Monday, August 31, 2009

KARANGAN : SEMANGAT KEJIRANAN

3. Semangat kejiranan kini semakin luntur dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Bincangkan punca-punca mengapa semangat ini semakin luntur dan sarankan pelbagai langkah bagi menangani permasalahan tersebut.

Tema : Semangat kejiranan

Isu ; Punca-punca dan langkah-langkah

Menulis karangan:

1. Pendahuluan:
Maksud jiran dan semangat kejiranan.
-Bandingkan semangat kejiranan dahulu dan sekarang
-Dahulu – rapat. Ungkapan menarik – “ hidup sandar menyandar seperti aur dengan tebing”.

-Sekarang – renggang - Ungkapan menarik – “ bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”.

2. Isi – Punca-punca

a) Perubahan hidup masyarakat sekarang- terlalu sibuk mencari rezeki, mengejar kebendaan, kemewahan dan gaya hidup (keluar awal pagi, pulang pada waktu malam). Kesannya, tidak sempat bertegur sapa/ mengenali jiran tetangga.

- Pekerjaan masyarakat dahulu lebih bercorakkan pertanian di kawasan luar bandar.Konsep gotong royong menjadi amalan bersandar kepada peribahasa, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.

b) Kemajuan dalam bidang teknologi mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan yang mengurangkan amalan kunjung –mengunjungi’
- Sajian pelbagai program menarik melalui media elektronik menyebabkan masyarakat leka dan tidak menghiraukan jiran tetangga.
- Masa dihabiskan di hadapan skrin televisyen.

3. Langkah-langkah:

a) Menghidupkan kembali amalan bergotong –royong – masyarakat akan saling bekerjasama seperti membersih kawasan kediaman, memperbaiki alat-alat permainan dan menebas semak-samun.
- elakkan daripada “nasi menjadi bubur”.

b) Kempen amalan rumah terbuka –
-pada musim perayaan – dapat mengenali jiran tetangga
-kenduri-kendara
-majlis keramaian
-kempen melalui media elektronik/media cetak tentang pentingnya
hubungam kejiranan.

4 .Kesimpulan:

-Semangat kejiranan penting untuk negara(pelbagai bangsa, agama dan budaya
dalam usaha pemupukan semangat perpaduan.
- Ungkapan menarik- “Jiran sepakat membawa berkat”.

No comments:

Post a Comment