Saturday, September 26, 2009

TIMES : SPM2009 Spot Questions - Bahasa Melayu




2. Bahagian B
(Masa dicadangkan 1 jam 30 minit)
[100 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Kelab Rekreasi di sekolah anda bercadang untuk mengadakan satu perkhemahan di salah satu tempat pelancongan yang terdapat di negara kita. Sebagai setiausaha kelab anda diminta untuk menulis sepucuk surat memohon kebenaran daripada pengetua untuk mengadakan lawatan. Nyatakan objektif lawatan dan butir-butir berkenaan lawatan tersebut. Tulis surat itu selengkapnya.

2. Anda bercadang untuk memberi kejutan kepada keluarga khasnya bapa anda dengan menulis sebuah rencana berkenaan bapa anda sempena Hari Bapa nanti. Isi rencana tersebut berkenaan jasa-jasa bapa kepada anaknya dan tanggungjawab anak-anak membalas jasa bapa mereka. Tulis rencana tersebut selengkapnya.

3. Kerap kali masyarakat menunding jari menyalahkan orang lain apabila tragedi seperti tanah runtuh berlaku. Namun, apabila isu tersebut reda, pembangunan di lereng bukit kembali aktif dijalankan. Huraikan berkenaan fenomena kejadian tanah runtuh yang melibatkan kawasan petempatan dan apakah langkah sewajarnya perlu masyarakat dan kerajaan tempatan lakukan untuk mengatasi masalah ini.

4. Peperangan banyak mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda malah akhir-akhir ini ada negara yang hampir musnah akibat peperangan. Sebagai warganegara yang prihatin apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh masyarakat di Malaysia mahupun peringkat antarabangsa untuk membantu meringankan beban mangsa-mangsa tersebut dan apakah yang perlu kita lakukan untuk menamatkan peperangan yang seolah-olah tiada kesudahan ini. Bincangkan.

5. Tuliskan sebuah cerpen yang menarik berdasarkan peribahasa ‘Sikit-sikit lama-lama jadi bukit’


Bahasa Melayu (Kertas 2)

1. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan berkenaan manfaat motivasi dalam pengajaran dan pemelajaran serta cara-cara melaksanakannya di sekolah-sekolah.

Dalam sesuatu proses pengajaran dan pemelajaran, motivasi dianggap sebagai unsur penting yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif, di samping menjadikan proses pemelajaran berlaku dalam keadaan yang lebih bermakna dan menyeronokkan. Murid memerlukan motivasi untuk merangsang minat mereka dalam setiap pelajaran yang disampaikan.

Motivasi biasanya melibatkan dua perkara penting, iaitu insentif dan motif penggerak. Insentif merupakan unsur yang merangsang seseorang untuk bertindak dan dalam suasana pemelajaran, insentif diberikan dalam bentuk markah, gred, penghargaan, tanda bintang, wang, hadiah, ganjaran, pujian dan sebagainya.

Motif penggerak menggalakkan murid dalam aktiviti pemelajarannya. Kanak-kanak yang baru memasuki sekolah dapat dirangsang untuk menunjukkan hasil kerja yang baik melalui pujian guru atau menerima ganjaran yang berbentuk ekstrinsik. Motif juga bertindak sebagai pemilih jenis kegiatan yang ingin disertai oleh seseorang. Dalam pengajaran dan pembelajaran, sewaktu menyelesaikan sesuatu masalah, susunan gerak balas individu yang dilakukan dipilih mengikut minatnya sendiri.

Motivasi mempunyai kaitan dengan pembangkitan minat. Hal ini merupakan asas pengajaran dan pemelajaran. Guru yang cekap akan sentiasa berhati-hati mencari bahan rangsangan. Pendekatan, kaedah dan teknik, dan alat bantuan mengajar adalah antara bahagian yang lengkap dalam prosedur pemelajaran dan kerap menjadi bentuk motivasi yang paling berkesan kerana mampu menarik perhatian murid untuk menyertai dan melibatkan diri dalam kegiatan mental.
Motivasi yang berterusan diperlukan supaya murid dapat dibantu untuk menumpukan perhatian terhadap bahan pengajaran sepenuhnya.

Jangka masa perhatian kanak-kanak terhadap sesuatu benda adakalanya pendek dan mereka cepat berasa jemu jika perhatian mereka tidak diubah dengan segera kepada benda yang lebih menarik. Motivasi mempunyai nilai persaingan kerana murid rasa terdorong
untuk belajar lebih tekun apabila wujudnya persaingan antara mereka. Guru mampu membangkitkan keinginan untuk maju dan mencapai prestasi yang lebih baik melalui pertandingan prestasi atau kebolehan.

Motivasi merupakan teknik peneguhan yang berkesan. Peneguhan berhasrat untuk menarik perhatian murid dalam masa pengajaran. Pujian dan penghargaan yang diberikan, umpamanya, mampu menggalakkan mereka belajar dengan lebih tekun malah, guru mampu memberikan berbagai-bagai tahap aspirasi dalam kalangan murid dengan mencapai prestasi sejajar dengan kebolehan mereka. Apabila mereka berjaya mencapai atau menguasai pemelajaran, mereka dapat meletakkan aspirasi yang lebih tinggi. Maka, motivasi merupakan hala tuju yang berkesan dalam pengajaran dan pemelajaran.

* Dipetik daripada Motivasi dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa
sumber daripada Vijayaletchumy Subramaniam, Pelita Bahasa oktober 2008



2. (a) Petikan Umum
Berdasarkan soalan 1, jawab soalan-soalan berikut berdasarkan ayat anda sendiri.

i. Nyatakan dua perkara penting berkaitan motivasi seperti yang terdapat dalam petikan. (2 markah)

ii. Pada pendapat anda apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang untuk melayakkan dirinya
menjadi pembimbing rakan sebaya. (4 markah)

iii. Apakah yang dimaksudkan oleh pengarang dengan pembangkitan minat seperti yang terdapat
dalam petikan. (2 markah)


(b) Prosa Moden
Baca petikan cerpen dibawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.

Dalam kesederhanaan hidup yang sebegitu, masih hendak memberi sedekah lagi. Di daerah satelit, hidup di pondok begitu sudah dianggap miskin. Sudah menjadi isu besar dalam media. Tetapi bagi orang-orang di sini, beginilah kehidupan. Tiada apa-apa yang perlu dikejar. Tidak ada soal tidak cukup duit! Tidak cukup masa!Tidak puas hati dengan kejayaan dalam karier!

Patutkah aku membiarkan Daneng hidup dan memulakan keluarganya dalam keadaan begitu? Membiarkan dirinya terjerumus dalam kitaran kemiskinan? Tanpa menikmati apa-apa kemodanan dalam hidup ini! Hidup seperti bapanya! Hidup seperti nenek moyangnya. Pelbagai persoalan berpusar di kotak hati Jo.

* Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau oleh Sarajo Theavy a/p Balakrishnan dalam Antologi Kerusi.

i. Apakah persoalan yang bermain dalam fikiran Jo berkenaan kehidupan Daneng? (3 markah)

ii. Pada pendapat anda mengapakah masyarakat orang asli masih ketinggalan sehingga ke hari ini dan
sebagai rakyat yang perihatin bagaimanakah kita dapat membantu dalam membangunkan minda
mereka. (4 markah)

iii. Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran lain yang terdapat
dalam keseluruhan cerpen. (3 markah)


(c) Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Laksamana pun berseru-seru pula, katanya, “Hai Si Jebat derhaka! Sungguh engkau berani tiada berlawan. Marilah engkau turun dari istana ini bertikam sama seorang!” Maka suara itu pun terdengar kepada Hang Jebat dikenalnya suara Laksamana. Maka Hang Jebat, ia pun naik ke peranginan; maka dibukanya peranginan itu, maka dilihatnya Laksamana berdiri di tengah halaman itu.

Maka Hang Jebat pun berdebar-debar hatinya; ia pun fikir dalam hatinya: “Adapun Hang Tuah sudah mati dibunuh oleh Bendahara ; sekarang Laksamana itu tiada dalam dunia ini, siapa pula yang datang itu seperti Laksamana pun sikapnya dan lakunya? Kalau mataku bekas tidur ini gerangan, maka jadi salah pemandanganku?”

Maka Hang Jebat pun turun dari peranginan itu lalu ia mandi pada pasu emas itu dan dibasuh mukanya. Setelah sudah maka Hang Jebat, segeralah engkau turun! Jika engkau tiada turun, sekarang istana ini kunaiki, tetapi sukar kita bertikam.” Setelah Hang Jebat mendengar suara Laksamana maka ia pun membuka pintu itu sedikit; maka dilihatnya Laksamana, diperamat-amatnya,dikenalnya itu Laksamana. Maka nyatalah Laksamana itu. Maka Hang Jebat pun hairan.

Dipetik daripada cerita “Pertarungan Tuah dengan Jebat dalam Antologi Anak Laut DBP

(i) Apakah yang dimaksudkan diperamat-amatnya seperti yang terdapat dalam petikan? [2 markah]

(ii). Sekiranya anda Hang Tuah, apakah tindakan yang akan anda lakukan apabila sultan
mengarahkan anda membunuh Hang Jebat sedangkan dia memberontak kerana
mengetahui anda dibunuh raja. Berikan alasan anda. [3 markah]

(iii) Apakah yang terdetik di hati Hang Jebat sebaik sahaja dia melihat Hang Tuah berdiri di
luar istana? [3 markah]


(d) Puisi Moden
Baca sajak dibawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

JALAN-JALAN RAYA KOTAKU
Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
lelah meresahkan
dengan luka parah di hati.

Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa.

Demikian etika di perjalanan
budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.
Jalan-jalan raya kotaku
adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadaban
para pesakit
kemanusiaan semakin mandul
pada penghujung musim.

Oleh Zam Ismail ~ Mingguan Malaysia 4 Jun1995, dalam Antologi Anak Laut DBP

i. Gambarkan keadaan pemandu apabila berada di jalan raya pada lewat petang.
[3 markah]

ii. Nyatakan beberapa persoalan yang terdapat dalam sajak ini.
[3 markah]

iii Cadangkan beberapa cara untuk mengelakkan daripada pemandu mengambil kesempatan
memandu sesuka hati di jalan raya bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.
[3 markah]

JAWAPAN

2 (a) Petikan Umum
i. Dua perkara penting berkaitan motivasi seperti yang terdapat dalam petikan ialah insentif dan
motif penggerak. Insentif merupakan unsur yang merangsang seseorang untuk bertindak dan dalam
suasana pemelajaran, insentif manakala motif penggerak menggalakkan murid dalam aktiviti
pemelajarannya.
(max 2 isi)

ii.Ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang untuk melayakkan dirinya mejadi pembimbing rakan sebaya. ialah dapat menjadi pendengar yang setia/tidak cepat emosi/boleh menyimpan rahsia/sedia membantu apabila diperlukan.
* sertakan alasan
(max 4 isi)

iii.Maksud pembangkitan minat seperti yang terdapat dalam petikan ialah meningkatkan kecenderungan/ menarik perhatian.


2 (b) Prosa Moden
i. Persoalan yang bermain dalam fikiran Jo berkenaan kehidupan Daneng ialah sama ada untuk membiarkan Daneng dan keluarganya terus dibelenggu kemiskinan/membiarkan Daneng memulakan keluarganya dalam kehidupan miskin. Membiarkan Daneng terjerumus dalam kitaran kemiskinan. Daneng tidak menikmati apa-apa kemodanan dalam hidup. Hidup miskin seperti bapanya/nenek moyangnya.
(max 3 isi)

ii. Masyarakat orang asli masih ketinggalan sehingga ke hari ini kerana mereka tinggal terlalu jauh di
pedalaman/tidak mahu(takut) terima perubahan/tidak mahu kehidupan mereka diganggu/diabaikan oleh pemimpin.
(max 1 isi)

- sebagai rakyat yang perihatin dapat membantu dalam membangunan minda mereka.dengan cara
mendekati masyarakat orang asli. Menyediakan kemudahan/memberi pendedahan sistem komunikasi seperti internet kepada mereka. Menyediakan peluang pendidikan/pekerjaan yang lebih luas/ke tahap yang lebih tinggi. Memberi biasiswa.
(max 3 isi)

iii. Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah kita mestilah prihatin akan masalah orang lain.
Contohnya Cikgu Jo yang prihatin akan masalah kemiskinan keluarga Daneng. Dua pengajaran lain
yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ialah kita janganlah mengabaikan masyarakat orang
asli kerana mereka juga berhak dilayan seperti orang lain. Kita mestilah berusaha untuk mengubah
nasib kita sekeluarga seperti Daneng yang meneruskan pelajaran untuk memajukan masyarakatnya. Kita mestilah menghargai alam sekitar. Contohnya Daneng yang amat sayang akan hutan yang terdapat di kampungnya.
(max 3 isi)


2 (c) Petikan Prosa Tradisional
i. Maksudkan diperamat-amatnya seperti yang terdapat dalam petikan ialah Hang Jebat bersungguh-sungguh memerhati / Hang Jebat melihat dengan teliti.

ii. Sekiranya saya Hang Tuah, tindakan yang akan saya lakukan apabila sultan mengarahkan saya membunuh Hang Jebat ialah bersemuka dengan Hang Jebat untuk mengetahui punca dia bertindak demikian. Membawa Hang Jebat bersemuka dengan sultan supaya sultan dan Hang Jebat dapat menyelesaikan masalah ini secara berbincang. Menyuruh Hang Jebat melarikan diri sementara ada peluang. Meminta Hang Jebat dibicarakan dan hanya dijatuhkan hukuman sekiranya dia bersalah.
(max 3 isi)

iii. Sebaik sahaja melihat Hang Tuah, Hang Jebat berasa was-was dalam hatinya kerana pada
pengetahuannya Hang Tuah sudah mati dibunuh oleh Bendahara / sekarang Laksamana sudah tidak
ada dalam dunia ini lagi, malah orang yang datang itu kelakuannya seperti Laksamana / siapa yang
datang itu seperti Laksamana sikap dan kelakuannya. Hang Jebat ragu-ragu kerana mungkin
dia bermimpi / kalau mata Hang Jebat bekas tidur ini gerangan, maka jadi salah pemandangan
Hang Jebat.
(max 3 isi)


2 (d) Puisi Moden
i. Keadaan pemandu apabila berada di jalan raya pada lewat petang ialah mereka berasa tidak sabar
dengan keadaan kesesakan jalan raya. Ada sesetengah pemandu yang tunjuk lagak / angkuh /
sombong. Ada pemandu yang bosan dengan gelagat pemandu yang sombong/jalan raya yang
sesak.
(max 3 isi)

ii. Persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak ini ialah sikap sombong pemandu yang
menunjuk-nunjuk sewaktu memandu di jalan raya. Jalan raya di kota yang sering dilanda masalah
kesesakan lalu lintas. Perasaan tertenkan pemandu-pemandu di bandar-bandar besar.
(max 3 isi)

iii. Beberapa cara untuk mengelakkan daripada pemandu mengambil kesempatan memandu sesuka
hati di jalan raya ialah dengan mengetatkan peraturan lalu lintas/mengenakan denda/hukuman
yang lebih keras/tegas. Meminta bantuan polis trafik mengawal lalu lintas pada waktu-waktu
tertentu. Mengadakan kempen/ceramah keselamatan jalan raya. Mengstruktur kembali laluan yang
kerap kali mengalami kesesakan lalu lintas.
(max 3 isi)

-------------------------------------------------------------------------------------------

3. (a) Tulis satu ayat daripada setiap rangkai kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan maksud imbuhan, serta menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.

i. malapetaka
ii. larut malam
iii. tersenyum melirik
iv. termenung jauh
v. kemuncak kejayaan
vi. berdebar kencang

(b) Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan satu daripada setiap jenis ayat
yang terdapat dalam petikan ini sama ada ayat tunggal, ayat majmuk, ayat perbualan, atau ayat aktif.
Anda dikehendaki menulis jawapannya sahaja.

(1) Pada pagi itu Shazwanee berasa tidak sihat. (2) Shazwanee turun ke tingkat bawah (3) “Ibu, hari
ini saya rasa pening kepala dan tidak larat ke sekolah”, Shazwanee mengadu sambil memicit-micit
kepalanya. “Pergilah tidur dahulu nanti ibu berikan ubat”,pujuk ibu sambil tersenyum (4) Tangga
dipanjat oleh Shazwanee pelahan-lahan dalam keadaan letih dan mengantuk.

i) Ayat (1) __________________________________________________________
ii) Ayat (3) __________________________________________________________
iii) Ayat (4) __________________________________________________________

(6 markah)

(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Kedudukan rumah rakyat itu cuma tiga belok dari pembangunan yang sedang dibina itu. Rumah kedai itu telah dibina mengikut plan yang telah dilulus oleh pihak majlis perbandaran. Namun begitu lapuran telah diterima bahawa pembangunan di situ telah menyebabkan penduduk di kawasan tersebut merasa terganggu dan tidak selamat lagi untuk tinggal di situ.
(6 markah)

(d) Dalam setiap ayah di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh meyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Mereka telah berbincang tentang cara menanam buah-buahan setempat.
(ii) Aqil mengerat dahan pokok itu kerana bimbang kanak-kanak akan terlanggar sewaktu pergi
sekolah.
(iii) Irfan makan sebuah durian untuk merasa isi durian yang amat enak sekali itu.

(e) Berikan maksud peribahasa berikut.
(a) Bagai menarik rambut dalam tepung
(b) Tiada beban batu digalas
(c) Bekas tangan

JAWAPAN

(a)
i. mala petaka - bencana/kecelakaan/kesengsaraan/kesusahan yang amat sangat
ii. larut malam – dini hari/ sudah jauh malam
iii. tersenyum melirik – senyum sambil menjeling dengan tajam/mengerling
iv. termenung jauh – berfikir panjang/ memikir dalam-dalam/tafakur
v. kemuncak kejayaan – berjaya dengan cemerlang/ peringkat kejayaan tertinggi
vi. berdebar kencang – jantung berdenyut pantas/cepat/kencang

(b)
i. Pada pagi itu Shazwanee berasa tidak sihat (ayat tunggal)
Shazwanee turun ke tingkat bawah (ayat tunggal)
ii. “Ibu, hari ini saya rasa pening kepala dan tidak larat ke sekolah”, Shazwanee mengadu sambil memicit-micit kepalanya. (ayat perbualan)
“Pergilah tidur dahulu nanti ibu berikan ubat”, pujuk ibu sambil tersenyum.
(ayat perbualan)
iii Tangga dipanjat oleh Shazwanee pelahan-lahan dalam keadaan letih dan mengantuk (ayat pasif) (beri 3 jenis ayat sahaja)

(c)
i. belok - blok
ii. pembangunan – bangunan
iii. plan - pelan
iv. dilulus - diluluskan
v. lapuran - laporan
vi. merasa - berasa

(d)
(i) Mereka telah berbincang cara menanam buah-buahan tempatan.
(ii) Aqil mengerat menetak dahan pokok itu kerana bimbang kanak-kanak akan terlanggar sewaktu pergi ke sekolah.
(iii) Irfan makan seulas durian untuk merasa isi durian yang amat enak itu/ enak sekali itu

(e)
(a) Bagai menarik rambut dalam tepung – Membuat pekerjaan dengan berhati-hati
(b) Tiada beban batu digalas – orang yang sengaja mencari masalah yang membebankan diri sendiri.

--------------------------------------------------------------------------------------------

4. Soalan 4: Novel
[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklan berdasarkan novel-novel yang anda pelajari.
(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh
(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Huraikan dua penggunaan teknik plot dalam sebuah novel yang anda kaji. [7 markah]

(b) Bandingkan dua persamaan persoalan dalam dua buah novel yang anda pelajari dengan
mengemukakan contoh-contoh yang sesuai [8 markah]

JAWAPAN

(a) 2 penggunaan teknik plot iaitu: (pilih dua teknik plot sahaja)

Terminal Tiga
- teknik kejutan, contoh: peristiwa Ruzaini lari dari rumah kerana mengikut seorang pendakwah. Ini
adalah kerana watak Ruzaini yang baik dan lembut serta mendakwa dia tidak mungkin terpengaruh
dengan pendakwah itu.
- teknik saspens, contoh: apabila Rimpa akan berjumpa ayahnya yang sekian lama menghilangkan diri.
- teknik imbas kembali, contoh: semasa berada dalam kapal terbang, Rimpa teringatkan Ramaon yang sering bertengkar dengannya.

Perlumbaan Kedua
- teknik saspens, contoh: semua penonton suspen melihat aksi Tuk Kura yang melantunkan badannya dari batu ke batu semasa perlumbaan tersebut.
- teknik dialog, contoh: perbualan antara Tuk Kura dengan anak buahnya berkenaan latihan untuk berlumba dengan Sang Arnab.
- teknik pemeri, contoh: pengarang menggambarkan keadaan tempat berlumba yang berbatu dan di lereng yang berbukit.

Di Hadapan Pulau
- teknik kejutan, contoh: Rosiah berubah sikap daripada seorang yang sopan kepada seorang yang sanggup menggadai maruah semata-mata untuk hidup senang.
- teknik saspens, contoh: Aziz bercita-cita untuk ke sebuah pulau kecil menyebabkan pembaca tertanya-tanya sama ada hasratnya itu tercapai atau tidak.
- teknik imbas kembali, contoh: Tuk Marzuki terkenangkan peristiwa sewaktu dia balik ke Melaka, adikya
Mustaffa berpindah dari kampung.

Bukit Kepong
- teknik saspens, contoh: berlaku pertempuran antara pihak polis dengan komunis di Bukit Kepong,
menyebabkan pembaca tertanya-tanya sama ada pasukan polis akan menang atau tumpas.
- teknik imbas kembali, contoh: Sarjan Jamil terkenangkan anak dan isterinya sebelum pertempuran berlaku yang akhirnya memyebabkan dirinya terkorban.
- teknik pemeri, contoh: menggambarkan latar belakang Othman yang berasal dari Kedah dan bekerja sebagai penoreh sebelum menyertai polis.

Konserto Terakhir
- teknik kejutan, contoh: Hilmi meninggal dunia sebelum sempat mengetahui dia merupakan anak
Datuk Johari
- teknik saspens, contoh: pembaca tertanya-tanya apakah yang akan berlaku terhadap Hilmi apabila
dia dimasukkan ke hospital.
- teknik imbas kembali, contoh: Datuk Johari teringatkan peristiwa dia berkahwin dengan emak Hilmi tetapi meninggalkannya selepas sehari berkahwin.

Seteguh Karang
- teknik kejutan, contoh: Anita tiba-tiba melarikan diri kerana berkonflik dengan Kak Maysarah.
- teknik suspen, contoh: Kak Maysarah dimasukkan ke hospital kerana cuba membunuh diri.
- teknik monolog dalaman, contoh: Awanis merungut dalam hatinya kerana Kak Maysarah selalu
bermurung.

Julia
- teknik kejutan, contoh: Jun datang ke tanah perkuburan Islam dengan memakai baju melayu.
- teknik saspens, contoh: pembaca tertanya-tanya akan kemampuan Julia mengendalikan syarikat
yang banyak masalah milik arwah bapanya.
- teknik imbas kembali, contoh: Julia teringat akan dirinya yang pernah hidup secara liar satu ketika dahulu.

Putera Gunung Tahan
- teknik imbas kembali, contoh: perempuan tua teringatkan kembali peristiwa dia melahirkan anak
30 tahun dahulu
- teknik saspens, contoh: pembaca tertanya-tanya apa akan berlaku kepada penduduk puncak Gunung Tahan apabila dua buah kapal terbang Inggeris muncul secara tiba-tiba.
- teknik dialog, contoh: perbualan antara Putera Bongsu dengan perempuan tua agar berhati-hati dengan orang Inggeris.

(b) Persoalan dalam dua buah novel yang anda pelajari

Persoalan kesabaran dalam menghadapi dugaan hidup
Bukit Kepong - Osman sabar menghadapi kecacatan apabila kakinya dipotong akibat terkena
serpihan bom semasa pertempuran antara pihak polis dengan komunis di Bukit
Kepong.
Konserto Terakhir - Hilmi sabar setiap kali dicaci oleh Datin Salmah kerana perbezaan taraf hidup antara mereka.

Persoalan taat setia terhadap ibu bapa.
Bukit Kepong - Osman taat terhadap permintaan ibu dan bapanya dan menurut kata-kata
mereka apabila Osman disuruh berkahwin dengan Limah gadis pilahan mereka
sebelum Osman ditempatkan ke Muar untuk bertugas sebagai anggota polis.
Konserto Terakhir - hayati taat terhadap ibu bapanya agar di berkahwin dengan Mohsin
tunangannya walaupun Hayati menyintai Hilmi.

No comments:

Post a Comment