Friday, March 12, 2010

Program Penajaan Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2009

Petronas menawarkan pembiayaan untuk calon yang layak untuk memohon Program Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2009. Pembiayaan ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) atau universiti lain samada di dalam Malaysia atau luar negara.

Tawaran penbiayaan ini adalah dalam bentuk pinjaman pendidikan.

Program Di Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Petroleum

Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)
Petroleum Geosains

Kelayakan Akademik
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut ;
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Matematik Tambahan
Kimia
Fizik
DAN

Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain

Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)
Teknologi Maklumat & Komunikasi
Sistem Maklumat Perniagaan

Kelayakan Akademik
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;
Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran berikut:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik

DAN
Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- untuk mana-mana 3 matapelajaran berikut:
Kimia
Fizik
Biologi
Sains
Sejarah
Geografi
Sains Tambahan
Matematik Tambahan
Asas Perakaunan
Ekonomi Asas
Perdagangan
Prinsip Akaun
Teknologi Maklumat
Asas Pemprosesan Maklumat

DAN
Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran lain. Mata pelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai di atas atau mata pelajaran yang tidak tersenarai.

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program UTP, dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Program Di Universiti Lain (Di Malaysia dan Luar Negara)

Program Sarjana Muda Kejuruteraan
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Petroleum

Program Sarjana Muda Sains Gunaan
Geologi
Geofizik

Kelayakan Akademik
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut ;
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Matematik Tambahan
Kimia
Fizik

DAN
Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain.

Program Sarjana Muda Perakaunan/Perdagangan/Ekonomi/Kewangan
Perakaunan
Perdagangan
Ekonomi
Kewangan

Kelayakan Akademik
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2009 seperti berikut;

Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam matapelajaran berikut:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik

DAN
Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana 3 matapelajaran berikut:
Kimia
Fizik
Biologi
Sains
Sejarah
Geografi
Sains Tambahan
Matematik Tambahan
Asas Perakaunan
Ekonomi Asas
Perdagangan
Prinsip Akaun

DAN
Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran lain. Mata pelajaran tersebut boleh dipilih daripada senarai di atas atau mata pelajaran yang tidak tersenarai.

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program di universiti luar negara/kampus cawangan di Malaysia (Curtin/Monash/Nottingham University) dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (12 hingga 24 bulan) di kolej-kolej persediaan program luar negara/kampus cawangan di Malaysia sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Syarat Memohon
Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2009.
Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2010.
Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

Cara Memohon
Permohonan mestilah dibuat secara online melalui laman web http://spmonline.petronas.com.my.
Sila baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
Setiap permohonan dikenakan Yuran Proses sebanyak RM20.00.
Ibu bapa dinasihatkan supaya memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Sekiranya ingin memohon kemasukan ke UTP sebagai Pelajar Persendirian dan/atau dengan lain-lain penajaan (selain PETRONAS), sila memohon menggunakan borang dan kaedah yang sama di laman web http://spmonline.petronas.com.my. Walaubagaimanapun, permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UTP. Sila rujuk syarat-syarat kemasukan UTP di laman web http://www.utp.edu.my.

Tarikh tutup
Permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2009 akan ditutup pada 19 Mac 2010, jam 5.00 petang.

APPLY HERE

No comments:

Post a Comment