Thursday, March 11, 2010

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2010

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa YTN bagi mengikuti Program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2010.
Bidang Pengajian

Program Universiti Luar Negara
Ijazah Sarjana Muda:-
• Kejuruteraan Elektrik Kuasa
• Kejuruteraan Mekanikal
• Kejuruteraan Awam
• Perakaunan

Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Asas Kejuruteraan:-
• Kejuruteraan Elektrik Kuasa
• Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
• Kejuruteraan Mekanikal
• Kejuruteraan Awam
• Sains Komputer
Asas Bukan Kejuruteraan:-
• Teknologi Maklumat
• Perakaunan
• Kewangan
• Pengajian Bisnes

Syarat Am
Program Universiti Luar Negara
Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi calon lepasan SPM dan 21 tahun bagi calon lepasan STPM pada tahun 2010
Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2010
Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
Telah memohon kemasukan ke UNITEN

Kelayakan Akademik
Program Universiti Luar Negara
Bagi Calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Lulus peperiksaan SPM 2009 dengan mencapai sekurang-kurangnya B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 8 mata pelajaran mengikut bidang pengajian seperti berikut:-Kejuruteraan
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Sejarah
• Matematik
• Matematik Tambahan
• Fizik
• Kimia
• Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab(Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
Perakaunan
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Sejarah
• Matematik
• 3 mata pelajaran pilihan dari berikut:-
Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Geografi
• dan 1 mata pelajaran pilihan dari berikut:-
Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab(Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui alamat laman web seperti berikut: http://yayasan.tnb.com.my/sam
Biasiswa yang ditawarkan adalah bagi program Luar Negara dan di UNITEN. Calon perlu mengisi permohonan yang berasingan bagi setiap program.
Bagi pemohon lepasan STPM, selain keputusan STPM 2010, maklumat keputusan SPM juga adalah wajib diisi.
Pastikan semua maklumat telah disemak sebelum dihantar secara online. Sebarang pindaan atau kemaskini ke atas maklumat hendaklah dilakukan sebelum ianya dihantar secara online.
Sila simpan SAMID yang diberi untuk sebarang rujukan.
Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Temuduga
Bilangan biasiswa adalah terhad. Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Senarai calon yang berjaya untuk temuduga akan dipaparkan melalui laman web yang sama seperti di atas.
Pemohon dijangka boleh menyemak keputusan senarai pendek ke sesi temuduga di laman web di atas mulai 26 Mac 2010. Tiada sebarang surat menyurat akan dikeluarkan.
Sesi temuduga dijangka akan bermula pada 29 Mac 2010.
Calon yang tersenarai pendek untuk ke sesi temuduga wajib membawa dokumen-dokumen sokongan yang berkenaan.

Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan biasiswa Yayasan Tenaga Nasional ini akan ditutup pada 21 Mac 2010.

APPLY HERE

No comments:

Post a Comment