Wednesday, March 10, 2010

Permohonan Tajaan JPA MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Lepasan SPM 2009

Calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 adalah dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2010.

Calon-calon yang berjaya dipilih bagi Program Ijazah Luar Negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat dan terpilih di bawah program ini adalah digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan ditempatkan di Universiti Penyelidikan iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.

Syarat Umum
Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Melayu/Bumiputera);
Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2009;
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam tiga matapelajaran berikut:
- Bahasa Melayu;
- Sejarah; dan
- Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral dan;
Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Permohonan
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.

Syarat dan gred minimum untuk memohon setiap program pengajian di atas boleh disemak di Syarat-syarat Permohonan Tajaan JPA dan MARA Untuk Lepasan SPM 2009 Di Bawah Program Ijazah Luar Negara.

Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor
Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 5 hari mulai 22 sehingga 26 Mac 2010.

Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.
Keputusan panggilan bagi mengikuti program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor adalah pada 19 Mac 2010.

Temuduga
Keputusan panggilan temuduga JPA : 29 Mac 2010
Keputusan panggilan temuduga MARA : 30 Mac 2010
Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 5 April hingga 8 April 2010.

Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk;
Membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan.
Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA yang dijalankan melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://www.jpa.gov.my mulai 29 Mac 2010 sehingga 9 April 2010.

Masalah Teknikal
 
Semasa Mengisi Borang
Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541.
Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.

Semasa Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA
Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8316 4422, 03 8316 4435 dan 03-8316 4055.
Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai 29 Mac 2010 sehingga 9 April 2010.

Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan tajaan PILN 2010 adalah 7 hari selepas keputusan rasmi SPM 2009 diumumkan.

APPLY HERE

No comments:

Post a Comment