Sunday, August 2, 2009

Sajak penting 2009

Sajak penting 2009

Soalan Sajak 1:

Anak Laut

Segar angin laut
mengembalikan rindunya pada kolek
bagai buih kecil terapung di air
menjaring sedikit rezeki
dan sisik ikan
kulit ketam
kepala sotong
dan
kaki udang yang bersimpati.

Maksud:
Tiupan angin yang segar mengingatkan seorang nelayan tua kepada koleknya yang kecil ketika meredah lautan. Dengan menaiki kolek itulah dia mencari rezeki di laut dengan menangkap ikan, ketam , sotong dan udang.

Seperti kolek terdampar di pasir
menampakkan urat jalur-jalur tua
anak laut itu sudah dapat menerka
langkahnya hampir tiba
pada muara Pencipta.

Maksud:
Keadaan kolek usang yang tersadai di pasir pantai, samalah juga dengan keadaan nelayan tua. Nelayan yang sudah tua dapat menduga bahawa saat kematiannya sudah hampir tiba.


Jawab soalan-soalan yang berikut.

i) Mengapakah penyajak mengatakan bahawa dirinya bagai buih kecil terapung di air ? (3 markah)

• Penyajak menyatakan bahawa dirinya bagai buih yang terapung di air kerana penyajak terbayang akan dirinya berada di tengah-tengah lautan dan terasa dirinya kecil sekali.

ii) Pada pendapat anda ,apakah faktor-faktor yang menyebabkan kehidupan nelayan sentiasa dihimpit kemiskinan? (4 markah)

• Pada pendapat saya, faktor-faktor yang menyebabkan kehidupan nelayan dihimpit kemiskinan ialah sikap para nelayan yang beranggapan kerja sebagai nelayan merupakan tradisi keluarga yang harus diteruskan.
• Selain itu, kekurangan pusingan modal juga menyebabkan nelayan tidak mampu membeli peralatan yang lebih berteknologi tinggi.
• Di samping itu, pihak kerajaan juga kurang memberikan tumpuan kepada sector perikanan menyebabkan nasib para nelayan terabai.

iii) Huraikan persoalan-persoalan yang diutarakan dalam sajak Anak Laut?
(3 markah)

• Persoalan-persoalan yang diutarakan dalam sajak Anak Laut ialah kesusahan hidup sebagai seorang nelayan. Contohnya para nelayan hanya mempunyai kolek yang usang untuk ke laut.
• Persoalan kedua ialah nelayan yang sudah tua tetap rindu akan pekerjaannya sebagai nelayan.
• Persoalan yang ketiga pula ialah ketabahan golongan nelayan menghadapi cabaran hidup


iv) Jelaskan nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak di atas? (3 markah)

• Nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak di atas ialakeberanian . Contohnya anak laut berani mengharungi lautan.
• Nilai yang kedua ialah kegigihan. Misalnya anak laut gigih
mencari rezeki.
• Nilai yang ketiga pula ialah bersimpati. Contohnya kesusahan nelayan seolah-olah mendapat simpati daripada hasil tangkapan


v) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya hendak mengatasi masalah kemiskinan
dalam kalangan nelayan di negara kita? (4 markah)

• Pada pendapat saya cara untuk mengatasi kemiskinan dalam kalangan nelayan di negara kita ialah membeli alat atau peralatan tangkapan yang moden melalui pinjaman daripada Persatuan Nelayan.
• Nelayan juga perlulah mempelbagaikan kegiatan ekonomi
seperti menternak ikan dalam sangkar dan sebagainya.
• Selain itu, nelayan perlulah mendapatkan nasihat atau meminta bantuan daripada agensi kerajaan atau Jabatan Perikanan.
• Nelayan juga perlulah mengelakkan daripada asyik bergantung dengan orang tengah.

vi) Apakah maksud rangkai kata menampakkan urat jalur-jalur tua ? (2 markah)

• Maksud rangkai kata menampakkan urat jalur-jalur tua iala
jelas kelihatan kulit yang berkedut-kedut kerana usia yang
telah lanjut.


vii) Jelaskan tema yang diutarakan dalam sajak? (3 markah)

• Tema yang diutarakan dalam sajak ialah penderitaan hidup
kaun nelayan yang terpaksa menggadaikan nyawa di lautan
untuk mencari rezeki.


viii) Apakah maksud rangkai kata mengembalikan rindunya pada kolek?
(2 markah)

• Maksud rangkai kata tersebut ialah menyebabkan perasaan
rindu terhadap perahu/sampan yang digunakan ke laut.

.......................................................................................................................................................

Soalan 2:

DERITA PERTAMA

Adam adalah bapa kita
yang tercampak dari seberang dunia
kerana mencari syurga
di celah buah khuldi.

Maksud
Nabi Adam merupakan bapa kepada semua manusia. Dia tercampak ke dunia kerana telah melanggar perintah Tuhan agar tidak makan buah khuldi.

Waktu terlantar di dunia baru
hari tengah malam
ia tidak mengerti apa yang terjadi
mulutnya bisu.

Maksud
Ketika tiba di dunia ini, hari sudah tengah malam. Baginda rasa sunyi dan bersendirian. Baginda tidak mempunyai sebarang teman untuk berbual atau berbicara.

Ia melihat sekeliling
mulai merasa cemas akan kegelapan
segumpal awan hinggap ke kening
ia tidak tahu apakah itu.

Maksud
Baginda berasa cemas dan takut kerana keadaan yang gelap gelita. Benda-benda di sekelilingnya begitu asing kerana baginda tidak pernah melihatnya.

Sepanjang malam ia tercengang
dari hatinya mengalir sungai duka
bagaimana akan kutempuh rimba kegelapan
tubuh seorang.

Maksud
Baginda berasa sedih dan kesal atas perbuatannya namun segalanya telah terlewat. Baginda mula berasa risau apabila memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk menempuh hidup baru di dunia ini. Tambahan pula baginda hanya keseorangan di dunia ini.


Sepanjang malam air matanya
membelah muka bulan.

Maksud
Baginda terharu dan sedih menghadapi derita pertamanya di dunia ini. Baginda menangis sepanjang malam sehingga bulan turut bersimpati akan nasib baginda.


Jawab soalan-soalan berikut :

i) Gambarkan perasaan Adam ketika terlantar di dunia baru. (3 markah)

• Perasaan Adam ketika terlantar di dunia baru ialah Adam berasa sangat takut dan risau kerana dirinya berada di satu kawasan yang begitu gelap, sunyi dan asing.
• Adam bingung dan tidak tahu di mana dia berada .
• Seterusnya, dia berasa sedih dan terharu kerana terpaksa menempuhi kehidupan baru di dunia.

(ii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk menyesuaikan diri di tempat baru? ( 3 markah )

• Pada pendapat saya, untuk menyesuaikan diri di tempat baru seseorang itu perlu mengetahui adat dan budaya di tempat itu agar dapat bergaul dengan masyarakat di situ dengan lebih mudah.
• Selain itu, kita mestilah saling menghormati dan mengamalkan budaya hidup bermasyarakat.
• Seterusnya, kita perlu menjaga tatasusila dan tingkah laku agar disenangi oleh orang lain.

(iii) Huraikan tiga nilai kemanusiaan yang ditimbulkan dalam sajak ini. ( 3 markah )

• Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak ini ialah nilai keinsafan atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan sebagaimana Adam yang menginsafi keingkarannya terhadap tuhan.
• Selain itu, nilai ketabahan seperti yang ditunjukkan oleh Adam yang tabah menghadapi kesengsaraan walaupun keseorangan dan dalam ketakutan.
• Seterusnya nilai rendah diri dan mengakui kesilapan diri serta berazam untuk tidak mengulanginya seperti Adam yang sedar akan kesalahan baginda terhadap tuhan.

(iv) Gambarkan keadaan Nabi Adam ketika tiba di dunia ini. ( 3 markah )

• Keadaan sekeliling ketika Adam tiba di dunia ialah hari sudah larut malam.
• Keadaan sekeliling amat gelap dan sunyi sepi.
• Selain itu, tiada manusia lain di dunia ini ketika itu menyebabkan Adam berasa sunyi.
• Langit ketika itu hanya disinari oleh cahaya bulan yang seakan-akan mengerti kesedihan Adam.


(v) Pada pendapat anda, mengapakan Nabi Adam berduka dalam sajak tersebut?
(3 markah )

• Pada pendapat saya, Nabi Adam berduka kerana dia kini terlantar atau berada di dunia baru yang asing baginya tanpa ditemani oleh sesiapa.
• Selain itu, Adam berduka kerana sedar dan insaf akan kesalahan melanggar perintah Tuhan iaitu makan buah khuldi.
• Seterusnya, Adam berduka kerana terpaksa menempuh hidup keseorangan di dunia baru
(vi) Huraikan dua persoalan yang ditimbulkan dalam sajak ini. ( 3 markah)

• Persoalan pertama dalam sajak di atas ialah kesedihan dan kesunyian tinggal keseorangan di dunia ini. Contohnya Adam berasa sedih dan sunyi semasa tiba di dunia ini kerana tiada sesiapa di samping baginda.
• Persoalan kedua ialah perasaan insaf dan kesal akan kesilapan sendiri. Misalnya Adam yang menyesali kesalahannya terhadap Tuhan.

...........................................................................................................................................

Soalan 3:


JALAN-JALAN RAYA KOTAKU

Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
lelah meresahkan
dengan luka parah di hati.

Maksud
Penyajak meluahkan rasa kesal beliau terhadap sikap sesetengah pengguna jalan raya yang tidak bertimbang rasa, tidak sabar dan tidak bertolak ansur ketika berada di jalan raya. Keadaan bertambah buruk apabila mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika hujan gerimis pada waktu senja.

Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa.

Maksud
Pengguna jalan raya bersikap sombong, tidak sabar dan dipengaruhi emosi akibat perasaan bosan semasa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Mereka semakin jemu dengan kehidupan sedemikian yang tiada penghujungnya.

Demikian etika di perjalanan
budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.

Maksud
Pengguna jalan raya semakin kehilangan nilai-nilai murni seperti sopan santun, berbudi bahasa dan bertimbang rasa akibat tekanan hidup di kota. Sebaliknya sikap mereka menjadi kasar, angkuh dan terburu-buru kerana dikuasai hawa nafsu yang menggugat peradaban manusia

Jalan-jalan raya kotaku
adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadaban
para pesakit
kemanusiaan semakin mandul
pada penghujung musim.

Maksud
Penyajak menggambarkan jalan raya yang dijadikan medan melepaskan perasaan, bersikap biadap dan tidak bertanggungjawab. Keadaan itu jelas menunjukkan bahawa nilai kemanusiaan semakin terhakis dalam kalangan masyarakat di kota yang serba moden dan canggih ini.


Jawab soalan-soalan berikut :

i) Apakah sikap pengguna jalan raya seperti yang diperkatakan dalam sajak ini? (3 markah)

• Pengguna jalan raya dikatakan tidak bertimbang rasa,tidak bertolak ansur dan tidak bersabar.
• Selain itu, mereka tidak sopan, biadap dan dipengaruhi emosi.
• Mereka juga tidak mematuhi peraturan jalan raya dan menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan tanpa mempertimbangkan kesan-kesan negatif yang mungkin timbul akibat sikap tidak bertanggungjawab.



ii) Pada pendapat anda mengapakah mereka bersikap demikian? Berikan ulasan anda.
(3 markah )

• Pada pendapat saya, mereka terlalu mementingkan diri sendiri ketika di jalan raya.
• Mereka berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi masing-masing secepat mungkin.
• Selain itu, kehidupan di kota terlalu menekan mempengaruhi emosi mereka menyebabkan mereka mudah marah, cemas danresah sehingga mereka dikatakan bersikap negatif ketika berada di jalan raya.



iii) Huraikan beberapa persoalan yang terdapat dalam sajak ini? (3 markah)

• Persoalan yang terdapat sajak ini ialah persoalan kesesakan lalu lintas di kota.
• Persoalan kedua ialah sikap pengguna jalan raya yang tidak sopan dan tidak bertimbang rasa ketika menggunakan jalan raya.
• Persoalan ketiga ialah sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sehingga mereka menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan.



iv) Apakah pengalaman yang dilalui oleh penyajak sepanjang melalui jalan-jalan raya di kota?
( 3 markah )

• Sepanjang melalui jalan-jalan raya di kota, penyajak dapat melihat pengguna jalan raya yang tidak bertimbang rasa, tidak sabar dan tidak bertolak ansur ketika berada di jalan raya.
• Selain itu, penyajak dapat merasakan nilai-nilai murni yang kian terhakis akibat tekanan yang dihadapi oleh warga kota.
• Penyajak turut menyaksikan sikap pengguna jalan raya yang kasar, angkuh dan terburu-buru serta mementingkan diri masing-masing.


v) Kesesakan lalu lintas merupakan fenomena biasa di kota. Pada pendapat anda bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah tersebut? (3 markah)

• Pada pendapat saya, pengguna jalan raya seharusnya menyokong kempen berkongsi kenderaan bagi mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya seterusnya mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kota.
• Selain itu, pengguna jalan raya harus menggunakan kenderaan awam seperti bas dan komuter. • Pihak kerajaan juga perlu mengehadkan jumlah kenderaan yang masuk ke kota pada masa-masa tertentu dan menentukan laluan kenderaan perdagangan seperti lori bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.



vi)Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak ini. (3 markah)

• Pengajaran daripada sajak ini ialah kita mestilah bersikap sabar, bertimbang rasa dan bersopan santun di jalan raya.
• Kita juga mesti mematuhi peraturan jalan raya bagi menjamin keselamatan diri kita dan pengguna yang lain.
• Seterusnya kita hendaklah saling menghormati serta menjaga tingkah laku kita di jalan raya.


vii) Bagaimanakah keadaan jalan raya seperti yang digambarkan dalam sajak ini? (3 markah)
• Jalan raya di kota dikatakan penuh sesak dengan kenderaan terutamanya ketika hujan atau waktu senja ketika pengguna jalan raya balik ke rumah masing-masing.
• Selain itu, pelbagai kerenah manusia diperlihatkan semasa mereka terlibat dengan kesesakan lalu lintas.
• Penyajak turut menggambarkan jalan raya yang dijadikan medan perlumbaan melepaskan perasaan pengguna yang tidak bertanggungjawab.



viii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang mungkin timbul sekiranya pengguna jalan raya menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan? (3 markah)

• Pada pendapat saya, sekiranya pengguna jalan raya menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan mereka akan terlibat dengan kemalangan jalan raya.
• Selain itu, mereka turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
• Seterusnya kemalangan yang berlaku akan memburukkan lagi masalah kesesakan lalu lintas yang telah sedia ada.



ix) Huraikan tiga sikap negatif yang ditonjolkan dalam sajak ini. (3 markah )

• Sikap negatif yang ditonjolkan dalam sajak ini ialah sikap pengguna jalan raya yang tidak sabar, tidak bertimbang rasa dan terburu-buru.
• Selain itu, sikap tidak mematuhi peraturan jalan raya serta mengabaikan keselamatan diri.
• Seterusnya sikap mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan keselamatan orang lain.

.........................................................................................................................................


Soalan 4:


Di Ruang Gemanya

Telah kurangkumkan rebah setiaku
pada setiap pilu dan rindu
melayang dan mengembang
ke hayat gemilang. Sejak itu
tidak kukesal lagi
Goda dan duga
Di gerimis senja.

Maksudnya: Penyajak menumpahkan seluruh taat setianya kepada negaranya yang tercinta. Sepanjang perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah, penyajak telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, namun penyajak tidak berasa kesal akan tindakannya itu.

Telah kupahatkan lelah umurku
Pada setiap kerikil dan debu
Datang dan menghilang
Ke hujung kenang. Sesudah itu
Tidak kukenal lagi
Hampa dan derita
Di guruh pagi.

Maksudnya: Sepanjang hidupnya penyajak sentiasa mencurahkan bakti dan berusaha untuk memastikan negaranya bebas daripada masalah. Setelah dia berusaha penyajak tidak lagi berasa hampa dan kecewa kerana negaranya kini telah mencapai kemerdekaan.

Gerimis senja guruh pagi
Adalah titipan maya
Bakal kukongsikkan hati
Mengukir tadbir di ruang gemanya.

Maksudnya: Penyajak ingin menyampaikan mesej bahawa dugaan dan cabaran itu merupakan perkara biasa dalam mengharungi liku-liku hidup. Penyajak juga bersedia berkongsi pengalamannya dengan anggota masyarakat yang lain dan bersama-sama mencurahkan usaha , idea dan tenaga untuk membangunkan negaranya yang tercinta.

Jawab soalan yang diberi di bawah.


i) Buktikan penyajak seorang yang cinta akan negaranya.
[3 markah]

Bukti penyajak seorang yang cinta akan tanah air ialah
• Dia telah menumpahkan rasa taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada negaranya.
• Sanggup berjuang dan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan untuk kemerdekaan negara.
• Beliau tidak rasa kesal terhadap tenaga usaha yang telah dicurahkan demi kemerdekaan dan kedaulatan negaranya.
• Sepanjang hidupnya , penyajak sanggup mencurah bakti kepada negara agar negaranya bebas dari sebarang masalah.
• Sentiasa bersedia untuk menyumbang idea / berkongsi idea dan tenaga demi kemajuan negara.


ii) Pada pendapat anda , apakah akibatnya jika rakyat tidak taat setia kepada negara?
[3 markah]

Pada pendapat saya, akibat jika rakyat tidak mencurahkan taat setia kepada negara ialah
• Negara akan berada dalam keadaan kacau bilau dan tidak aman.
• Negara akan menjadi mundur/ekonomi negara terjejas
• Negara akan mudah diceroboh oleh pihak musuh.
• Imej negara terjejas.


iii) Apakah persoalan yang terdapat dalam sajak ini. [3 markah]

Persoalan yang terdapat dalam sajak ini ialah;
• Kesetiaan kepada negara/ cinta kepada negara. Penyajak amat mencintai tanah airnya dan telah mencurahkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air.
• Kesanggupan / ketabahan menghadapi segala rintangan . Penyajak sanggup menghadapi pelbagai masalah dan rintangan bagi membuktikan kesetiaan kepada tanah air.
• Keikhlasan dalam menyumbangkan idea dan tenaga demi kedaulatan negara. Penyajak dengan ikhlas ingin berkongsi pengalaman dan idea untuk sama-sama membangunkan negara.
• Tanggungjawab terhadap negara. Penyajak telah menunaikan tanggungjawabnya terhadap negara dengan berjuang menuntut kemerdekaan dan berusaha membangunkannya.


iv) Jelaskan maksud baris puisi berikut:
Telah kupahat lelah umurku
Pada setiap kerikil dan debu [2 markah]

Maksud baris puisi tersebut ialah;
• Sepanjang hidupnya penyajak telah berusaha untuk memastikan negaranya bebas daripada sebarang masalah.


V) Sebagai seorang pelajar,apakah tanggungjawab anda kepada negara? [3 markah]

Sebagai seorang pelajar,
• saya akan belajar bersungguh-sungguh agar menjadi warga yang berguna kepada negara.
• Saya akanmenjaga tingkah laku /mengamalkan nilai-nilai murni demi menjaga nama baik negara.
• Saya akan bekerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab dalam usaha membanteras gejala sosial dalam kalangan remaja.
• Saya akan memberi sokongan / ikut serta dalam program yang dianjurkan oleh kerajaan untuk remaja/pelajar


VI) Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam sajak ini. [3 markah]


Pengajaran yang terdapat dalam sajak ini ialah ;
• Kita perlulah mempunyai semangat cinta akan negara agar kedaulatan dan keamanan negara terjamin.
• Kita perlulah sanggup berkorban dan berjuang untuk mempertahankan negara daripada diceroboh oleh pihak musuh.
• Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dan rintangan kerana cabaran itu memberi pengalaman kepada kita.
• Kita perlulah bekerjasama mencurahkan bakti dan tenaga demi kedaulatan dan pembangunan negara.


vii) Nyatakan maksud rangkap kedua sajak ini. [3 markah]

• Maksud rangkap sajak ini ialah;
Sepanjang hidupnya penyajak sentiasa mencurahkan bakti dan berusaha untuk memastikan negaranya bebas daripada masalah. Setelah dia berusaha penyajak tidak lagi berasa hampa dan kecewa kerana negaranya kini telah mencapai kemerdekaan.



vii) Pada pendapat anda apakah peranan yang perlu dimainkan oleh seorang warganegara untuk menjamin kedaulatan dan kemajuan negara? [3 markah]


Pada pendapat saya peranan yang perlu dimainkan oleh seorang warganegara untuk menjamin kedaulatan dan kemajuan negara ialah;
• Menyumbangkan idea dan tenaga untukmembangunkan negara.
• menjaga tingkah laku/ mengamalkan nilai-nilai murni demi menjaga nama baik negara.
• memberi sokongan dan kepercayaan kepada pemerintah
• menjaga dan mempertahankan negara daripada pencerobohan musuh


ix) Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam sajak ini. [3 markah]

Nilai-nilai murni yang terdapat dalam sajak ini ialah;
• Kesetiaan kepada negara. Contohnya penyajak mencurahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negaranya.
• Ketabahan. Contohnya penyajak tabah menghadapi segala pahit getir/ cabaran dan rintangan demi kemerdekaan dan kedaulatan negaranya.

• Keikhlasan. Contohnya penyajak ingin berkongsi pengalamannya dengan anggota masyarakat agar dapat sama-sama mencurahkan bakti demi membangunkan negara.
• Bertanggungjawab . Contohnya penyajak bertanggungjawab terhadap kemerdekaan negara dengan mencurahkan

......................................................................................................................................

Soalan 5:

Duhai Pentafsir

Pentafsir,
sebenarnya telah lama kucari
suaramu yang sarat
ke mana jatuhnya gema itu?
di manakah tempat istirahat
setelah pengembaraan yang penat
di manakah telah kaurakamkan
pertemuan matahari,rimba dan lautan?

Maksud:
Penyajak membuat pernyataan bahawa dia telah lama mencari arah dan kebenaran dalam kehidupannya, tetapi masih belum ditemui. Usia yang semakin bertambah menyebabkan penyajak hampir terlupa peristiwa-peristiwa silam yang dilaluinya.

Senja ini menemuiku
dengan lusuh catatanmu
angin yang sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku
sedang aku belum ketemu
surat yang kau tuliskan padaku.

Maksud:
Sewaktu usia semakain tua, penyajak masih meneruskan pencariannya. Banyak hasil tulisan yang dibaca dan diteliti sehingga seakan-akan kajian yang dikaji menjadi lusuh. Pertambahan usia memberi peringatan kepada penyajak bahawa sisa-sisa usia semakin singkat. Tetapi masih mencari-cari petunjuk yang benar daripada pencipta-Nya.

Telah hilangkah ia
Atau kau tidak pernah menulisnya
Ah, aku tidak bisa tidur dan melupakan
Racun keresahan telah membunuh lenaku
Sejak kau dahagai penawar dalam lautan nota-notamu
Kiranya terdampar dalam angin yang ragu
Yang tidak mengenal arah tiupannya
Angin tanpa sabar yang telah melunturkan
Kehijauan dalam keriangan masa kecilku.

Maksud:
Penyajak menjadi keliru dalam mencari petunjuk Ilahi dan hakikat kebenaran kehidupan ini. Penyajak diburu resah oleh sejarah silam kehidupannya yang beronak dan berliku. Penyajak mula sedar kesilapan dan kelalaiannya yang menyimpang daripada petunjuk Ilahi. Dia berasa kerugian kerana membiarkan masa mudanya begitu sahaja tanpa berusaha mengenal Tuhannya.

Pentafsir, musim telah terlalu tua
kaca jendela menjadi kelabu
dan aku telah terlalu lesu
untuk menari bersama bayang-bayangmu
senja pun semakin larut
lembar-lembar menjadi semakin kuning
apakah aku harus mengebumikan buku-buku ini
di samping pusaramu yang sepi.

Maksud:
Usia penyajak semakin tua, penglihatannya semakin kabur dan tubuh menjadi semakin lemah. Tetapi penyajak tetap berusaha untuk mendapatkan perlindungan dan keredaan Tuhan dalam kehidupannya yang semakin singkat. Penyajak ingin meninggalkan semua kejahilan dan melupakan sejarah silamnya. Namun begitu dia masih ragu akan penerimaan Tuhan terhadap keinsafan dirinya.

Hentikan ejekanmu
biar kupecahkan kaca ini
melihat keluar. Lalu mengenal
rumpun-rumpun yang redup
adalah pengakuanmu, Tuhanku!
yang menjernihkan mataku.

Maksud:
Penyajak menyatakan keyakinannya untuk keluar daripada keraguan dan kesangsiannya. Penyajak membuat tekad dan menyerah diri mencari keredaan Tuhan untuk mencari ketenangan jiwanya.


Jawapan Soalan di bawah.

(i) Terangkan maksud pengembaraan yang penat mengikut penggunaannya dalam sajak di atas.

• Perjalanan hidup/pengalaman yang terlalu lama menempuh liku-liku hidup
• Usaha yang terlalu lama mencari ilmu/pedoman hidup


(ii) Pada pendapat anda, mengapakah ilmu agama itu penting dalam kehidupan?

• Dapat menentukan nilai sosial/perintah atau tegahan/larangan dalam melakukan sesuatu
• Dapat dijadikan pedoman sumber rujukan/panduan dalam menempuh kehidupan
• Dapat membentuk personaliti/peribadi seseorang
• Dapat memberi ketenangan /kebahagiaan

(iii) Apakah persoalan-persoalan yang diketengahkan dalam sajak di atas?

• Kepentingan ilmu agama dalam kehidupan manusia –penyajak mencari kebenaran agar dia lebih tenang
• Penderitaan dalam kehidupan sekiranya tidak mendapat panduan yang betul –penyajak menderita kerana tercari-cari panduan hidup sewaktu tua
• Kegigihan untuk mencari kebahagian –berusaha dengan gigih untuk kebahagian hidup
• Manusia terlalu kerdil dan tidak berkuasa –manusia hanya merancang dan berusaha tetapi tidak berkuasa untuk menentukan perkara yang dihajati

(iv) Nyatakan apa yang terjadi kepada ’aku’ apabila musim telah terlalu tua?

* Penyajak semakin tua
• penglihatan semakin kabur
• tubuh semakin lemah

(v) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.

• Kita hendaklah berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita hajati –penyajak berusaha mencari kebenaran hidup
• Kita janganlah berputus asa dalam menghadapi cabaran/rintangan –penyajak perlu berusaha dan berdoa dalam menghadapi cabaran
• Kita handaklah berusaha untuk mencari ketenangan –penyajak berusaha mengenal diri dan pencipta tanpa jemu


(vi) Pada pendapat anda, mengapakah buku perlu dijadikan teman sepanjang hidup?

• Memperoleh banyak ilmu pengetahuan baru dari semasa ke semasa
• Menjamin masa depan yang cerah
• Mempelajari pelbagai pengalaman baru/mempelajari pelbagai perkara melalui pengetahuan membaca/pengetahuan lain
• Mengisi waktu terluang
• Menajamkan akal fikiran

....................................................................................................................................

Soalan 6:

Duhai Pentafsir

(Sambungan soalan di atas)

(i) Berikan maksud rangkai kata berikut:
"Di manakah tempat istirahat, setelah pengembaraan yang penat"

• Penyajak mencari ketenangan di dunia ini sebelum menempuh alam kehidupan yang kekal abadi


(ii) Mengapakah penyajak mencari seorang pentafsir untuk dirinya?

• Membimbing dirinya yang telah tersesat jauh/diri yang jahil
• Ingin kembali ke pangkal jalan
• Mendalami ilmu agama untuk hidup yang lebih sempurna
• Telah tua/tidak berdaya/perlu bantuan


(iii) Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam sajak beserta contohnya.

• Personafikasi –angin yang sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar buku
• Sinkof –pentafsir, sebenarnya telah lama kucari
• Inversi –dengan lusuh catatanmu
• Metafora –racun keresahan dan lautan nota-notamu


(iv) Apakah yang dimaksudkan dengan racun keresahan telah membunuh lenaku?

• Diburu/dihantui resah oleh sejarah silam kehidupannya yang penuh kedukaan


(v) Jika anda beransur tua, apakah perkara-perkara yang bermanfaat yang harus anda lakukan?

• Melakukan kerja-kerja ringan
• Memperbanyakkan amal ibadat
• Menjaga cucu-cicit
• Melancong/berehat
• Membuat kerja-kerja kebajikan


(vi) Terangkan tema dan persoalan yang terdapat dalam sajak di atas beserta contohnya.

* Tema –keagamaan cth: penyajak cuba mencari panduan hidup dan erti kehidupan
• Persoalan
– mencari dan berusaha mengenal diri cth: penyajak berusaha mengenal diri dan pencipta tanpa jemu
– manusia hanya merancang cth: manusia tidak berkuasa untuk melawan takdir tetapi perlu berusaha untuk mencapai kejayaan


...........................................................................................................................................

Soalan 7:

Duhai Pentafsir

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan senja pun semakin larut? Mengapakah penyajak bersa kesal terhadap keadaan tersebut?

• Masa sudah terlalu suntuk/usia semakin tua
• Penyajak kesal kerana masa terlalu pendek untuk menunaikan tanggungjawab terhadap Allah
• Terlalu suntuk untuk mempelajari hal agama



(ii) Pada pendapat anda, apakah wajar penyajak berasa resah kerana usianya semakin tua?

• Tidak wajar kerana semua orang akan mengahdapi kematian
• Peluang untuk memperbaiki kesilapan diri masih ada
• Patut memanfaatkan masa yang ada dengan melakukan aktiviti yang berfaedah


(iii) Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam sajak Duhai Pentafsir.

• Rasional –berfikiran terbuka dan berusaha meningkatkan keimanan setelah tua
• Kasih sayang –memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak
• Kerajian –berusaha dengan gigih tanpa berputus asa


(iv) Mengapakah fikiran penyajak terganggu?

• Terperangkap dalam keraguan akibat penafsiran yang kabur
• terlepas daripada petunjuk Tuhan
• Merasakan dirinya jahil


(v) Pada pendapat anda, mengapakah catatan-catatan dianggap lusuh oleh penulis?

• Hasil tulisan yang terlalu lama dibaca
• Terdapat hasil tulisan yang sudah ketinggalan zaman
• Penyajak masih belum menemui petunjuk yang betul


(vi) Jelaskan nilai dan pengajaran yang terkandung dalam sajak di atas.

• Nilai
– Rasional cth: berfikiran terbuka dan berusaha meningkatkan keimanan setelah tua
– Kasih sayang cth: memeberi didikan sempurna kepada anak-anak
– Kerajinan cth: berusaha dengan gigih tanpa jemu
• pengajaran
- Kita hendaklah insaf cth: manusia perlu insaf dan memperbaki tingkat keimanan
- Kita hendaklah memberi didikan agama dari peringkat kanak-kanak cth:Kanak-kanak perlu diberi didikan agama yang sempurna

Cerpen Penting 2009

Cerpen Penting 2009

A. VIRUS ZEL UNTUK ABAH

TEMA
Penderitaan anak yang menjadi mangsa akibat perceraian ibu bapa.


PERSOALAN
1. Tanggungjawab seorang ibu tunggal membesarkan anak dengan didikan yang sempurna
2. Kasih sayang dapat menghapuskan perasaan dendam seorang anak kepada ayahnya.
3. Perceraian menyebabkan masalah rumahtangga.
4. Sahabat sejati sanggup bersama ketika senang atau susah dan sanggup pula membantu.


WATAK PERWATAKAN


ZEL
1. Anak gadis yang berusia 20 tahun.
2. Mahir menggunakan komputer dan perisiannya.
3. Emosional, iaitu mudah berasa marah apabila terkenang ayahnya yang telah menceraikan ibunya.
4. Pendendam dan prasangka. Zel berhasrat untuk memusnahkan Program ZQ 1308
yang sangat penting kepada ayah dan adik-beradik tirinya.
5. Penyayang, Zel sangat sayang akan ibunya. Dia sentiasa menurut nasihat ibunya dan selalu berbangga dengan pencapaian ibunya .
6. Berfikiran rasional setelah menerima saranan dan nasihat sahabat baiknya, Win.


MAMA
1. Ibu Zel yang berusia 45 tahun.
2. Janda/ibu tunggal kepada seorang anak bernama Zel.
3. Peniaga komputer yang berjaya.
4. Wanita yang berpelajaran tinggi
5. Memiliki keyakinan yang tinggi bahawa dia akan berjaya walaupun tanpa bantuan lelaki / suami.
6. Tidak menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap bekas suaminya.
7. Bertimbang rasa dan rasional.


WIN
1. Sahabat karib Zel yang sering dihubungi untuk memberi pendapat.
2. Menuntut di Kaherah
3. Menasihati Zel agar membatalkan rancangannya untuk memasukkan virus ke dalam perisian komputer ayahnya.



LATAR


LATAR TEMPAT
* Ruang tamu rumah Zel, rumah abah, ruang bilik komputer di rumah Zel, gedung pakaian, ruang legar di sebuah pusat beli belah.


LATAR MASA
* Zaman sekarang atau zaman kemajuan teknologi maklumat. Buktinya,penggunaan komputer secara meluas.
* Malam iaitu ketika Zel mengikut abang tirinya, Awi membeli hadiah untuk ayah mereka.


LATAR MASYARAKAT
* Masyarakat korporat/peniaga. Ibu zel merupakan peniaga komputer yang berjaya.
* Golongan wanita yang menjadi ibu tunggal selepas bercerai.
* Masyarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga .
* Masyarakat yang mementingkan penggunaan komputer.


PLOT
* Permulaan - diperkenalkan watak Zel yang tertekan akibat perceraian ibu dan ayahnya.
* Perkembangan - digambarkan watak Zel yang semakin memuncak perasaan benci terhadap ayahnya. Namun, ibunya melarang dia menyimpan perasaan
dendam.
* Perumitan -Perasaan benci Zel terhadap Awi, Aman dan Arif (adik beradik tirinya) kerana bersikap seolah-olah cuba memisahkan diri Zel dengan ayahnya.
* Puncak/ klimaks - Zel ingin menghantar virus komputer bagi merosakkan program ZQ 1308 yang sangat penting kepada ayahnya. Win mengingatkan Zel bahawa hasratnya itu akan turut menyusahkan dirinya sendiri dan mamanya.
* Peleraian - Zel membatalkan niatnya .



GAYA BAHASA
1. Bahasa Inggeris, Contohnya, survive, taste, inferior, career woman dan sebagainya.
2. Personifikasi. Contohnya, halilintar yang datang meragut tangkai jantungku
3. Bahasa Arab. Contohnya,InsyaAllah, ukhuwah
4. Pengulangan kata. Contohnya, Tentang keinginan Zel, tentang harapan Zel, tentang masa depan Zel
5. Simile. Contohnya, persis halilintar
6. Metafora. Contohnya, konkrit derita



NILAI
1. Kasih sayang. Contohnya, mama kasih akan anaknya, Zel
2. Simpati. Contohnya, Win,sahabat baik Zel menyatakan rasa simpatinya terhadap nasib Zel yang menjadi mangsa perceraian.
3. Ketabahan. Contohnya, mama tabah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal
4. Yakin akan diri. Contohnya, mama yakin dia mampu berjaya walaupun tanpa bantuan suami.
5. Kebijaksanaan.Contohnya,mama bijak menguruskan perniagaan hingga berjaya
6. Kerajinan. Contohnya, Zel dan Win yang rajin menuntut ilmu.


PENGAJARAN
1. Kita hendaklah memiliki sifat kasih sayang antara mama dan anak atau sahabat.
2. Kita hendaklah menerima takdir tuhan dengan hati yang tabah.
3. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang ditimpa kesusahan atau nasib
malang.
4. Kita hendaklah bersikap adil dan rasional .
5. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mempunyai perasaan dendam.
6. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu.
7. Kita perlu mengikuti perkembangan semasa terutamanya dalam bidang komputer
supaya tidak ketinggalan.



SINOPSIS

Zel, seorang gadis remaja mengalami gangguan emosi akibat perceraian mama dan papanya. Persepsi awal Zel menyalahkan papanya sebagai punca perceraian dengan mamanya. Persepsi ini menyebabkan timbul dendan di hati Zel yang mahu diterjemahkan dengan memasukkan sejenis virus ke dalam komputer papanya dengan tujuan merosakkan seluruh pangkalan data yang ada di dalamnya. Kekusutan ini bagaimanapun dileraikan apabila papanya bersua muka dengan Zel dan menjelaskan cerita sebenar yang berlaku di pihaknya. Menurut papa Zel, setelah mama Zel bergelar usahawan dalam bidang IT, mama Zel mula berubah sikap. Mama Zel sukar dinasihati kerana pada pendapat papa Zel berlaku akibat kesilapan papa yang "tidak mengukur baju di badan sendiri" ketika membuat keputusan untuk memilih mama Zel sebagai pasangan hidup. Menurut papa Zel, hati mama Zel terlalu keras dan perbezaan taraf antara mereka telah semakin menjarakkan hubungan mereka sehingga berlakunya perceraian. Papa Zel kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita lain dan dikurniai beberapa orang cahaya mata. Zel beruntung kerana seorang sahabatnya bernama Win telah berjaya melembutkan hati Zel sehingga menyebabkan Zel membatalkan keputusannya untuk memusnahkan pangkalan data papanya.



Soalan KBKK


S1. Jika anda ialah Zel, apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan perasaan akibat perceraian ibu bapa?

Jawapan : Skop berlainan
1. Mendekatkan diri kepada Tuhan - banyak berwirid, mengaji, mendalami ilmu agama
2. Mencari teman untuk berkongsi masalah - kaunselor/ ustaz/ rakan sebaya
3. Melakukan aktiviti berfaedah - sukan dan rekreasi/ melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan/kerja amal
4. Bersikap positif terhadap ujian yang menimpanya - reda kepada ketentuan Ilahi/ kuatkan semangat


S2. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dicadangkan untuk membantu golongan ibu tunggal ?

Jawaban - skop berlainan

1. Mencadangkan mereka menubuhkan persatuan bagi membela nasib ibu tunggal.
2. Memberi bantuan elaun khas bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh ibu tunggal
3. Membuka peluang perniagaan yang lebih banyak kepada golongan ini
4. Menghantar mereka menjalani kursus untuk meningkatkan "nilai tambah" kepada diri.


S3. Pada pendapat anda, mengapakah bidang ICT sangat penting pada masa kini?

Jawaban : skop berlainan

1. Menyimpan data berkaitan perniagaan dengan cara sistematik dan selamat
2. Mempromosi perniagaan dengan cara efisien melalui laman web dan blog
3. Memperoleh maklumat yang cepat dan berguna untuk menggerakkan perniagaan
4. Mereka bentuk dan membuat inovasi produk melalui kegiatan penyelidikan dan pembangunan yangbersumberkan perisian dan perkakasan komputer


S4. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dicadangkan untuk merapatkan semula hubunganantara Zel dengan mama dan papanya?

Jawaban : skop berlainan
1. Saling menghubungi melalui kecanggihan ICT - telefon bimbit, e-mel, sidang video
2. Merancang dan melaksanakan aktiviti secara bersama - contoh : melancong
3. Bersikap positif dan berprasangka baik antara satu sama lain - elakkan pergaduhan, guna kata-kata kesat
4. Saling bertukar hadiah dan ucapan pada hari-hari yang bernostalgia seperti hari lahir, ulang tahunperkahwinan



CONTOH SOALAN

“Setiap manusia ada menyimpan ego. Tak ada kekecualian antara lelaki dan wanita.” Kata-kata Win kembali menyelit. Ma ada ego? Ma hendak tunjuk egonya? Yang akhirnya membuatkan mereka terpisah? Kami terpisah?
Oh, tidak! Mama Zel tidak begitu. Setinggi-tinggi ma terbang, asas kehidupan – ketauhidan, ibadah, nilai hidup islamik tidak pernah kering daripada membasahi kulit harian ma. Malah bagiku ma yang masih setia dengan tudung litupnya walau ke mana sekalipun, merupakan model muslimah alias srikandi masa ini. Tidak keterlaluan kukira.
Pantas aku nyahkan jauh-jauh andaian buruk tentang mama. Kupejamkan mata rapat-rapat sambil menyimpul keyakinan bahawa mama merupakan insan terbaik dan insan yang paling kucintai. Hanya mama. Keyakinan itu kusimpul menjadi kesatuan yang utuh. Malah pernah aku simpan keyakinan itu untuk semua wanita, semua ibu di dunia ini. Di setiap pelosok jagat raya.
Semua ibu?
Mungkin tidak. Mungkin ada pengecualian. Mungkin Aunt Syarifah tidak. Aunt Syarifah?



(i) Bagaimanakah keperibadian mama seperti yang digambarkan dalam cerpen? [3 markah]
Keperibadian mama berdasarkan petikan tersebut ialah ma seorang wanita yang patuh akan ajaran agama. Beliau sentiasa bertudung dan mengamalkan cara hidup Islam. Beliau juga memiliki sifat srikandi itu wanita yang berhati waja.


(ii) Pada pandangan anda, mengapakah Aunt Syarifah dikecualikan oleh Zel daripada golongan wanita atau ibu yang baik?
[3 markah]

Aunt Syarifah dikecaulikan daripada sifat-sifat wanita yang baik kerana Zel berasa cemburu dengan wanita itu. Hal ini demikian Aunt Syarifah merupakan isteri baru kepada bapanya. Aunt Syarifah dianggap sebagai perampas kebahagiaan keluarga Zel.


(iii) Huraikan satu nilai dalam petikan dan dua nilai dalam cerpen.
[3 markah]
Nilai yang terdapat petikan ialah nilai kasih sayang. Zel sangat sayang akan ibunya. Sementara itu, nilai-nilai dalam cerpen tersebut ialah nilai ketabahan ialah ketabahan ibu Zel meningkatkan kerjayanya sebagai wanita korporat, serta nilai kebijaksanaan yang menampilkan kebijaksanaan Zel mencipta virus komputer untuk memusnahkan program komputer bapanya.

......................................................................................................................................................


B. ANNYSS SOPHILLEA

TEMA
Perjuangan menentang kejahatan yang berakhir dengan kemenangan kepada pihak yang benar.

PERSOALAN
- Persahabatan murni antara penduduk dari dua alam yang jauh berbeza keadaannya.
- Sikap keji sesetengah pemimpin yang tamak akan kuasa sehingga sanggup melakukan kezaliman untuk mengekalkan kekuasaannya.
- Pengorbanan demi membuktikan persahabatan sejati di samping menegakkan kebenaran

PLOT
- Permulaan : A.S. terpaksa turun ke Bumi untuk mencari kembarnya. Dia berkanalan dan bersahabat dengan seorang penduduk Bumi bernama Akmal
- Pertengahan : Strenn telah mengurung Eyrique Etiqaz di sebuah bilik rahsia
- Klimaks : A.S dan Akmal berjaya membebaskan E.E. tetapi mereka terpaksa berhadapan dengan Strenn pula. Ketika Strenn dan E.E. berlawan, Akmal telah menembak Strenn
- Peleraian : E.E. dan A.S. telah bersatu tenaga menyelamatkan Akmal yang hampir mati

WATAK DAN PERWATAKAN
i. Annyss Sophillea:
- Watak utama
- Gadis Alstonia, kembar kepada Eyrique Etiqaz
- Sepupu Strenn
- Lemah lembut
- Tegas
- Berani
- Gigih
- Memiliki kesaktian


ii. Strenn:
- Sepupu Annyss Sophillea dan Eyrique Etiqaz
- Merampas Kuasa dan menduduki takhta Alstonia yang sepatutnya milik E.E.
- Zalim
- Tamak
- Memiliki kesaktian
- Mati ditembak oleh Akmal


iii. Eyrique Etiquaz:
- Kembar Annyss Sophillea
- Pewaris takhta kerajaan Alstonia
- Dikurung oleh sepupunya, Strenn di dalam satu bilik rahsia
- Menjadi kuat jika bersatu kuasa dengan kembarnya
- Memiliki beberapa kesaktian


iv. Akmal:
- Penduduk Bumi yang menjadi sahabat A.S.
- Pergi ke Alstonia apabila merasakan bahawa sahabatnya berada dalam kesusahan
- Menembak Strenn untuk menyelamatkan Eyrique Etiqaz
- Hampir terbunuh tetapi sempat diselamatkan oleh A.S. dan E.E.
- Berani
- Benci akan Kezaliman


LATAR

i. Latar Tempat:
- Bumi dan Alstonia
- Alstonia : pusara ayah dan emak A.S., pinggir Rimba Besar Alstonia, terowong rahsia, dan bilik kurungan

ii. Latar Masa:
- Futuristik atau masa akan datang
- Siang
- Malam
- Satu hari di Alstonia bersamaan dengan seminggu di Bumi

iii. Latar Masyarakat:
- Masyarakat Bumi dan Masyarakat Alstonia
- Alstonia : masyarakat yang memiliki kesaktian, masyarakat yang tamak akan kuasa
- Bumi : masyarakat yang dapat bekerjasama


NILAI
- Gigih atau Cekal : Annyss Sophillea
- Berani : Annyss Sophillea
- Kasih Sayang : Annyss Sophillea
- Kerjasama : Akmal
- Belas kasihan : Akmal
- Amanah : Annyss Sophillea

PENGAJARAN
- Kita hendaklah berani berjuang untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kezaliman
- Kita mestilah bekerjasama setiap masa bagi memastikan kemenangan dalam perjuangan
- Kita hendaklah sentiasa bersedia memberikan bantuan kepada seseorang yang berada dalam kesusahan
- kita tidak harus bersikap tamak akan harta dan pangkat sehingga sanggup merampas hak dan kedudukan orang lain
.................................................................................................................................................



C. LAMBAIAN MALAR HIJAU.


Sinopsis
Cikgu Jo ke perkampungan orang asli bagi memujuk Daneng supaya meneruskan pelajarannya. Suasana di situ amat indah dan alam sekitarnya terpelihara. Daneng tidak mahu meninggalkan kampungnya kerana ingin menjaga persekitaran tempat tinggalnya daripada sebarang pencemaran. Menurut Cikgu Jo, Daneng akan berjaya menjaga hutan itu suatu masa nanti dengan pelajarannya. Akhirnya Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng. Kejayaan Daneng dalam pelajaran dan usahanya tanpa jemu untuk mengekalkan keindahan hutan malar hijau akhirnya diikhtiraf apabila Daneng menerima Hadiah Nobel dan gelaran ‘Datuk’.


Tema
Kecintaan terhadap alam sekitar – Daneng berjaya memelihara kemurnian hutan rimba tempat lahirnya


Persoalan
- Sikap tamak manusia mengancam hutan rimba
- Tanggungjawab seorang guru terhadap pelajarnya
- Sikap keterbukaan seseorang boleh membawa kejayaan
- Kepentingan pendidikan kepada setiap individu


Watak dan Perwatakan
Daneng
- Remaja yang lulus PMR cemerlang
- Enggan meneruskan pelajaran kerana ingin tinggal di Lembah Tualang
- Bergelar ‘Datuk’ apabila dewasa
- Mempunyai anak iaitu Dany
- Menerima Hadiah Nobel

Cikgu Jo
- Guru kepada Daneng
- Mengambil berat terhadap anak muridnya
- Menghormati Daneng
- Berbangga dengan kejayaan Daneng


Latar
Latar Tempat
- Sekitar perkampungan di Lembah Tualang
- Pondok atau rumah ibu bapa Daneng
- Danau Nyok

Latar Masa
- Waktu pagi – Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng untuk meneruskan persekolahannya
- Tempoh masa 25 tahun

Latar Masyarakat

- Masyarakat Orang Asli di Desa Tualang
- Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan
- Masyarakat yang mencintai alam sekitar
- Masyarakat yang hidup sederhana dan patuh kepada warisan nenak moyang


Nilai
- Hormat menghormati – Daneng amat menghormati cikgu Jo walaupun ketika Daneng sudah bergelar ‘Datuk’
- Kegigihan – Daneng berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya sehingga beliau digelar dan dianugerahkan Hadiah Nobel
- Pengorbanan – Cikgu Jo sanggup meredah hutan untuk memujuk Daneng agar meneruskan persekolahannya walaupun pada mulanya Daneng berkeras enggan bersekolah lagi.


Pengajaran
- Kita perlu melindungi warisan hutan yang terbentang luas agar agar tidak tercemar akibat angkara manusia yang rakus
- Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran menjadi tangga kejayaan pada hari muka
- Kita hendaklah sanggup berkorban untuk orang yang kita sayangi

Ramalan Tatabahasa 2009

SILA BERI PERHATIAN DAN TUMPUAN YANG LEBIH

1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
( Kali akhir tahun 2004 )

2. Gabung ayat tunggal menjadi ayat majmuk
( Kali akhir sebelum 2004 )

3. Tentukan kata dan frasa dalam ayat
Contoh : senaraikan kata kerja transitif dalam ayat diberi.

4. Analisis bentuk ayat
Contoh : Nyatakan satu ayat majmuk komplemen daripada petikan.

5. Peribahasa
Contoh : Berdasarkan situasi dalam ayat tunggal.

PERIBAHASA

1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi
Jawapan: Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin merendah diri sifatnya.

2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
Jawapan: Mengikut sifat orang berilmu yang suka merendah diri daripada bersikap sombong.

3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Jawapan: Berbuat baik biarlah berpatutan tetapi janganlah berbuat jahat sama sekali.

4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Jawapan: Perkara yang selalu dikenang apabila seseorang telah tiada ialah nama baiknya.

5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa
Jawapan: Berbuat baiklah semasa masih hidup untu diri dan masyarakat dan jangan berbuat jahat.

6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Jawapan: Orang yang berketurunan baik, ke mana dia pergi akan menjadi baik juga akhirnya.

7. umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga
Jawapan: Orang yang baik jika berada di mana-manapun akan dimuliakan orang juga.

8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Jawapan: Setiap perbuatan mesti dilakukan bersungguh-sungguh sehingga mendapat hasil yang baik.

9. bagai lebah menghimpun madu
Jawapan: Orang yang sangat rajin mencari ilmu atau harta.

10. cepat kaki, ringan tangan
Jawapan: Orang yang rajin dan cekap bekerja.

11. genggam bara api biar sampai jadi arang
Jawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sehingga mendapat hasil.

12. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Jawapan: Kita tidak akan mendapat hasil jika kita tidak berusaha.

13. malas bergarit perut perit
Jawapan: Sikap malas berusaha akan menyebabkan kita mendapat kesusahan.

14. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
Jawapan: Orang yang malas tidak akan maju.

15. seperti anai-anai makan kayu
Jawapan: Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin.

16. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang
Jawapan: Sesuatu hasil yang dihajatkan mestilah diikuti dengan usaha yang rajin kerana rezeki tidak datang dengan sendiri.

17. bagai beliung dengan asahan
Jawapan: Perhubungan sahabat yang sangat rapat.

18. biduk berlalu kiambang bertaut
Jawapan: Dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada penghasutnya.

19. buang yang keruh ambil yang jernih
Jawapan: Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.

20. cubit peha kanan peha kiri terasa juga
Jawapan: Jika orang yang rapat dengan kita mendapat kesusahan, kita akan merasakan kesusahan itu juga.

21. enggang dengan enggang, pipit dengan pipit, baru boleh terbang bersama
Jawapan: Perhubungan yang sama taraf.

22. ibarat telur semangkuk/ sesangkar, pecah sebiji pecah semua
Jawapan: Jika seseorang ahli dalam sesuatu kumpulan mendapat susah, ahli yang lain juga turut merasai kesusahannya.

23. ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu juga
Jawapan: Jikalau ada jodoh, di mana-mana pun akan ditemukan juga.

24. jauh bau bunga, dekat bau tahi
Jawapan: Kaum keluarga yang tinggal berjauhan akan berasa rindu tetapi jika tinggal berdekatan akan selalu berkelahi.

25. kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Jawapan: Sesuatu perkara tidak akan berlaku jika melibatkan seorang sahaja.

26. mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak
Jawapan: Hubungan anak dengan bapa yang sangat baik dan saling bertolongan.

27. seperti pungguk rindukan bulan
Jawapan: Seseorang yang sentiasa mengingati dan merindui kekasihnya.

28. ikut hati mati, ikut rasa binasa
Jawapan: Orang yang mengikut kehendak nafsu akan musnah hidupnya.

29. nasi sudah menjadi bubur
Jawapan: Perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak dapat diubah lagi.

30. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
Jawapan: Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu pekerjaan agar tidak menyesal kemudian hari.

31. sudah terantuk baru tengadah
Jawapan: Sudah ditimpa kemalangan barulah hendak beringat-ingat/ berhati-hati.

32. air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Jawapan: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

33. alah membeli menang memakai
Jawapan: Biarlah membeli barang yang berkualiti dan lebih mahal harganya asalkan barangan itu tahan lama.

34. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah
Jawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati.

35. biar titik jangan tumpah
Jawapan: Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak.

36. cencaru makan petang
Jawapan: Mendapat keuntungan atau kemenangan pada saat-saat akhir.

37. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Jawapan: Seseorang itu mestilah berhati-hati apabila bercakap atau memberi pendapat tentang sesuatu perkara.

38. cicir dipungut, hilang di cari
Jawapan: Jangan membazirkan sesuatu makanan hanya kerana ingin berjimat.

39. ukur baju di badan sendiri
Jawapan: Berbelanja atau melakukan sesuatu perkara biarlah mengikut kemampuan diri kita sendiri.

40. sediakan payung sebelum hujan
Jawapan: Berjaga-jaga lebih baik sebelum bencana atau perkara buruk berlaku.

41. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
Jawapan: Sekali kita tertipu, akan membuatkan kita lebih berhati-hati.

42. seperti air dalam kolam
Jawapan: Orang yang bersifat dan kelihatan tenang.

43. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
Jawapan: Berhati-hati apabila bercakan kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.

44. cacing hendak menjadi naga
Jawapan: Orang biasa yang cuba bertindak seperti orang besar/ berpengaruh.

45. membujur lalu melintang patah
Jawapan: Seseorang yang tidak takut pada halangan atau cabaran.

46. bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat
Jawapan: Mencapai kata sepakat.

47. hati gajah sama di lapah, hati nyamuk sama dicicah
Jawapan: Pengagihan yang adil dan sama banyak.

48. ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni
Jawapan: Perhubungan yang sama akrab sehingga susah dan senang sanggup dihadapi bersama.

49. air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut
Jawapan: Kita hendaklah patuh pada adat dan undang-undang di tempat kita berada.

50. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Jawapan: Kita hendaklah patuh undang-undang dan peraturan di mana kita menetap.

51. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Jawapan: Semasa hidup kita mesti mengikut peraturan dan adat, tetapi setelah mati kita akan mengikut hukum Tuhan.

52. kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya
Jawapan: Manusia akan dipercayai jika menepati segala janji.

53. masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek
Jawapan: Seseorang itu mestilah menyesuaikan diri dengan tempat di mana dia berada.

54. seperti kerbau dicucuk hidung
Jawapan: Seseorang yang hanya tahu mengikut kehendak atau arahan orang lain.

55. seperti belut pulang ke lumpur
Jawapan: Orang yang kembali ke tempat asalnya setelah lama merantau.

56. seperti gagak pulang ke benua
Jawapan: Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah lama merantau.

57. seperti ikan pulang ke lubuk
Jawapan: Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah lama merantau.

58. setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga
Jawapan: Sejauh manapun seseorang itu merantau, akhirnya dia akan kembali ke tempat asalnya semula.

59. jangan bermain di air keruh
Jawapan: Perbuatan yang negative janganlah ditiru.

60. ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
Jawapan: Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

61. diam ubi berisi, diam besi berkarat
Jawapan: Orang yang berilmu biasanya diam kerana berfikir tetapi orang yang tidak berilmu selalunya banyak bercakap.

62. bagaikan harimau sembunyikan kuku
Jawapan: Orang berilmu yang menyembunyikan kelebihan dirinya.

63. jauhari juga yang mengenal manikam
Jawapan: Orang yang bijaksana sahaja tahu menilai kelebihan sesuatu perkara.

64. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
Jawapan: Sekiranya tiada ilmu untuk melakukan sesuatu perkara, lebih baik jangan melakukannya.

65. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Jawapan: Orang yang sama taraf atau sepadan.

66. air yang dingin juga dapat memadamkan api
Jawapan: Kata-kata yang lemah lembut akan dapat meredakan kemarahan seseorang.

67. bagai menjaga intan dicanai
Jawapan: Kasih sayang yang amat tinggi.

68. karam sambal oleh belacan
Jawapan: Seseorang yang dikasihi tetapi merosakkan harta benda yang diberi kepadanya.

69. kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan
Jawapan: Kasih ibu bapa terhadap anak-anaknya berkekalan selama-lamanya, tetapi kasih anak kepada ibu bapa biasanya tidak tetap.

70. kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan
Jawapan: Mengasihi anak dan isteri biarlah berpatutan dan jangan terlalui dimanjai bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

71. bagai menatang minyak yang penuh
Jawapan: Menjaga anak yang dikasihi dengan penuh kasih dan sayang

72. bagai ditatang di anak lidah
Jawapan: Orang yang terlalu kasih akan anak dan isterinya.

73. kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai seberang
Jawapan: Orang yang pandai membawa diri, ke mana-mana pun mereka pergi pasti akan selamat.

74. pandai menyelam air dangkal
Jawapan: Orang yang pandai membawa diri

75. timba air mandikan diri
Jawapan: Berusaha sendiri dengan tidak mengharapkan pertolongan orang lain.

76. yang tegak disokong, yang lemah ditopang
Jawapan: Orang kaya dimuliakan manakala orang miskin diberi pertolongan.

77. bagai duduk dengan cupak dan gantang
Jawapan: Rakyat yang hidup di bawah kepimpinan yang adil.

78. seduit dibelah tujuh
Jawapan: Pembahagian yang sama rata.

79. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan terserak
Jawapan: Bijaksana dalam menyelesaikan masalah.

80. umpama jari di tangan ada bercincin ada tidak
Jawapan: Melaksanakan hukuman secara tidak adil.

81. nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati
Jawapan: Orang yang berkuasa dan bebas untuk melakukan apa-apa sahaja.

82. orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya
Jawapan: Setiap orang berkuasa di rumah masing-masing.

83. bagai kaduk naik junjung
Jawapan: Orang yang mengada-ngada.

84. bagai layang-layang terputus talinya
Jawapan: Hidup yang tiada berpedoman.

85. alah bisa tegal biasa
Jawapan: Kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah.

86. ditelan mati emak, diluah mati bapa
Jawapan: Terlalu sukar membuat keputusan.

87. beras secupak tak akan jadi segantang
Jawapan: Kehidupan seseorang atau kemiskinan yang tidak mungkin dapat diubah.

88. kerana nyamuk seekor kelambu dibakar
Jawapan: akibat marah akan seseorang, semua orang dipersalahkan.

89. bagaikan hidup segan mati tak mahu:
Jawapan: Hidup dalam keadaan ala kadar/ sesuatu yang tidak sempurna

90. bagaikan itik pulang petang
Jawapan: Berjalan dalam keadaan berbaris-baris dalam satu kumpulan

POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN A & B

POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN A & B

Berikut ialah beberapa poin ringkas yang dicatat hasil pembacaan melalui akhbar dan majalah.

Poin-poin yang tercatat boleh anda jadikan panduan untuk menghasilkan karangan Bahagian A Peringkat Cemerlang (26-30 markah ) dan Bahagian B Peringkat Cemerlang (80-100 markah )

Anda boleh menghasilkan poin-poin ringkas anda sendiri.

1. KEPENTINGAN NILAI MURNI
§ Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan yang
lebih bermakna dalam usaha memajukan negara agar mencapai kemakmuran dan
kemajuan yang pesat
§ Individu dan masyarakat yang mempunyai nilai murni akan mempunyai budi pekerti
yang mulia dan akan dihormati oleh orang lain.
§ Pelbagai gejala sosial yang kurang baik dapat dibanteras dan masyarakat hidup
dalam keadaan aman dan harmonis.
§ Imej negara di kaca mata dunia akan tinggi dan rakyat negara ini dikagumi oleh
pelancong asing/ masyarakat dunia.
§ Individu yang mempunyai nilai murni akan dapat membuat pertimbangan secara
rasional dalam menyelesaikan masalah



2. USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
§ Memperkenalkan teknik penanaman moden dan teknologi yang baru dalam industri
buah-buahan.
§ Menggiatkan kempen menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan.
§ Mempelbagai dan memperluas pasaran buah-buahan tempatan di luar negara.
§ Memperluas kawasan penanaman buah-buahan tempatan sebagai tanaman
keempat terpenting selepas getah, kelapa sawit dan koko.
§ Memperkenalkan skim galakan dan memberi khidmat nasihat kepada pengusaha
yang mengusahakan penanaman buah-buahan tempatan .



3. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERTANIAN TRADISIONAL
Kebaikan
§ Mengekalkan tradisi bergotong-royong yang diwarisi sejak turun-temurun
(menanam, membersihkan sawah lading, menuai, dll).
§ Tidak memerlukan kos dan modal yang tinggi – proses penanaman dan tuaian
§ secara manual.
§ Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan pengusaha.
§ Hasil pertanian tidak dicemari bahan kimia seperti racun serangga.
§ Menghasilkan pelbagai hasil pertanian seperti pisang, ubi kayu, ubi keledek , dll
mengikut keperluan pengusahanya.
Keburukan
§ Memberi kesan negatif kepada kualiti alam sekitar (terutama pertanian pindah)
kerana menyebabkan penerokaan hutan dan menyebabkan kehilangan kayu balak
yang berharga.
§ Menyebabkan kawasan tanah terdedah dan penimbulkan masalah hakisan tanah.
§ Memerlukan masa yang lama untuk mengusahakan sesuatu kawasan kerana
menggunakan peralatan lama/tradisional.
§ Tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan kerana pengeluaran hasil yang
terhad.
§ Mewujudkan golongan petani yang kurang kreatif dan sukar untuk menerima
perubahan.


4. KEBURUKAN PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL

§ Kawasan hutan yang menjadi khazanah negara ( tempat pelbagai spesies tumbuhan
dan habitat haiwan) musnah.
§ Spesies haiwan dan tumbuhan pupus.
§ Pembalakan menyebabkan kawasan tadahan air negara terjejas.
§ Pembalakan menyebabkan masalah tanah runtuh dan banjir kilat. Cth : pembalakan
di Hulu Kelang menyebabkan tanah runtuh – tragedi Highland Towers).
§ Pembalakan yang tidak terkawal menjejaskan ekonomi negara. (bekalan kayu balak
terhad)
§ Pembalakan yang berleluasa menyebabkan peningkatan suhu / udara semakin
panas kerana kekurangan oksigen daripada tumbuh-tumbuhan.
§ Potensi sektor pelancongan melalui hutan dan kawasan rekreasi seperti air terjun
terjejas.


5. PERANAN LEBUH RAYA

§ Lebuh raya dapat memendekkan masa perjalanan. (perjalanan tidak terganggu oleh
lampu isyarat)
§ Lebuh raya dapat mengurangkan kos penggunaan petrol
§ Lebuh raya menyediakan perjalanan yang selesa kepada pengguna – jalan sehala,
tempat rehat dan solat serta lain-lain.
§ Lebuh raya memudahkan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi – susur
keluar disediakan untuk ke setiap bandar di setiap negeri).
§ Lebuh raya memperkembang ekonomi – menyingkatkan masa pengangkutan untuk
pemasaran barang-barang perkilangan ke bandar-bandar utama. Cth : dari Bayan
Lepas ke Kuala Lumpur.
§ Pembinaan lebuh raya juga membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas
§ Potensi sektor pelancongan kawasan rekreasi seperti air terjun ditingkatkan dengan
adanya kemudahan perhubungan.


6. TABIAT PENGGUNA DI MALAYSIA

§ Hampir 70% bahan makanan dibeli secara mendadak atau tanpa sebarang
perancangan.
§ Hampir 60% membeli-belah di sebuah pasar raya sahaja, 30% lebih
daripada dua pasar raya dan bakinya mempunyai fikiran terbuka tentang
kekerapan untuk ke kedai.
§ Hampir 40% pengguna membeli-belah hanya sekali seminggu, 20% dua kali
seminggu, dan bakinya paling kurang, tiga kali seminggu mereka membeli-belah.
§ Hampir 95% pengguna Malaysia terlibat dalam belian mendesak. Kurang daripada
20% pengguna menggunakan dan menyediakan senarai belian sebelum membeli.
§ Terdapat perkembangan pengguna suka mengunjungi gedung membeli-belah
daripada kedai runcit.
§ Pengguna selalunya berbelanja dalam minggu pertama selepas menerima gaji.
§ Pengguna biasanya membayar bil-bil yang diterima terlebih dahulu sebelum pergi
membeli-belah.
§ Pengguna yang mempunyai kad kredit didapati berbelanja tiga kali ganda lebih
banyak daripada mereka yang tidak memilikinya.
§ Pengguna lebih cenderung membeli melalui bayaran mudah atau ansuran daripada
tunai. Dan, mereka jarang mempertimbangkan kos membeli dengan cara seperti ini.
§ Tidak ramai pengguna yang membaca label barangan yang hendak dibeli
terlebih dahulu sebelum membelinya


7. POTENSI MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN


§ Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan.
§ Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi seperti hotel bertaraf lima bintang
padang golf, pusat membeli-belah dan penukar wang asing.
§ Ketersampaian iaitu kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya, keretapi,
jalan laut,, lapangan terbang dan pelabuhan
§ Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.
§ Peranan agensi seperti Tourism Malaysia/ Perbadanan Kemajuan Negeri
§ Peranan kerajaan seperti memperkenalkan iinsentif cukai dan mengadakan
persidangan antarabangsa
§ Kerjasama serantau seperti Tahun Melawat ASEAN
§ Tahun Melawat Malaysia 2007
§ Kedudukan yang strategik dilaluan perdagangan timur-barat
§ Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet oleh pelabur tempatan dan pelabur
asing
§ Kebudayaan tempatan yang kaya dengan seni dan pelbagai perayaan termasuk
Citrawarna.
§ Harga barangan yang murah dan dikecualikan cukai untuk menarik pelancong
§ Keselamatan terjamin lantas pelancong berasa selamat.


8. CIRI-CIRI SEKOLAH YANG BERJAYA


§ Kepemimpinan pengetua dan jawatankuasa pengurusan yang dinamis dan berkesan
§ Guru dan kakitangan amanah,ikhlas, memiliki sifat kecindan dan tidak mementingkan
diri sendiri.
§ Keadaan fizikal dan mental yang sihat ahli-ahli dalam komuniti sekolah
§ Kemahiran berkomunikasi oleh semua warga sekolah
§ Kebolehan pengurusan sekolah menganalisis masalah
§ Kebolehan pengurusan sekolah membuat keputusan
§ Keterampilan pemimpin pelajar
§ Pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sistematik
§ Pengurusan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang tersusun
§ Visi dan misi yang dinyatakan kepada semua warga sekolah dengan jelas
§ Keceriaan sekolah diberi keutamaan
§ Fokus ke arah pembinaan sahsiah dan peribadi pelajar


9. KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN


§ Menjanjikan pulangan lumayan kepada petani
§ Menjadi wahana dalam usaha merapatkan jurang pendapatan antara penduduk desa
dan bandar.
§ Mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada negara asing untuk mendapatkan
bekalan makanan
§ Meningkatkan eksport barangan makanan
§ Sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara
§ Menyediakan banyak peluang pekerjaan yang berkaitan dengan sektor ini
§ Meningkatkan dan meluaskan penggunaan bioteknologi
§ Menjadikan pengurusan persatuan-persatuan nelayan kawasan (PNK) dan
pertubuhan peladang kawasan (PPK) ditadbir secara lebih sistematik
§ Menggalakkan petani dan penternak mempraktikkan amalan pertanian yang baik
§ Meningkatkan aplikasi teknologi moden
§ Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)


10. PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA


§ Satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamat untuk membina dan
mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda
§ Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
§ Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni
§ Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja
§ Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum
§ Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga
§ Tidak mengikut mana-mana model dari luar
§ Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara
pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini
pada 7 Julai 2003
§ Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
§ Pelaksanaan sejak tahun 2004.
§ Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.
§ Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan
ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program
Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan
§ Latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta,
mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan,
disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan,
kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam
kumpulan
§ Modul Kenegaraan ialah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluas
pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta
serta pengorbanan para peserta program terhadap negara
§ Modul Pembinaan Karakter ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina
karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti
dan negara.


11. PEMBANGUNAN MESRA ALAM

§ Pembangunan yang seimbang antara pelaksanaan teknologi pembinaan dan alam
semula jadi yang membolehkan kesesuaian habitat-habitat lain untuk hidup.
(pengekalan ekosistem)
§ Mengekalkan kualiti air mengikut piawaian yang ditetapkan
§ Mengawal selia semua pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa
tempatan (PBT) dan swasta
§ Pelan kerja tanah dan saliran, serta pelan bangunan dengan mempraktikkan MSMA
(Manual Saliran Mesra Alam) yang diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaan-
kerajaan negeri mulai 1 April 2001.
§ Melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir
§ Projek Penghijauan dan pengindahan sepanjang rizab sungai
§ Penyelenggaraan secara berterusan dengan membersihkan sampah sarap dan
mengelakkan bahan cemaran toksid
§ Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat untuk menghargai sungai.
§ Pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam
sekitar dan persekitarannya di samping berusaha untuk terus maju.
§ Menyediakan tapak perindustrian dengan kemudahan loji rawatan bahan cemar
udara, air sisa industri dan sisa toksik mengikut peruntukan undang-undang.



12. KEPENTINGAN MENGUTAMAKAN KELUARGA


§ Keluarga menjadi asas membentuk zuriat dan keturunan yang bertamadun.
§ Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
§ Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni
§ Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja
§ Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum
§ Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga
§ Tidak mengikut mana-mana model dari luar
§ Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara
pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini
pada 7 Julai 2003
§ Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
§ Pelaksanaan sejak tahun 2004.
§ Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.
§ Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan
ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program
Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan
§ Latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta,
mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan,
disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan,
kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam
kumpulan

PENANDA WACANA

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

· Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …
· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

· Kita dapat menyaksikan betapa…
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Sebagaimana yang kita ketahui
· Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

· Bagi sesetengah orang …
· Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …
· Bertitik tolak daripada itu …
· Bukan itu sahaja …
· Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..
· Dalam zaman yang serba canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …
· Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..
· Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan
· Hal ini penting dalam
· Hal ini serupa dengan
· Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan
· Ini membuktikan bahawa
· Ini menggambarkan bahawa
· Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan
· Jadi kita perlu
· Jadi kita hendaklah
· Keadaan ini tentunya
· Lantaran itu sehingga kini
· Kesemua ini menyumbang kepada
· Kita mengakui hakikat bahawa
· Kita sering menonton di kaca televisyen
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar
· Memandangkan keadaan yang sedemikian
· Namun sejak kebelakangan ini
· Oleh itu, bolehlah dikatakan
· Secara logiknya masa yang
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
· Keadaan ini seharusnya boleh
· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih
· Yang paling nyata ialah
· Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

· Sebagai contohnya
· Biar kita lihat
· Biar kita ambil contoh
· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
· Sebagai analoginya,
· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77
07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

NOVEL : DI HADAPAN PULAU

Sinopsis

Novel Di Hadapan Pulau.


Bab 1.

Aziz termenung di tepi laut. Dia terkenangkan ayahnya yang telah meninggal dunia dua bulan yang lalu dan ibu yang telah meninggalkannya. Dia juga tidak pernah melihat adiknya. Aziz tinggal dengan Mak Ciknya, Joyah. Aziz melihat pulau. Hatinya ingin pergi ke pulau tersebut. Tuk Marzuki telah berjanji untuk membawanya ke pulau tersebut tetapi janjinya masih belum ditunaikan.. Aziz menangis apabila terkenangkan ayahnya sambil berlari di pantai. Afidah membuat air kopi untuk datuknya, Tuk Marzuki. Tuk Marzuki sedih melihat cucunya menderita kerana penceraian kedua ibu bapanya.


Bab 2.

Ketika menunggu kedatangan rakan, Raihan memerhatikan kem tentera Australia. Raihan teringatkan rakannya Ridwan telah ke San Francisco dan Rahim pula telah keTokyo. Lamunan Raihan terganggu dengan kedatangan rakannya Zubir. Zubir menyatakan perang telah meletus tetapi belum melanda tanah air mereka. Mereka berbincang menjadi nelayan tetapi mereka tidak dibenarkan ke laut kerana takut terkena bom. Tambahan pula perang sudah bermula. Syed Fikri singgah di kedai sambil memerhatikan Aziz, Lazim dan Razip yang sedang bermain. Aziz dan rakan-rakan bersalaman dan mencium tangan Syed Fikri apabila mereka dihampiri Syed Fikri. Syed Fikri berasa sedih kerana Aziz dalam usia muda sudah yatim piatu. Syed Fikri menasihati Aziz dan rakan-rakan supaya jangan tinggal sembahyang. Masimah dan Basir datang membawa berita peperangan telah meletus.


Bab 3.

Penduduk kampung dilarang memasang lampu pada waktu malam. Setelah lima malam barulah Joyah dapat menyesuaikan diri dengan suasana gelap. Pada malam keenam, Bidin suami Joyah balik ke rumah dengan keadaan mabuk. Kesulitan mendapat makanan mula dirasai penduduk kampung. Ramai yang membeli dan mula menyimpan makanan. Aziz teringat pesanan gurunya supaya berjimat cermat, jangan memasang lampu dan masuk ke shelter apabila seren dibunyikan. Tentera mengadakan sekatan di jambatan di kampung Aziz. Beras naik harga dan sukar diperoleh. Siren kecemasan sering dibunyikan bagi melatih penduduk menyelamatkan diri. Tuk Marzuki dan Dorani pergi ke Merlimau untuk mendapatkan beras dan gula. Raihan dan Zubir pula mencari kerja di kem tentara. Aziz dan Afidah berbual-bual tentang perang. Aziz susah hati kerana Mak Cik Joyah sudah kehilangan pekerjaan.



Bab 4.

Peperangan semakin hampir. Kebimbangan mula meresapi jiwa penduduk.Syed Fikri teringat sepupunya Syed Zuhri yang suka menipu orang ketika berniaga dan berkahwin banyak tetapi tidak bertanggungjawab. Syed Fikri berazam terus beramal dan membimbing masyarakat ke jalan Allah. Dia ingin memberi pendidikan rohani kepada anak-anak yang diabaikan oleh ibu bapa mereka. Dia merancang ingin bercucuk tanam kerana perniagaan minyak atar dan batu akik tidak dapat sambutan dalam waktu peperangan. Pak Cik Budin Balik dalam keadaan mabuk lauu memukul Joyah, isterinya. Aziz sedih dengan sikap Pak Ciknya. Aziz teringat ayahnya yang penyayang dan berpesan supaya dirinya berusaha untuk hidup. Aziz ke rumah Syed Fikri pada awal pagi. Syed Fikri sedang mencangkul tanah untuk bercucuk tanam.



Bab 5.

Pihak tentera sibuk memperkemas kubu pertahanan. Kem tentera dilingkarkan dengan kawat duri dan ditimbunkan dengan kampit pasir sebagai tempat berlindung. Aziz dan Afidah menunggu Tuk Marzuki pulang dari Merlimau. Afidah tinggal sementara dengan Mak Ketong. Aziz duduk di bangku hadapan gerai yang sudah ditutup. Aziz merasakan bahawa dia perlu bekerja untuk menolong Mak Ciknya yang tidak bekerja. Raihan dan Zubir pula bimbang kerana masih tidak mempunyai pekerjaan. Afidah bimbangkan datuknya yang masih belum pulang lagi. Penduduk kampung mula bersesak di dalam shelter kerana mencari perlindungan.



Bab 6.

Sudah hampir tiga jam penduduk berlindung di dalam shelter tetapi masih belum terdengar bunyi siren untuk membenarkan mereka keluar. Peperangan belum meletus tetapi hidup semakin susah. Syed Fikri merasakan peperangan menyebabkan perniagaannya terjejas dan kegiatan berdakwah juga terjejas. Tiba-tiba orang di shelter dikejutkan dengan bunyi bom yang kuat. Aziz dan rakan-rakannya memerhatikan orang ramai yang berjalan dari arah bandar. Afidah datang memberitahu datuknya sudah pulang. Syed Fikri menyatakan penduduk bandar sudah mula berpindah. Dia menasihati kanak-kanak supaya sentiasa bersama keluarga. Syed Fikri berbincang dengan Dorani untuk membuka kelas agama di madrasah yang sudah terbiar. Taksiah pula mengajak Joyah bekerja di kem askar kerana seorang askar bernama Rahmat sudah mendapatkan pekerjaan untuk Joyah.



Bab 7.

Siren amaran semakin kerap berbunyi. Penduduk banyak menghabiskan masa di dalam shelter. Mak Ketong tidak mahu tinggal di dalam shelter kerana beliau berpendapat di mana-mana pun manusia akan mati. Beras yang dibawa dari Merlimau telah habis. Dia ingin mencari beras bersama-sama Dorani di kem askar. Tuk Marzuki terkenang semula akan kepulangannya ke Merlimau bukan sahaja untuk mencari beras tetapi mahu menyerahkan Afidah kepada Mustaffa. Malangnya Mustaffa telah berpindah dan meninggalkan Rukiah adiknya dalam keadaan nyanyuk. Kenengannya terhadap kampung asalnya Merlimau terhenti apabila Afidah membawakan air kopi untuknya. Seterusnya, shelter Tuk Marzuki kena bom. Afidah berlari sambil menangis dikuti Aziz dan orang-orang kampung. Dalam keadaan cedera parah Tuk Marzuki berpesan kepada Afidah supaya mencari Pak Cik Mustaffa dan Mak Cik Rukiah. Selepas itu Tuk Marzuki meninggal dunia. Afidah menziarah kubur datuknya pada awal pagi.Dia menangis dan Aziz yang berada bersama-sama dengannya turut menangis. Lazim turut berada di kubur dan mempelawa Afidah tinggal bersama-sama dengan kakaknya Wan Rohani atau tinggal di rumah Mak Ketong dan Mak Cik Joyah.


Bab 8.

Kem askar dibom dan penduduk mula berlindung di kawasan bukit. Tentera Jepun semakin hampir. Selepas menolong Syed Fikri berkebun Aziz menemani Afidah ke kubur datuknya. Afidah terkenangkan datuk Marzuki yang susah payah memeliharanya serta teringatkan ayah meninggalkan rumah setelah bergaduh dengan ibunya. Afidah teringatkan dia dipelihara oleh Pak Cik Mustaffa dan Mak Cik Rukiah selama dua tahun. Selepas itu baru dia dibawa oleh Tuk Marzuki ke Singapura. Aziz dan Afidah berlari ke shelter apabila siren dibunyikan. Kapal terbang Jepun menggugurkan kertas supaya penduduk kampung bekerjasama dengan Jepun untuk membebaskan Asia daripada penjajahan. Selepas itu bom digugurkan bertalu-talu.


Bab 9.

Askar Jepun berjaya menumpaskan askar British dan mereka mengambil alih kem tentera British. Askar Jepun mengarahkan semua penduduk berkumpul di kem tentera. Orang lelaki diminta membersihkan kem dan menanam mayat dalam lubang besar. Orang dewasa dipaksa menjadi buruh. Mereka yang melawan mati ditembak. Wanita dan kanak-kanak hanya mampu untuk menangis sahaja. Fikiran Joyah bertambah kusut apabila suaminya tidak pulang-pulang. Aziz ke rumah Syed Fikri juga tidak pulang. Mereka yang lain ditahan oleh tentera Jepun.

Aziz memicit badan Syed Fikri yang sakit-sakit setekah membersihkan kem Jepun. Aziz pulang ke rumah meninggalkan Syed Fikri. Soejono masih ditahan oleh tentera Jepun. Pagi esoknya, Aziz pergi ke rumah Syed Fikri. Syed Fikri masih tidur. Afidah menjual jam pusaka Tuk Marzuki. Syed Fikri menyuruh Aziz dan Afidah pulang kerana askar-askar Jepun sedang meronda.


Bab 10.

Taksiah masih ditahan tentera Jepun manakala Wan Rohani dan Rosiah dibebaskan. Ramai yang ingin tahu perkara yang berlaku kepada Rosssiah dan Wan Rohani tetapi kedua-duanya enggan menceritakan pengalaman yang amat menakutkan. Pada malam itu Dorani pulang setelah ditahan tentera Jepun selama lima hari. Dorani teringat anaknya Mohideen yang setiap bulan mengirim wang kepadanya tetapi Mohideen takutkan isterinya, Kunimah. Dorani teringat masa mudanya ketika menjadi nelayan selama dua tahun serta menjadi kelasi kapal dan merantau ke seluruh dunia. Sakit jantung yang dihadapinya menyebabkan dia pulang ke kampung.


Bab 11.

Kehidupan zaman Jepun semakin perit. Ramai yang mati kelaparan. Orang lelaki terpaksa bekerja untuk Jepun. Mak Ketong tidak mampu lagi memberi makan kepada Aziz dan Afidah. Mak Ketong menyuruh mereka mencari makanan sendiri. Aziz mengajak Afidah mencari makanan di kem askar tetapi Afidah tidak mahu. Kemudian Aziz mengajak Afidah mencari makanan di kuburan lama. Di kuburan iaitu di belakang sebuah bukit Aziz terserempak dengan Rosiah bersama dengan seorang lelaki. Rosiah memberi Aziz makanan dan berpesan supaya Aziz tidak menceritakan halnya kepada sesiapa. Afidah gembira melihat Aziz membawa makanan. Afidah mengajak Aziz mengambil lagi makanan tetapi Aziz enggan. Aziz merasa hairan dengan kelakuan Rosiah sedangkan Rosiah terkenal sebagai gadis yang bersopan dan alim. Aziz dan Afidah pergi ke kedai todi mengambil upah membelikan todi untuk mereka yang mengupahnya.


Bab 12.

Aziz dan Afidah pergi ke barat pantai kerana khabarnya makanan tertanam di situ.Mereka tidak menemui makanan tetapi menemui Kapten Hebat (Mahmud) yang sedang menangis. Lutut Kapten Hebat tokak dan berdarah. Kapten Hebat menunjukkan bangkai Mokmeng setelah sebelah tangan dan kakinya dimakan olehnya. Malam itu Mak Ketong duduk bersama Aziz dan Afidah. Keadaan hidup semakin susah. Penyakit semakin berleluasa kerana penduduk kekurangan zat makanan. Ramai orang yang mati kebuluran. Afidah mengajak Aziz bercucuk tanam dan Mak Ketong pula mengajak mereka berpindah. Orang ramai menjadi kelam kabut. Bunyi kapal terbang semakin dekat dan diikuti pula bunyi tembakan meriam. Mak Ketong, Aziz dan Afidah duduk diam dan bahaya sentiasa menanti mereka.


TEMA DALAM NOVEL

Novel ini mengemukakan tema kesan peperangan dan kesengsaraan hidup semasa peperangan.


HURAIAN TEMA


· Peperangan menyebabkan hidup rakyat menderita. Waktu malam mereka terpaksa bergelap.


· Penduduk sentiasa dalam ketakutan dan cemas. Mereka terpaksa menyelamatkan diri dalam shelter.


· Penduduk juga menghadapi kekurangan makanan. Aziz dan Afidah terpaksa menahan lapar. Mereka terpaksa mencari makanan di kubu lama.


· Peperangan juga mengakibatkan penduduk kehilangan mata pencarian. Nelayan tidak dapat ke laut untuk mencari rezeki. Raihan dan Zubir tidak dapat ke laut.


· Desakan hidup akibat peperangan juga menyebabkan manusia hilang pertimbangan clan sanggup menggadaikan maruah. Rosiah sanggup menggadai maruahnya kepada tentera Jepun.


· Perang juga menyebabkan harga barang naik kerana kekurangan bekalan di samping merebaknya pelbagai penyakit seperti penyakit tokak yang dialami oleh Kapten Hebat.


PERSOALAN DALAM NOVEL


1. Pergolakan keluarga

· Afidah terpaksa tinggaJ bersama-sama Tuk Marzuki setelah ibu bapanya bercerai.

· Budin, seorang pemabuk clan kaki judi sering memukul iserinya Joyah.


2. Kezaliman tentera Jepun

· Kaum lelaki dipaksa menjadi buruh clan anak-anak terpisah daripada ibu bapa.


3. Semangat kerjasama / tolong menolong

· Penduduk kampung membina shelter berdekatan rumah Mak Ketong.

· Aziz membantu Syed Fikri bercucuk tanam.


4. Kesesakan / tekanan hidup akibat perang

· Kapten Hebat terpaksa memakan Mokmeng akibat kekurangan makanan semasa perang.

· Tanaman Syed Fikri dicuri.

· Rosiah menjual maruah diri untuk mendapatkan makanan.


5. Pegangan agama sebagai pedoman hidup

· Syed Fikri menyuruh Aziz clan rakan-rakannya bersembahyang clan mengaj i Qur' an.

· Penduduk kampung mengaji Qur'an semasa di dalam shelter.


6. Kasih sayang sesama insan

· Tuk Marzuki menyayangi Afidah clan menjaganya setelah ibu bapa Afidah bercerai.

· Afidah menyayangi Tuk Marzuki clan meratapi kematiannya.

· Aziz menyayangi ayahnya clan selalu merinduinya.


7. Sikap prihatin terhadap insan yang malang

· Aziz selalu memujuk clan menemani Afidah yang kesedihan setelah Tuk Marzuki meninggal dunia.

· Mak Ketong menjaga Afidah setelah Tuk Marzuki meninggal dunia.

8. Sikap mementingkan diri dalam kalangan masyarakat

· Syed Zuhri menipu orang kampung semasa membeli tanah untuk mendapatkan keuntungan.


9. Ketabahan menghadapi cabaran hidup

· Penduduk kampung tabah menghadapi kesengsaraan hidup semasa perang.


10. Masalah kebuluran semasa perang

· Penduduk sukar mendapat makanan, harga makanan pula mahal.


11. Masalah penyakit semasa perang

· Penyakit beri-beri, tokak, malaria, kudis melanda penduduk.


12. Pengangguran berleluasa pada zaman perang

· Zubir, Raihan tidak dapat ke laut kerana takut serangan bom.

· Peniaga tidak dapat bemiaga.

· Joyah dan Taksiah hilang pekerjaan di kem tentera.


13. Pendidikan terjejas akibat perang

· Kanak-kanak tidak bersekolah kerana sekolah ditutup.


14. Keberanian menghadapi cabaran

· Aziz dan Afidah


PENGAJARAN DALAM NOVEL


1. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan

· Penduduk kampung bekerjasama mendirikan shelter berhampiran rumah Mak Ketong.


2. Kita hendaklah saling membantu antara satu sama lain

· Aziz membantu Syed Fikri bercucuk tanam.

· Aziz membantu Afidah mencari makanan.

· Mak Ketong menjaga Afidah setelah Tuk Marzuki meninggal dunia-


3. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama

· Syed Fikri menyuruh Aziz dan rakan-rakannya mengaji dan bersembahyang.

· Penduduk kampung membaca Qur'an semasa di dalam shelter.


4. Kita hendaklah menyayangi sesama insan

· Tuk Marzuki menyayangi Afidah dan menjaganya setelah ibu bapa Afidah bercerai.

· Afidah menyayangi Tuk Marzuki dan meratapi kematiannya.

· Aziz menyayangi bapanya dan selalu merinduinya.


5. Kita mestilah bertanggungjawab

· Tuk Marzuki menjaga cucunya Afidah setelah ibu bapaAfidah bercerai.

· Makcik Joyah menjaga Budin setetah ayahnya meninggal dunia.



6. Kita mestilah prihatin terhadap orang yang bernasib malang

· Mak Ketong menjaga Afidah setelah Tuk Marzuki meninggal dunia.

· Aziz selalu memujuk Afidah yang kesedihan setelah Tuk Marzuki meninggal dunia.


7. Kita hendaklah berdikari

· Aziz dan Afidah bekerja mengambil upah membeli todi untuk endapatlcan wang membeli makanan.

· Aziz membantu Syed Fikri bercucuk tanam kerana tidak mahu menyusahkan Makcik Joyah.


8. Kita janganlah menggadai maruah diri

· Rosiah tidak sepatutnya menjual maruah diri untuk mendapatkan makanan.


9. Kita mestilah tabah menghadapi cabaran hidup

· Aziz, Afidah,penduduk kampung tabah menghadapi kesusahan dan kesengsaraan hidup semasa pemerintahan Jepun.


10. Kita mestilah rajin berusaha

· Syed Fikri bercucuk tanam kerana tidak lagi boleh bemiaga akibat peperangan.

· Aziz menolong Syed Fikri bercucuk tanam.


11. Kita janganlah mementingkan diri sahaja

· Syed Zuhri menipu orang kampung semasa membeli tanah semata-mata untuk mendapatkan keuntungan.


12. Kita janganlah tnengabaikan keluarga

· Budin yang sering mabuk dan kaki judi tidak patut memukul isterinya, Joyah.

· Syed Zuhri mestilah bertanggungjawab terhadap isteri-isterinya, bukannya berkahwin dan bercerai sesuka hati.


LATAR TEMPAT

1. Latar tempat keseluruhan bagi novel Di Hadapan Pulau ialah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi pantai dan berhadapan dengan sebuah pulau kecil yang dianggap mempunyai pelbagai misteri. Perkampungan ini mempunyai kemudahan asas yang cukup sederhana iaitu terdapat deretan kedai, kedai kopi di tepi jalan, bengkel, stor dan sekolah.


2. Dalam novel Di Hadapan Pulau, kem tentera juga merupakan salah satu latar tempat. Kem ini menjadi teinpat tinggal tentera Australia dan terletak di seberang tebing. Kem ini juga menjadi tempat penduduk kampung dikerah bekerja oleh tentera Jepun di samping menjadi tempat tentera Jepun menahan penduduk kampung.


3. Dalam novel Di Hadapan Pu!au, shelter merupakan satu lagi latar tempat. Sheller ini juga merupakan tempat penduduk kampung melindungkan diri semasa serangan udara tentera Jepun. Di sini juga tempat Tuk Marzuki terkorban akibat ledakan bom.


4. Dalam novel Di Hadapan Pulau kawasan perkuburan Tuk Marzuki merupakan tempat Afidah menangis dan meratapi nasibnya yang kehilangan tempat bergantung


5. Dalam novel Di Hadapan Pulau, Merlimau merupakan tempal asal Tuk Marzuki. Dia Eelah pulang ke sini untuk mendapatkan bekalan makanan dan rnencari adiknya Rokiah dan Mustafa.


6. Dalam novel Di Hadapan Pulau, perkampungan nelayan didiami oleh orang Melayu, Jawa, Arab dan Malbari. Mereka bekerja sebagai nelayan, peniaga dan buruh.


7. Dalam nove! Di Hadapan Pulau, latar tempat terdiri daripada rumah kediaman penduduk kampung yang sederhana seperti rumah Tuk Marzuki, Syed Fikri, Makcik Joyah dan rumah Mak Ketong.


8. Dalam novel Di Hadapan Pulau, latar tempatnya ialah di tepi pantai, tempat Aziz dan Afidah duduk bercakap-cakap mengenangkan nasib dan masa depan mereka. Di sini juga Aziz sering melihat pulau misteri impianinya.


LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah :


1. Masyarakat Melayu beragama Islam iaitu penduduk kampung,

pekerja gerai makanan, nelayan, dan penarik beca.


2. Masyarakat Jawa dari Indonesia iaitu Soejono.


3. Masyarakat pendatang keturunan Arab iaitu Syed Fikri dan Syed Zuhri.


4. Masyarakat keturunan India (Malabari) iaitu Dorani.


5. Masyarakat penjajah (askar British)


6. Masyarakat Jepun (askar Jepun)


7. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri seperti Syed Zuhri.


8. Masyarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga seperti Joyah dan Budin.


9. Masyarakat yang bekerjasama dan tolong menolong seperti Dorani, Zubir dan Raihan menolong membina shelter untuk Mak Ketong.


10. Masyarakat yang mengalami keruntuhan akhlak seperti Rosiah.


NILAI KEMASYARAKATAN


1. Nilai bekerjasama

· Penduduk bekerjasama membina 'shelter'


2. Nilai tolong-menolong

· Aziz dan rakan-rakan menolong Syed Fikri bercucuk tanam


3. Nilai bertanggungjawab dalam kekeluargaan

· Tok Marzuki memelihara Afidah selepas perceraian ayah dan ibunya

· Aziz dipeilhara oleh Joyah setelah kematian ayahnya,


4. Nilai masyarakat yang mementingkan nilai keagamaan

· Syed Fikri mengajar agama/A!-Quran kepada kanak-kanak dan penduduk di kampung.


5. Nilai berdikari

· Tok Marzuki pu!ang ke Merllmau untuk mencari beras bagi keperluan makanan semasa perang.

· Aziz dan Afldah mengambll upah membeli todi.


6. Nilai semangat kejiranan

· Rosiah dan Wan Rohani dilawati oleh jiran-jiran untuk bertanya khabar setelah mereka dibebaskan oleh tentera Jepun-


7 Nilai hormat-menghormati

· Syed Fikri yang berpendidikan agama amat dihormati oleh penduduk kampung dan kanak-kanak.

· Aziz menghormati Tok Marzuki dan Syed Fikri; selalu mencium tangan apabila bersalam dengan Syed Fikri


8. Penyayang

· Tuk Marzuki amat menyayangi cucunya Afidah,

· Syed Fikri menyayangi kanak-kanak, mengajar /Azlz bercucuk tanam dan selalu mengajak kanak-kanak minum dan mengajar mereka nilai-nilai agama.


PENGAJARAN


1. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan

· Penduduk kampung bekerjasama mendirikan shelter berhampiran rumah Mak Ketong.



2. Kita hendaklah saling membantu antara satu sama lain

· Aziz membantu Syed Fikri bercucuk tanam.

· Aziz membantu Afidah mencari makanan.

· Mak Ketong menjaga Afidah setelah Tuk Marzuki meninggal dunia-



3. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama

· Syed Fikri menyuruh Aziz dan rakan-rakannya mengaji dan bersembahyang.

· Penduduk kampung membaca Qur'an semasa di dalam shelter.



4. Kita hendaklah menyayangi sesama insan

· Tuk Marzuki menyayangi Afidah dan menjaganya setelah ibu bapa Afidah bercerai.

· Afidah menyayangi Tuk Marzuki dan meratapi kematiannya.

· Aziz menyayangi bapanya dan selalu merinduinya.



5. Kita mestilah bertanggungjawab

· Tuk Marzuki menjaga cucunya Afidah setelah ibu bapaAfidah bercerai.

· Makcik Joyah menjaga Budin setetah ayahnya meninggal dunia.



6. Kita mestilah prihatin terhadap orang yang bernasib malang

· Mak Ketong menjaga Afidah setelah Tuk Marzuki meninggal dunia.

· Aziz selalu memujuk Afidah yang kesedihan setelah Tuk Marzuki meninggal dunia.



7. Kita hendaklah berdikari

· Aziz dan Afidah bekerja mengambil upah membeli todi untuk endapatlcan wang membeli makanan.

· Aziz membantu Syed Fikri bercucuk tanam kerana tidak mahu menyusahkan Makcik Joyah.


8. Kita janganlah menggadai maruah diri

· Rosiah tidak sepatutnya menjual maruah diri untuk mendapatkan makanan.



9. Kita mestilah tabah menghadapi cabaran hidup

· Aziz, Afidah,penduduk kampung tabah menghadapi kesusahan dan kesengsaraan hidup semasa pemerintahan Jepun.



10. Kita mestilah rajin berusaha

· Syed Fikri bercucuk tanam kerana tidak lagi boleh bemiaga akibat peperangan.

· Aziz menolong Syed Fikri bercucuk tanam.



11. Kita janganlah mementingkan diri sahaja

· Syed Zuhri menipu orang kampung semasa membeli tanah semata-mata untuk mendapatkan keuntungan.



12. Kita janganlah tnengabaikan keluarga

· Budin yang sering mabuk dan kaki judi tidak patut memukul isterinya, Joyah.

· Syed Zuhri mestilah bertanggungjawab terhadap isteri-isterinya, bukannya berkahwin dan bercerai sesuka hati.


LATAR TEMPAT


1. Latar tempat keseluruhan bagi novel Di Hadapan Pulau ialah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi pantai dan berhadapan dengan sebuah pulau kecil yang dianggap mempunyai pelbagai misteri. Perkampungan ini mempunyai kemudahan asas yang cukup sederhana iaitu terdapat deretan kedai, kedai kopi di tepi jalan, bengkel, stor dan sekolah.



2. Dalam novel Di Hadapan Pulau, kem tentera juga merupakan salah satu latar tempat. Kem ini menjadi teinpat tinggal tentera Australia dan terletak di seberang tebing. Kem ini juga menjadi tempat penduduk kampung dikerah bekerja oleh tentera Jepun di samping menjadi tempat tentera Jepun menahan penduduk kampung.



3. Dalam novel Di Hadapan Pu!au, shelter merupakan satu lagi latar tempat. Sheller ini juga merupakan tempat penduduk kampung melindungkan diri semasa serangan udara tentera Jepun. Di sini juga tempat Tuk Marzuki terkorban akibat ledakan bom.



4. Dalam novel Di Hadapan Pulau kawasan perkuburan Tuk Marzuki merupakan tempat Afidah menangis dan meratapi nasibnya yang kehilangan tempat bergantung



5. Dalam novel Di Hadapan Pulau, Merlimau merupakan tempal asal Tuk Marzuki. Dia Eelah pulang ke sini untuk mendapatkan bekalan makanan dan rnencari adiknya Rokiah dan Mustafa.



6. Dalam novel Di Hadapan Pulau, perkampungan nelayan didiami oleh orang Melayu, Jawa, Arab dan Malbari. Mereka bekerja sebagai nelayan, peniaga dan buruh.



7. Dalam nove! Di Hadapan Pulau, latar tempat terdiri daripada rumah kediaman penduduk kampung yang sederhana seperti rumah Tuk Marzuki, Syed Fikri, Makcik Joyah dan rumah Mak Ketong.



8. Dalam novel Di Hadapan Pulau, latar tempatnya ialah di tepi pantai, tempat Aziz dan Afidah duduk bercakap-cakap mengenangkan nasib dan masa depan mereka. Di sini juga Aziz sering melihat pulau misteri impianinya.


NILAI KEMASYARAKATAN


1. Nilai bekerjasama

· Penduduk bekerjasama membina 'shelter'


2. Nilai tolong-menolong

· Aziz dan rakan-rakan menolong Syed Fikri bercucuk tanam


3. Nilai bertanggungjawab dalam kekeluargaan

· Tok Marzuki memelihara Afidah selepas perceraian ayah dan ibunya

· Aziz dipeilhara oleh Joyah setelah kematian ayahnya,


4. Nilai masyarakat yang mementingkan nilai keagamaan

· Syed Fikri mengajar agama/A!-Quran kepada kanak-kanak dan penduduk di kampung.


5. Nilai berdikari

· Penduduk melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup semasa peperangan.

· Tok Marzuki pu!ang ke Merllmau untuk mencari beras bagi keperluan makanan semasa perang.

· Aziz dan Afldah mengambll upah inembeli todi.


6. Nilai semangat kejiranan

· Rosiah dan Wan Rohani dilawati oleh jiran-jiran untuk bertanya khabar setelah mereka dibebaskan oleh tentera Jepun-


7 Nilai hormat-menghormati

· Golongan muda, Raihan dan Razip hormat kepada golongan tua sepertl Tok Marzuki dan Dorani.

· Syed Fikri yang berpendidikan agama amat dihormati oleh penduduk kampung dan kanak-kanak.

· Aziz menghormati Tok Marzuki dan Syed Fikri; selalu mencium tangan apabila bersalam dengan Syed Fikri


8. Penyayang

· Tuk Marzuki amat menyayangi cucunya Afidah,

· Aziz amat menyayargi ayahnya dan sentiasa mengingati detik-detik manis ketika bersama-sama ayahnya.

· Syed Fikri menyayangi kanak-kanak, mengajar /\zlz bercucuk tanam dan selalu mengajak kanak-kanak minum dan mengajar mereka nilai-nilai agama.

· Mak Cik Joyah dan Mak Ketong juga menyayangi Aziz.