Monday, August 31, 2009

KARANGAN : PERMAINAN TRADISIONAL

Pendahuluan:

Dalam era globalisasi ini, permainan tradisional mula dilupakan. Hal ini terjadi kerana pengaruh permainan moden seperti permainan video, permainan komputer, dan sebagainya berleluasa di pasaran. Mungkin ramai orang tidak tahu bahawa permainan tradisional membawa banyak kebaikan jika permainan ini dipraktikkan oleh generasi muda hari ini. Oleh itu, usaha-usaha tertentu perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini, terutamanya kepada generasi muda.

Isi-isi karangan: cara-cara mempopularkan permainan tradisional

1. Peranan pihak sekolah
- mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional,
Contohnya permainan congkak, mencipta wau sobek atau pertandingan bermain
sepak raga.
- tujuannya supaya generasi muda terutama pelajar sekolah kenal dengan
permainan tradisional dan boleh mengetahui cara-cara bermain permainan ini.

2. Peranan pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan
- mengadakan pesta permainan ini tradisional di peringkat negeri atau kebangsaan.
- memperluaskan permainan ini hingga ke peringkat antarabangsa ; contohnya
permainan wau dan permainan sepak raga (Sepak takraw).
- perkenalkan kepada pelancong melalui program pelancongan ; “tak kenal maka
tak cinta.

3. Peranan media massa
- menyiarkan program yang memaparkan permainan tradisional dan cara-cara
permainan itu dihasilkan.
- Menyiarkan program sukaneka berteraskan permainan tradisional (sukan rakyat)
seperti program ‘telematch” yang disiarkan oleh media massa Eropah.

Kesimpulan:

Dalam usaha untuk mengekalkan permainan tradisional, pihak yang berkenaan haruslah mengambil langkah yang sesuai untuk memperkembangkan dan memajukannya. Hal ini demikian kerana permainan tradisional membawa banyak kebaikan kepada masyarakat dan negara. Dalam Bidang pelancongan permainan tradisional dapat dijadikan daya tarikan pelancong. Khazanah permainan tradisional, sekiranya tidak dikekalkan akan melenyapkan jati diri bangsa.

No comments:

Post a Comment