Thursday, May 28, 2009

EXAM DAH HABIS !!!! WHAT NEXT?? HOLIDAY....

Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH kerana Mid Year Exam telah pun selesai dengan lancar. Student Form 5 tahun ini nampaknya agak "berjurus" sedikit berbanding tahun lepas kerana tiada satu letupan yang berbunyi pun. Orang kata "MERDEKA".

Namun pada hakikatnya kita masih belum lagi bebas, 7 minggu selepas cuti penggal ini akan ada Exam Trial YIK dan seterusnya Exam Trial JPN. Memang agak "bombastik" kerana ada 2 Exam Trial.

Cuti pada kali ini tidak begitu seronok kerana pada minggu kedua akan diadakan kelas tambahan untuk semua pelajar MML. Welcome to school back !!! Hehe...

Kebanyakan pelajar mahu menghabiskan masa cuti bersama keluarga yang tercinta maklumlah setelah sekian lama tidak bertemu mata terutamanya pelajar asrama. Namun ada juga yang membuat lawatan ke tempat-tempat menarik di Malaysia. Bak kata mudir "Melancong sambil belajar" pada perhimpunan 28 Mei, hari terakhir persekolahan bagi penggal pertama.

Untuk makluman kepada semua warga Empayar Maahad khusuanya rakyat 5 Sy Sc 3, pada 5 dan 6 Jun ini akan diadakan korsert dan juga motivasi oleh UNIC group. Masuk adalah PERCUMA. Datang jangan tak datang !!! Motivasi akan diadakan keesokannya iaitu selepas konsert. Kalau hendak pergi motivasi FREE bolehlah pergi ke Empayar Maahad Muhammadi Perempuan kerana motivasi yang diadakan ini adalah berbayar dan tempat adalah terhad.

Tambahan, tahniah diucapkan kepada pasukan Barcelona kerana telah berjaya memenangi perlawanan bola sepak dengan Manchester United pada 28 Mei (waktu Malaysia) dan kepada penyokong MU janganlah bersedih dan berdukacita. Perlawanan akan datang masih ada.

Diharap agar semua rakan dan juga sahabat kita akan memperolehi keputusan yang cemerlang didalam Exam Mid year, InsyaALLAH, AMIN. Marilah kita berdoa bersama-sama.

*sila hantar biodata diri secepat mungkin untuk diupdate dalam blog ini kalau ada masa terluang.