Monday, August 31, 2009

KARANGAN : Semangat cinta akan tanah air

Semangat cinta akan negara perlu dipupuk sejak kecil. Hal ini bagi mengekalkan keamanan, kehamonian dan kesejahteraan di negara kita.

Sebagai pelajar, berikan komen anda berhubung pernyataan tersebut.

Tema : Semangat cinta akan tanah air.

Isu : Langkah-langkah memupuk semangat cinta akan tanah air dan kepentingannya.

Menulis karangan:

1. Pendahuluan:

Mulakan dengan peribahasa: ‘Kalau melentur buluh, biar dari rebungnya” atau peribahasa Arab yang bermaksud ,“ mendidik anak kecil umpama mengukir atas batu, sebaliknya mendidik anak setelah dewasa umpama mengukir di atas air”.

Kajian yang dijalankan oleh pakar dalam bidang pendidikan mengakui bahawa didikan ibu bapa terhadap anak-anak kecil mempunyai kesan terhadap perwatakan anak setelah dewasa. Ketika usia masih muda, jiwa dan emosi anak-anak lebih mudah dibentuk dan dididik ke arah menghayati semangat cinta akan negara. Anak-anak akan menjadikan ibu bapa dan ahli keluarga sebagai rujukan untuk mempelajari tingkah laku terpuji termasuk menyemai semangat cinta akan negara.

2. Isi:

1 Peranan ibu bapa dalam menyatakan kepentingannya.

- ibu bapa menjadi contoh terbaik untuk diikuti
- contoh : menggunakan barangan buatan tempatan.

2 Kempen melalui media massa.

- drama dan filem bertema semangat cinta akan negara
- contoh : filem “Bukit Kepong”.
- Filem dokumentari yang memaparkan semangat cinta akan negara.
- Iklan pendek


3 Peranan pihak sekolah

- melalui aktiviti P&P dalam bilik darjah. – Mata pelajaran Sivik dan Sejarah (memperkenalkan tokoh-tokoh sejarah )

- Melalui aktiviti kokurikulum : Lawatan ke tempat bersejarah, sambutan Bulan Kemerdekaan( sajak, teater, lagu-lagu patriotik)

- Kempen beli barangan buatan tempatan

4. Kesimpulan;

No comments:

Post a Comment