawa Tuhan mereka satu dan sama)
2. Kita mestilah bersikap adil dan mulia kerana sikap mulia tinggi nilainya di sisi Tuhan. (askar sanggup mengambil tempat orang tawanan)

Babak 4: Petapa tidak tenteram
Persoalan
1. Perlunya keikhlasan hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (petapa tidak tenteram walaupun beratus2 tahun bertapa)
2. Perasaan tidak tenteram kerana kerja murni yang dilakukan tidak ikhlas. (petapa merasakan hidupnya kosong)
Nilai
1. keikhlasan (petapa melakukan sesuatu kerja tanpa keikhlasan sehingga merasakan jiwanya kosong)
2. bantu-membantu (Badut menasihati petapa supaya melakukan pekerjaan dengan hati yang ikhlas)
Pengajaran
1. kita mestilah melakukan sesuatu pekerjaan dengan hati yang ikhlas. (petapa yang tidak ikhlas merasa jiwanya tidak tenteram)
2. Kita mestilah membantu orang yang memerlukan bantuan. (Badut membantu petapa dengan member nasihat supaya melakukan pekerjaan itu dengan ikhlas)
Babak 5: Wak Keletung Marah
Persoalan
1. Perpecahan dalam kalangan masyarakat. (berlakunya sembahyang 2 imam dalam kampung wak Keletung)
2. Manusia perlu bermaufakat dalam melaksanakan tugas beragama. (wak Keletung marah dan hendak menembak orang yang sembahyang 2 imam)
Nilai
1. perpaduan (masyarakat perlu berpadu dan tidak wujud sembahyang 2 imam)
2. kesabaran (wak Keletung tidak menahan marah dan tidak menembak bekas pengikutnya yang dahulu setia dengannya/ satu imam)
Pengajaran

1. Kita perlu bersatu padu bagi mengelakkan perpecahan dalam masyarakat. (masyarakat tidak bersatu padu sehingga ada sembahyang 2 imam)
2. Kita hendaklah bersabar dan tidak melakukan pekerjaan menyalahi agama. (Wak Keletung tidak menembak orang yang mengkhianatinya kerana telah bertukar imam)

Babak 6: Mek Bongsu
Persoalan
1. Sikap manusia yang lupa diri setelah mendapat kemewahan. (mek Bongsu lupa diri setelah diulit kemewahan apabila berkahwin dengan Saudagar Shah Alam)
2. Tanggungjawab manusia sebagai makhluk Tuhan dan khalifah di muka bumi ini. (mek Bongsu sedar dari kesilapannya dan membantu orang susah)
Nilai
1. keinsafan (Mek Bongsu insaf dari kesalahannya setelah lupa diri apabila berkahwin dengan) saudagar)
2. Tanggungjawab (Mek Bongsu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai makhluk Tuhan kepada golongan susah)
Pengajaran
1. Kita mesti berasa rendah diri dan tidak melupai asal usul kita setelah diberi kekayaan oleh Tuhan (Mek Bongsu lupa diri setelah berkahwin dengan saudagar kaya)
2. Kita mestilah menjalankan tanggungjawab kita untuk membantu golongan orang yang hidup susah. (Mek Bongsu sedar kesilapannya dan membantu golongan susah)

Babak 7: Bidan Tuk Mah
Persoalan
1. Ketabahan melawan hawa nafsu. (Bidan Tuk Mah lari dari kesenangan hidup sebagai anak raja kerana ingin menjadi manusia beriman dengan mengikut Peran membantu orang ramai)
2. Kedudukan dan kemewahan bukan penentu ketenangan jiwa. (Tuk Mah tidak berasa tenang walaupun hidup sebagai anak raja)
3. Keberanian mengubah kehidupan demi menghambakan diri kepada Tuhan. (Tuk Mah keluar dari kemewahan untuk berbakti kepada orang ramai sebagai bidan)
Nilai
1. bantu-membantu (Tuk Mah dan Peran membantu mengubati orang buta di sebuah kampung)
2. keyakinan (Tuk Mah yakin dapat berbakti kepada orang ramai dengan mengikut Peran)
3. Keberanian (Tuk Mah berani membuat keputusan penting dalam hidupnya yntuk mengikuti Peran)

Pengajaran
1. Kita mestilah sanggup berkorban demi membantu orang lain yang sedang dalam kesusahan. (Tuk Mah sanggup meninggalkan keluarganya iaitu keturunan raja kerana mengikut Peran membantu orang lain dan berdakwah)
2. Kita mestilah yakin dalam melaksanakan sesuatu tugas atau membuat perubahan. (Tuk Mah yakin dengan keputusannya meninggalkan keluarganya)
3. Kita mestilah berani membuat keputusan penting dalam hidup kita. (Tuk Mah berani membuat keputusan mengikut Peran untuk berbakti kepada orang ramai)


C. WATAK DAN PERWATAKAN
Nur Atma I dan II
- Perempuan tua yang banyak pengalaman
- Kurang penglihatan/pendengaran
- Peka terhadap persekitaran
- Badannya lemah/ jalannya lambat
- mudah simpati – simpati pada juragan yang tiada arah tujuan.

Raja/Badut
- Lingkungan 35 tahun
- Raja yang kaya-raya
- Gemar memburu rama-rama (permintaan permaisuri)
- Penyayang (memenuhi permintaan permaisurinya)
- Insaf akan kesalahan
- sentiasa menghiburkan orang lain

Bidan Tuk Mah
- Dikenali sebagai Emas Asa Puteri Shahrul Karimah
- Tidak mementingkan kedudukan dan status
- Mengikuti rombongan Peran
- Mendapat ilmu membidan dan mengubat orang sakit
- Usianya 40 tahun
- mahir membuat ubat tradisional dan menjualnya
- suka membantu orang dalam kesusahan.
- Berani membuat keputusan penting dalam hidupnya (mengikut Peran)

Wak Keletung
- Tukang cerita
- Berdakwah melalui ceritanya
- Bercakap bahasa daerah Trengganu
- seorang yang agak pemarah (nak tembak orang)

D. LATAR
Latar Tempat
- Istana – Raja/Badut dan Permaisuri
- Telaga – tempat Raja tergelincir lalu jatuh
- Hutan – Raja mencari rama-rama
- Kampung – Peran bertapak di kampung ini
- Laut – Juragan belayar tetapi tidak tahu arah tujuan.

Latar Masa
- Waktu Subuh – sewaktu Raja diselamatkan oleh rama-rama
- Malam – Wak Keletung menceritakan Tuk mah menonton sebuah persembahan

Latar Masyarakat
- Golongan istana yang hidup mewah (Permaisuri)
- Masyarakat yang tidak mementingkan kemewahan dan harta benda (Tuk Mah)
- Masyarakat yang sering membantu orang lain (Tk Mah dan Mek Bongsu)
- Masyarakat yang kuat keimanannya (Peran berdakwah sambil membantu orang susah)
- Masyarakat yang berpecah belah – (sembahyang 2 imam)


E.GAYA BAHASA
1. Penggunaan dialog berbentuk puisi
2. Repitasi/ pengulangan – mana pulau, mana tanjung, mana langit……….
3. Bahasa Arab – Alhamdulillah, Subhanaallah
4. Metafora – embun rahmat
5. personafikasi – rebut begitu menggila di kampung itu
6. inverse – jatuh di muara tenggelam tidak.

....................................................................................................................................
Huraian Jangan Bunuh Rama-rama 2 (Huraian umum)

SINOPSIS
Drama ini mengisahkan kehidupan dan sifat-sifat dalam diri manusia yang sentiasa bertentangan antara kebaikan dan keburukan. Manusia perlu mempunyai iman yang kuat untuk membuat pilihan antara kedua-dua sifat ini. Hal ini digambarkan melalui watak Raja yang suka memburu rama-rama untuk memenuhi keinginan permaisurinya yang mementingkan diri sendiri. Ketika mengejar rama-rama yang kecil dan cantik, Raja terjatuh ke dalam telaga air panas. Air yang mendidih itu menjadi dingin dan nyaman apabila menolong mengipaskannya. Dalam kisah Wak Keletung pula menceritakan tentang Mek Bongsu yang leka diulit kemewahan setelah berkahwin dengan saudagar Syah Alam. Akhirnya dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai khalifah dan makhluk Tuhan. Sementara itu, Bidan Tuk Mah yang asalnya bernama Emas Asa Puteri Shahrul Karimah pula meninggalkan kemewahan dan gelarannya kerana mengikut Peran yang mengajarnya tentang hakikat kehidupan dan bahawa peranan manusia dijadikan Tuhan adalah untuk memberi manfaat dan membawa erti kepada diri sendiri, sesama manusia dan kepada Tuhan yang menjadikan makhluk dan isi alam.

TEMA
Keagamaan yang mendalam dapat menentukan arah pilihan yang betul

PERSOALAN
- Perbuatan jahat yang dibalas dengan kebaikan
- Manusia adalah sama di sisi Tuhan
- Kekayaan tidak menjamin kebahagiaan

WATAK DAN PERWATAKAN
I.Nur Atma I dan II
- Perempuan tua yang banyak pengalaman
- Kurang penglihatan/pendengaran
- Peka terhadap persekitaran

II.Raja/Badut
- Lingkungan 35 tahun
- Raja yang kaya-raya
- Gemar memburu rama-rama
- Penyayang
- Insaf akan kesalahan

III.Bidan Tuk Mah
- Dikenali sebagai Emas Asa Puteri Shahrul Karimah
- Tidak mementingkan kedudukan dan status
- Mengikuti rombongan Peran
- Mendapat ilmu membidan dan mengubat orang sakit

IV.Wak Keletung
- Tukang cerita
- Berdakwah melalui ceritanya

LATAR
I.Latar Tempat
- Istana – Raja/Badut dan Permaisuri
- Telaga – tempat Raja tergelincir lalu jatuh
- Hutan – Raja mencari rama-rama
- Kampung – Peran bertapak di kampung ini

II.Latar Masa
- Waktu Subuh – sewaktu Raja diselamatkan oleh rama-rama
- Malam – Wak Keletung menceritakan Tuk mah menonton sebuah persembahan

III.Latar Masyarakat
- Golongan istana yang hidup mewah
- Masyarakat yang tidak mementingkan kemewahan dan harta benda
- Masyarakat yang sering membantu orang lain
- Kekayaan tidak menjamin kebahagiaan

NILAI
- Kasih sayang – sesama makhluk termasuk rama-rama
- Belas kasihan – Raja mempunyai sifat ihsan kepada rama-rama yang dibunuh
- Bantu membantu – rama-rama menyelamatkan Raja

PENGAJARAN
- Kita mestilah kasih kepada semua makhluk
- Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan
- Kita mestilah menggunakan kebijaksanaan membuat keputusan
.....................................................................................................................................

B. PUTERI LI PO (Nota 1)

SINOPSIS
Puteri Li Po berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Walaupun berkahwin dengan Sultan, Li Po tetap berasa sedih. Tuanku Puteri Li Po dipujuk oleh dayang-dayang dengan memberikan buah-buahan seperti rambutan. Li Po menjamah sedikit sahaja sebagai mengambil hati dayang. Li Po tertidur di taman dan bermimpi didatangi Sultan Mansur Syah yang menyerupai Jin Afrit. Li Po diberikan gelaran ‘ hang’ kerana Li Po pandai menyesuaikan dirinya di tempat yang amat asing baginya. Li Po meminta Tuanku Sultan berkirim salam kepada Maharaja Cina tetapi suaminya itu keberatan untuk berbuat demikian. Puteri Raden Galoh Cendera Kirana yang merupakan isteri ketiga sultan memberitahu raja Majapahit pernah terkena tulah kerana menyampaikan salam. Li Po jatuh hati kepada Hang Jebat. Tuanku puteri meminta Dang Wangi memberitahu Hang Jebat bahawa tuanku puteri ingin berjumpa dengannya. Puteri Li Po meluahkan rasa hatinya kepada Hang Jebat tetapi Hang Jebat menolaknya dengan baik. Dang Wangi memberitahu Li Po bahawa dialah kekasih hati Hang Jebat. Li Po terkejut kerana Dang Wangi tidak memberitahunya sejak awal lagi. Li Po menyesal akan perbuatannya. Sultan Mansur Syah gembira dengan perubahan sikap Li Po dan lebih gembira lagi apabila mendapat tahu Li Po kini berbadan dua.


TEMA
Dilema dan konflik seorang puteri yang berkahwin dengan pasangan yang berlainan budaya.


PERSOALAN
-Kedaulatan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu
-Kesetiaan pembesar kepada Sultan
-Keagungan Kerajaan Melaka
-Kesetiaan isteri kepada suami


WATAK DAN PERWATAKAN

I.Puteri Li Po
-Isteri ke-4 Sultan Melaka
-Parasnya cantik/18 tahun
-Berani/berterus terang
-Menginsafi kesalahan diri


II.Hang Jebat
-Hulubalang Melaka
-Kekasih Dang Wangi
-Tegas pendirian
-Setia kepada sultan/Kerajaan Melaka

III.Dang Wangi
-Dayang istana Puteri Li Po
-Setia dan patuh


IV.Sultan Mansor Syah
-Sultan Melaka abad ke-15
-Bijaksana
-Sabar/bertolak ansur


LATAR

I.Latar Tempat
-Taman larangan istana
-Balai penghadapan


II.Latar Masa
-Zaman Kesultanan Melayu Melaka, kurun ke-15
-Waktu malam – Dang Wangi membawa dian ke bilik peraduan Puteri Li Po


III.Latar Masyarakat
-Masyarakat zaman Kesultanan Melayu Melaka
-Masyarakat yang setia kepada raja
-Masyarakat yang menjalinkan hubungan diplomatik

NILAI
-Kasih sayang – Sultan amat meyayangi isteri-isteri baginda
-Kesetiaan – Jebat setia kepada Raja dan Kerajaan Melaka
-Bijaksana – Puteri Li Po dapat menyesuaikan diri di tempat baharu


PENGAJARAN
-Kita hendaklah taat setia kepada raja
-Sebagai isteri, kita mestilah taat kepada suami
-Kita seharusnya pandai menyesuaikan diri di mana-mana

..............................................................................................................................................

B. PUTERI LI PO (Nota 2)


TEMA
Kasih sayang dapat menyatukan manusia dari benua yang berlainan.


PERSOALAN
1. Pengorbanan seorang puteri yang terpaksa berjauhan daripada keluarganya dan tanah air demi mengukuhkan hubungan diplomatik dua negara melalui perkahwinan.
2. Adat istiadat Melayu yang memiliki ciri dan keistimewaan tersendiri.
3. Ketaatan pembesar negeri kepada sultan yang tidak berbelah bagi, mereka lebih rela mati daripada menderhaka.
4. Usaha yang gigih untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya yang serba baru.


WATAK DAN PERWATAKAN

I.PUTERI HANG LI PO
1. Puteri negeri China berwajah cantik yang berusia 18 tahun
2. Mukanya bujur sirih,matanya sepet dan tirus di hujungnya
3. Isteri keempat Sultan Mansur Syah.
4. Baik hati dengan dayang-dayang.
5. Sentiasa kesunyian kerana sering ditinggal sultan sendirian di istana.
6. Emosional. Buktinya, apabila dipertemukan dengan tiga orang madunya, dia berasa terhina lalu mengamuk di istananya.
7. Mendapat gelaran �Hang� kerana tabah menyesuaikan diri di negara orang.
8. Mudah jatuh hati. Buktinya, dia jatuh cinta kepada Hang Jebat dan meluahkan perasaan cintanya kepada Hang Jebat tanpa memikirkan risiko daripada perbuatannya itu.


II.SULTAN MANSUR SYAH
1. Sultan Melaka pada kurun ke -15
2. Mempunyai 4 orang isteri, iaitu Permaisuri Nur Pualam, Tengku Puteri Wanang Sari, Raden Galoh Cendera Kirana dan Puteri Hang Li Po.
3. Raja yang adil dalam pemerintahannya.
4. Sultan yang berdaulat. Buktinya apabila baginda berkirim salam kepada ayahanda mertuanya, Maharaja China itu terkena penyakit gatal-gatal dan sembuh setelah menggunakan air yang didaulatkan oleh baginda.


III.HANG JEBAT
1. Pahlawan yang berani bergelar laksamana.
2. Sangat taat kepada sultan melaka,
3. Merupakan kekasih Dang Wangi, iaitu dayang di istana Puteri Hang Li Po.
4. Teguh imannya.Buktinya, dia menolak luahan cinta Puteri Hang Li Po kerana dia tahu bahawa hubungan sulit dengan isteri orang dilarang oleh agama.


IV.TUN PERPATIH PUTIH
1. Seorang bendahara selaku penasihat
2. Tempat Puteri Hang Li Po meluahkan segala masalahnya


V.DANG WANGI
1. Dayang di istana Puteri Hang Li Po.
2. Kekasih Laksaman Hang Jebat
3. Dihalau bekerja di istana Puteri Nur Pualam (madu Puteri Hang Li Po) setelah deliau mengetahui bahawa dia mempunyai hubungan dengan Hang Jebat.


LATAR

I.LATAR TEMPAT
* Negeri Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka .
* di taman larangan, di bilik tetamu istana,balai penghadapan istana Melaka ,di bilik peraduan istana


II.LATAR MASA
* Kurun ke 15 pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah.


III.LATAR MASYARAKAT
* Masyarakat Melayu lama
* Masyarakat yang ada susun lapis masyarakat iaitu golongan raja,pembesar dan rakyat
* Masyarakat yang sangat taat kepada raja iaitu Laksamana Hang Jebat
* Masyarakat yang ada hubungan antarabangsa iaitu Melaka mempunyai hubungan dengan China dan Majapahit.
* Masyarakat yang mengamalkan poligami iaitu Sutan Mansur Syah yang memiliki empat orang isteri.


PLOT
* Permulaan - Puteri Hang Li Po yang berasal dari negara China berasa kesepian di istananya. Dia tidak suka akan suaminya, Sultan Mansur Syah kerana jarang -jarang datang ke istananya. Beliau hanya bertemankan dayang-dayang istana.

* Perkembangan - Puteri Hang Li Po dianugerahi gelaran " hang " oleh Sultan Mansur Syah. Dalam majlis itu beliau diperkenalkan kepada tiga orang madunya. Puteri Hang Li Po berasa terhina dan mengamuk apabila balik ke istananya.

* Perumitan - Setibanya di istana ,Raden Galoh telah memujuk Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Syah pula sudah lama tidak berkunjung ke istana Puteri Hang Li Po. Hal ini menyebabkan Puteri Hang Li Po berasa sunyi dan teringat akan Hang Jebat.

* Puncak / klimaks - Beliau pun memanggil Hang Jebat lalu meluahkan perasaan cintanya tetapi ditolak. Puteri Hang Li Po berasa malu lantaran cintanya ditolak oleh Hang Jebat. Apabila beliau mengetahui bahawa Dang Wangi merupakan kekasih Hang Jebat, Dang Wangi telah ditukarkan ke istana Nur Pualam.

* Peleraian - Puteri Hang Li Po menyedari kesilapannya lalu mengubah sikap dengan berusaha untuk mencintai suaminya dan menjaga nama baik suaminya (Sultan Mansur Syah). Tambahan pula, dia sudah hamil.


GAYA BAHASA
1. Penggunaan bahasa istana .Contohnya; patik,tuanku, pacal dan murka.
2. Penggunaan bahasa Arab . Contohnya; syukur,Insyaallah.
3. Peribahasa. Contohnya; kecil hati ,lupa daratan,gelap mata ,menangguk di air keruh, berbadan dua, pucuk dicita ulam tiba.
4. Simile. Contohnya; sungguh menarik tuanku puteri seperti pinang pulang ke tampuk.
5. Metafora. Contohnya; badai hidup,api kasih.


NILAI
1. KeadiIan. Contohnya,Sultan Mansur Syah memerintah negeri Melaka dengan adil sehingga semua pembesar dan rakyat menyukainya.
2. Baik hati. Contohnya, Puteri Li Po sangat baik dengan dayang-dayang istananya.
3. Ketaatan. Contohnya,Hang Jebat menunaikan segala arahan Sultan Mansur Syah dan tidak berani menderhaka kepada baginda.
4. Kasih sayang. Contohnya, Sultan Mansur Syah sangat sayang akan kesemua isteri-isterinya.
5. Ketabahan / kesabaran . Contohnya, Puteri Hang Li Po menghadapi pelbagai kesulitan ketika mahu menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di Melaka yang jauh berbeza daripada kehidupannya di negara China.


PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran dan adat resam di tempat baru.
2. Kita hendaklah sentiasa menumpahkan taat setianya kepada raja yang adil.
3. Kita hendaklah bijak menghindari diri daripada perkara negatif.
4. Kita hendaklah sentiasa berbaik hati antara satu sama lain.
5. Seseorang isteri hendaklah setia kepada suami.
6. Raja hendaklah memerintah dengan adil dan mengasihi rakyatnya.


..................................................................................................................................


C. SERUNAI MALAM


TEMA
Perbezaan pandangan tentang kerjaya akibat latar belakang yang berbeza.


PERSOALAN
i. Perbezaan pendapat tentang tempat bekerja.
ii. Cara orang bertunang bermesra.
iii. Keinginan untuk melawat ke luar negara
iv. Amalan beragama


WATAK DAN PERWATAKAN

i. Umar
- anak kepada Majid dan Minah
- telah bertunang dengan Safiah
- seorang graduan yang bakal menerima ijazah
- bercita-cita menjadi guru dan bertugas di kampung
- penyabar, pandai memujuk, mengusik, dan berbudi bahasa


ii. Safiah
- anak gadis Limah
- ayahnya Pegawai Tinggi di Kementerian Pendidikan
- gemar akan kehidupan moden dan berharap tunangnya bekerja di luar negara
- mudah merajuk tetapi mudah dipujuk


iii. Limah
- ibu Safiah
- penyayang, bertanggungjawab, dan tidak lupa diri


iv. Majid
- bapa Umar dan tinggal di kampung
- mengusahakan dusun dan sawah untuk menyara kehidupan
- mementingkan pendidikan terhadap anaknya
- berpegang kuat kepada agama


GAYA BAHASA

i. Bahasa Inggeris
– Contohnya : degree, you, childish, dan Foreign Service

ii. Bahasa Arab
– Contohnya : Alhamdulillah

iii. Sinkof
– Contohnya : mak, nak, tu, dan ni

iv. Kata-kata mengejek
– Contohnya : Safiah : Apa yang boleh dibuat di kampung?


LATAR

i. Latar Tempat
- ruang tamu rumah Safiah
- universiti, kampung, dan Selat Tebrau

ii. Latar Masa
- pagi hingga tengah hari

iii. Latar Masyarakat
- masyarakat kampung yang mementingkan agama dan cara berpakaian yang sopan
- masyarakat moden yang bangga hidup sebagai golongan elit dan suka melancong ke luar negara
- masyarakat kampus yang tekun belajar untuk mendapatkan ijazah


PENGAJARAN
i. Kita perlu cinta akan tanah air.
ii. Kita hendaklah mempertahankan nilai ketimuran.
iii. Kita hendaklah mempunyai jati diri.
iv. Kita hendaklah mengamalkan semangat kejiranan.

No comments:

Post a Comment