Cerpen Penting 2009
A. VIRUS ZEL UNTUK ABAH
TEMA
Penderitaan anak yang menjadi mangsa akibat perceraian ibu bapa.
PERSOALAN
1. Tanggungjawab seorang ibu tunggal membesarkan anak dengan didikan yang sempurna
2. Kasih sayang dapat menghapuskan perasaan dendam seorang anak kepada ayahnya.
3. Perceraian menyebabkan masalah rumahtangga.
4. Sahabat sejati sanggup bersama ketika senang atau susah dan sanggup pula membantu.
WATAK PERWATAKAN
ZEL
1. Anak gadis yang berusia 20 tahun.
2. Mahir menggunakan komputer dan perisiannya.
3. Emosional, iaitu mudah berasa marah apabila terkenang ayahnya yang telah menceraikan ibunya.
4. Pendendam dan prasangka. Zel berhasrat untuk memusnahkan Program ZQ 1308
yang sangat penting kepada ayah dan adik-beradik tirinya.
5. Penyayang, Zel sangat sayang akan ibunya. Dia sentiasa menurut nasihat ibunya dan selalu berbangga dengan pencapaian ibunya .
6. Berfikiran rasional setelah menerima saranan dan nasihat sahabat baiknya, Win.
MAMA
1. Ibu Zel yang berusia 45 tahun.
2. Janda/ibu tunggal kepada seorang anak bernama Zel.
3. Peniaga komputer yang berjaya.
4. Wanita yang berpelajaran tinggi
5. Memiliki keyakinan yang tinggi bahawa dia akan berjaya walaupun tanpa bantuan lelaki / suami.
6. Tidak menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap bekas suaminya.
7. Bertimbang rasa dan rasional.
WIN
1. Sahabat karib Zel yang sering dihubungi untuk memberi pendapat.
2. Menuntut di Kaherah
3. Menasihati Zel agar membatalkan rancangannya untuk memasukkan virus ke dalam perisian komputer ayahnya.
LATAR
LATAR TEMPAT
* Ruang tamu rumah Zel, rumah abah, ruang bilik komputer di rumah Zel, gedung pakaian, ruang legar di sebuah pusat beli belah.
LATAR MASA
* Zaman sekarang atau zaman kemajuan teknologi maklumat. Buktinya,penggunaan komputer secara meluas.
* Malam iaitu ketika Zel mengikut abang tirinya, Awi membeli hadiah untuk ayah mereka.
LATAR MASYARAKAT
* Masyarakat korporat/peniaga. Ibu zel merupakan peniaga komputer yang berjaya.
* Golongan wanita yang menjadi ibu tunggal selepas bercerai.
* Masyarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga .
* Masyarakat yang mementingkan penggunaan komputer.
PLOT
* Permulaan - diperkenalkan watak Zel yang tertekan akibat perceraian ibu dan ayahnya.
* Perkembangan - digambarkan watak Zel yang semakin memuncak perasaan benci terhadap ayahnya. Namun, ibunya melarang dia menyimpan perasaan
dendam.
* Perumitan -Perasaan benci Zel terhadap Awi, Aman dan Arif (adik beradik tirinya) kerana bersikap seolah-olah cuba memisahkan diri Zel dengan ayahnya.
* Puncak/ klimaks - Zel ingin menghantar virus komputer bagi merosakkan program ZQ 1308 yang sangat penting kepada ayahnya. Win mengingatkan Zel bahawa hasratnya itu akan turut menyusahkan dirinya sendiri dan mamanya.
* Peleraian - Zel membatalkan niatnya .
GAYA BAHASA
1. Bahasa Inggeris, Contohnya, survive, taste, inferior, career woman dan sebagainya.
2. Personifikasi. Contohnya, halilintar yang datang meragut tangkai jantungku
3. Bahasa Arab. Contohnya,InsyaAllah, ukhuwah
4. Pengulangan kata. Contohnya, Tentang keinginan Zel, tentang harapan Zel, tentang masa depan Zel
5. Simile. Contohnya, persis halilintar
6. Metafora. Contohnya, konkrit derita
NILAI
1. Kasih sayang. Contohnya, mama kasih akan anaknya, Zel
2. Simpati. Contohnya, Win,sahabat baik Zel menyatakan rasa simpatinya terhadap nasib Zel yang menjadi mangsa perceraian.
3. Ketabahan. Contohnya, mama tabah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal
4. Yakin akan diri. Contohnya, mama yakin dia mampu berjaya walaupun tanpa bantuan suami.
5. Kebijaksanaan.Contohnya,mama bijak menguruskan perniagaan hingga berjaya
6. Kerajinan. Contohnya, Zel dan Win yang rajin menuntut ilmu.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah memiliki sifat kasih sayang antara mama dan anak atau sahabat.
2. Kita hendaklah menerima takdir tuhan dengan hati yang tabah.
3. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang ditimpa kesusahan atau nasib
malang.
4. Kita hendaklah bersikap adil dan rasional .
5. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mempunyai perasaan dendam.
6. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu.
7. Kita perlu mengikuti perkembangan semasa terutamanya dalam bidang komputer
supaya tidak ketinggalan.
SINOPSIS
Zel, seorang gadis remaja mengalami gangguan emosi akibat perceraian mama dan papanya. Persepsi awal Zel menyalahkan papanya sebagai punca perceraian dengan mamanya. Persepsi ini menyebabkan timbul dendan di hati Zel yang mahu diterjemahkan dengan memasukkan sejenis virus ke dalam komputer papanya dengan tujuan merosakkan seluruh pangkalan data yang ada di dalamnya. Kekusutan ini bagaimanapun dileraikan apabila papanya bersua muka dengan Zel dan menjelaskan cerita sebenar yang berlaku di pihaknya. Menurut papa Zel, setelah mama Zel bergelar usahawan dalam bidang IT, mama Zel mula berubah sikap. Mama Zel sukar dinasihati kerana pada pendapat papa Zel berlaku akibat kesilapan papa yang "tidak mengukur baju di badan sendiri" ketika membuat keputusan untuk memilih mama Zel sebagai pasangan hidup. Menurut papa Zel, hati mama Zel terlalu keras dan perbezaan taraf antara mereka telah semakin menjarakkan hubungan mereka sehingga berlakunya perceraian. Papa Zel kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita lain dan dikurniai beberapa orang cahaya mata. Zel beruntung kerana seorang sahabatnya bernama Win telah berjaya melembutkan hati Zel sehingga menyebabkan Zel membatalkan keputusannya untuk memusnahkan pangkalan data papanya.
Soalan KBKK
S1. Jika anda ialah Zel, apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan perasaan akibat perceraian ibu bapa?
Jawapan : Skop berlainan
1. Mendekatkan diri kepada Tuhan - banyak berwirid, mengaji, mendalami ilmu agama
2. Mencari teman untuk berkongsi masalah - kaunselor/ ustaz/ rakan sebaya
3. Melakukan aktiviti berfaedah - sukan dan rekreasi/ melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan/kerja amal
4. Bersikap positif terhadap ujian yang menimpanya - reda kepada ketentuan Ilahi/ kuatkan semangat
S2. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dicadangkan untuk membantu golongan ibu tunggal ?
Jawaban - skop berlainan
1. Mencadangkan mereka menubuhkan persatuan bagi membela nasib ibu tunggal.
2. Memberi bantuan elaun khas bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh ibu tunggal
3. Membuka peluang perniagaan yang lebih banyak kepada golongan ini
4. Menghantar mereka menjalani kursus untuk meningkatkan "nilai tambah" kepada diri.
S3. Pada pendapat anda, mengapakah bidang ICT sangat penting pada masa kini?
Jawaban : skop berlainan
1. Menyimpan data berkaitan perniagaan dengan cara sistematik dan selamat
2. Mempromosi perniagaan dengan cara efisien melalui laman web dan blog
3. Memperoleh maklumat yang cepat dan berguna untuk menggerakkan perniagaan
4. Mereka bentuk dan membuat inovasi produk melalui kegiatan penyelidikan dan pembangunan yangbersumberkan perisian dan perkakasan komputer
S4. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dicadangkan untuk merapatkan semula hubunganantara Zel dengan mama dan papanya?
Jawaban : skop berlainan
1. Saling menghubungi melalui kecanggihan ICT - telefon bimbit, e-mel, sidang video
2. Merancang dan melaksanakan aktiviti secara bersama - contoh : melancong
3. Bersikap positif dan berprasangka baik antara satu sama lain - elakkan pergaduhan, guna kata-kata kesat
4. Saling bertukar hadiah dan ucapan pada hari-hari yang bernostalgia seperti hari lahir, ulang tahunperkahwinan
CONTOH SOALAN
“Setiap manusia ada menyimpan ego. Tak ada kekecualian antara lelaki dan wanita.” Kata-kata Win kembali menyelit. Ma ada ego? Ma hendak tunjuk egonya? Yang akhirnya membuatkan mereka terpisah? Kami terpisah?
Oh, tidak! Mama Zel tidak begitu. Setinggi-tinggi ma terbang, asas kehidupan – ketauhidan, ibadah, nilai hidup islamik tidak pernah kering daripada membasahi kulit harian ma. Malah bagiku ma yang masih setia dengan tudung litupnya walau ke mana sekalipun, merupakan model muslimah alias srikandi masa ini. Tidak keterlaluan kukira.
Pantas aku nyahkan jauh-jauh andaian buruk tentang mama. Kupejamkan mata rapat-rapat sambil menyimpul keyakinan bahawa mama merupakan insan terbaik dan insan yang paling kucintai. Hanya mama. Keyakinan itu kusimpul menjadi kesatuan yang utuh. Malah pernah aku simpan keyakinan itu untuk semua wanita, semua ibu di dunia ini. Di setiap pelosok jagat raya.
Semua ibu?
Mungkin tidak. Mungkin ada pengecualian. Mungkin Aunt Syarifah tidak. Aunt Syarifah?
(i) Bagaimanakah keperibadian mama seperti yang digambarkan dalam cerpen? [3 markah]
Keperibadian mama berdasarkan petikan tersebut ialah ma seorang wanita yang patuh akan ajaran agama. Beliau sentiasa bertudung dan mengamalkan cara hidup Islam. Beliau juga memiliki sifat srikandi itu wanita yang berhati waja.
(ii) Pada pandangan anda, mengapakah Aunt Syarifah dikecualikan oleh Zel daripada golongan wanita atau ibu yang baik?
[3 markah]
Aunt Syarifah dikecaulikan daripada sifat-sifat wanita yang baik kerana Zel berasa cemburu dengan wanita itu. Hal ini demikian Aunt Syarifah merupakan isteri baru kepada bapanya. Aunt Syarifah dianggap sebagai perampas kebahagiaan keluarga Zel.
(iii) Huraikan satu nilai dalam petikan dan dua nilai dalam cerpen.
[3 markah]
Nilai yang terdapat petikan ialah nilai kasih sayang. Zel sangat sayang akan ibunya. Sementara itu, nilai-nilai dalam cerpen tersebut ialah nilai ketabahan ialah ketabahan ibu Zel meningkatkan kerjayanya sebagai wanita korporat, serta nilai kebijaksanaan yang menampilkan kebijaksanaan Zel mencipta virus komputer untuk memusnahkan program komputer bapanya.
......................................................................................................................................................
B. ANNYSS SOPHILLEA
TEMA
Perjuangan menentang kejahatan yang berakhir dengan kemenangan kepada pihak yang benar.
PERSOALAN
- Persahabatan murni antara penduduk dari dua alam yang jauh berbeza keadaannya.
- Sikap keji sesetengah pemimpin yang tamak akan kuasa sehingga sanggup melakukan kezaliman untuk mengekalkan kekuasaannya.
- Pengorbanan demi membuktikan persahabatan sejati di samping menegakkan kebenaran
PLOT
- Permulaan : A.S. terpaksa turun ke Bumi untuk mencari kembarnya. Dia berkanalan dan bersahabat dengan seorang penduduk Bumi bernama Akmal
- Pertengahan : Strenn telah mengurung Eyrique Etiqaz di sebuah bilik rahsia
- Klimaks : A.S dan Akmal berjaya membebaskan E.E. tetapi mereka terpaksa berhadapan dengan Strenn pula. Ketika Strenn dan E.E. berlawan, Akmal telah menembak Strenn
- Peleraian : E.E. dan A.S. telah bersatu tenaga menyelamatkan Akmal yang hampir mati
WATAK DAN PERWATAKAN
i. Annyss Sophillea:
- Watak utama
- Gadis Alstonia, kembar kepada Eyrique Etiqaz
- Sepupu Strenn
- Lemah lembut
- Tegas
- Berani
- Gigih
- Memiliki kesaktian
ii. Strenn:
- Sepupu Annyss Sophillea dan Eyrique Etiqaz
- Merampas Kuasa dan menduduki takhta Alstonia yang sepatutnya milik E.E.
- Zalim
- Tamak
- Memiliki kesaktian
- Mati ditembak oleh Akmal
iii. Eyrique Etiquaz:
- Kembar Annyss Sophillea
- Pewaris takhta kerajaan Alstonia
- Dikurung oleh sepupunya, Strenn di dalam satu bilik rahsia
- Menjadi kuat jika bersatu kuasa dengan kembarnya
- Memiliki beberapa kesaktian
iv. Akmal:
- Penduduk Bumi yang menjadi sahabat A.S.
- Pergi ke Alstonia apabila merasakan bahawa sahabatnya berada dalam kesusahan
- Menembak Strenn untuk menyelamatkan Eyrique Etiqaz
- Hampir terbunuh tetapi sempat diselamatkan oleh A.S. dan E.E.
- Berani
- Benci akan Kezaliman
LATAR
i. Latar Tempat:
- Bumi dan Alstonia
- Alstonia : pusara ayah dan emak A.S., pinggir Rimba Besar Alstonia, terowong rahsia, dan bilik kurungan
ii. Latar Masa:
- Futuristik atau masa akan datang
- Siang
- Malam
- Satu hari di Alstonia bersamaan dengan seminggu di Bumi
iii. Latar Masyarakat:
- Masyarakat Bumi dan Masyarakat Alstonia
- Alstonia : masyarakat yang memiliki kesaktian, masyarakat yang tamak akan kuasa
- Bumi : masyarakat yang dapat bekerjasama
NILAI
- Gigih atau Cekal : Annyss Sophillea
- Berani : Annyss Sophillea
- Kasih Sayang : Annyss Sophillea
- Kerjasama : Akmal
- Belas kasihan : Akmal
- Amanah : Annyss Sophillea
PENGAJARAN
- Kita hendaklah berani berjuang untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kezaliman
- Kita mestilah bekerjasama setiap masa bagi memastikan kemenangan dalam perjuangan
- Kita hendaklah sentiasa bersedia memberikan bantuan kepada seseorang yang berada dalam kesusahan
- kita tidak harus bersikap tamak akan harta dan pangkat sehingga sanggup merampas hak dan kedudukan orang lain
.................................................................................................................................................
C. LAMBAIAN MALAR HIJAU.
Sinopsis
Cikgu Jo ke perkampungan orang asli bagi memujuk Daneng supaya meneruskan pelajarannya. Suasana di situ amat indah dan alam sekitarnya terpelihara. Daneng tidak mahu meninggalkan kampungnya kerana ingin menjaga persekitaran tempat tinggalnya daripada sebarang pencemaran. Menurut Cikgu Jo, Daneng akan berjaya menjaga hutan itu suatu masa nanti dengan pelajarannya. Akhirnya Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng. Kejayaan Daneng dalam pelajaran dan usahanya tanpa jemu untuk mengekalkan keindahan hutan malar hijau akhirnya diikhtiraf apabila Daneng menerima Hadiah Nobel dan gelaran ‘Datuk’.
Tema
Kecintaan terhadap alam sekitar – Daneng berjaya memelihara kemurnian hutan rimba tempat lahirnya
Persoalan
- Sikap tamak manusia mengancam hutan rimba
- Tanggungjawab seorang guru terhadap pelajarnya
- Sikap keterbukaan seseorang boleh membawa kejayaan
- Kepentingan pendidikan kepada setiap individu
Watak dan Perwatakan
Daneng
- Remaja yang lulus PMR cemerlang
- Enggan meneruskan pelajaran kerana ingin tinggal di Lembah Tualang
- Bergelar ‘Datuk’ apabila dewasa
- Mempunyai anak iaitu Dany
- Menerima Hadiah Nobel
Cikgu Jo
- Guru kepada Daneng
- Mengambil berat terhadap anak muridnya
- Menghormati Daneng
- Berbangga dengan kejayaan Daneng
Latar
Latar Tempat
- Sekitar perkampungan di Lembah Tualang
- Pondok atau rumah ibu bapa Daneng
- Danau Nyok
Latar Masa
- Waktu pagi – Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng untuk meneruskan persekolahannya
- Tempoh masa 25 tahun
Latar Masyarakat
- Masyarakat Orang Asli di Desa Tualang
- Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan
- Masyarakat yang mencintai alam sekitar
- Masyarakat yang hidup sederhana dan patuh kepada warisan nenak moyang
Nilai
- Hormat menghormati – Daneng amat menghormati cikgu Jo walaupun ketika Daneng sudah bergelar ‘Datuk’
- Kegigihan – Daneng berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya sehingga beliau digelar dan dianugerahkan Hadiah Nobel
- Pengorbanan – Cikgu Jo sanggup meredah hutan untuk memujuk Daneng agar meneruskan persekolahannya walaupun pada mulanya Daneng berkeras enggan bersekolah lagi.
Pengajaran
- Kita perlu melindungi warisan hutan yang terbentang luas agar agar tidak tercemar akibat angkara manusia yang rakus
- Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran menjadi tangga kejayaan pada hari muka
- Kita hendaklah sanggup berkorban untuk orang yang kita sayangi
Showing posts with label CERPEN. Show all posts
Showing posts with label CERPEN. Show all posts
Sunday, August 2, 2009
LAMBAIAN MALAR HIJAU
LAMBAIAN MALAR HIJAU
Datuk Daneng mengimbau kenangan 25 tahun yang lalu apabila Cikgu Jo, seorang guru yang cukup dedikasi berjaya memujuknya untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ketika itu Daneng hanya anak seorang asli yang tidak berwawasan selain mahu terus tinggal dan mati di kampung halamannya sendiri. Walaupun berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan ditawarkan belajar di sebuah sekolah di bandar yang menawarkan banyak kemudahan, namun Daneng bertindak nekad meninggalkan sekolah dan balik ke Lembah Tualang, desa halamannya. Daneng berpendapat bahawa hutan memberi erti kehidupan sebenar kepada dirinya, keluarga dan masyarakatnya. Cikgu Jo yang menyedari potensi akademik Daneng sanggup bersusah payah datang ke tempat Daneng hanya untuk memujuknya kembali bersekolah di bandar. Bagi Cikgu Jo, dengan pelajaran yang tinggi, Daneng dapat membela bukan sahaja nasib dirinya, keluarganya bahkan seluruh masyarakatnya yang ternyata perlukan pembelaan. Hal ini berbeza dengan Daneng yang memiliki wawasan yang satu iaitu hidup yang bahagia dengan cara bertemankan seluruh isi hutan. Usaha yang tidak mengenal erti penat akhirnya membuahkan hasil apabila Daneng berjaya dipujuk untuk kembali menyambung pelajaran yang telah ditinggalkan selama enam bulan. Cikgu Jo, bagaimanapun memperoleh satu pengalaman berharga kerana apabila hidup berdamping dengan Daneng, banyak perkara berkaitan kemiskinan dan kemunduran masyarakat orang asli yang terserlah dan ini memberikan Cikgu Jo satu jawaban konkrit tentang sebab Daneng tidak mahu belajar di bandar. Cikgu Jo juga terharu akan layanan yang diterima daripada keluarga Daneng yang begitu baik walaupun ternyata mereka hidup dalam keadaan miskin. Pada pandangan Ckigu Jo, keluarga Daneng sebenarnya miskin pada pandangan orang sepertinya tetapi mereka sebenarnya mempunyai kekayaan alam yang tidak akan habis untuk diwarisi jika tahu menggunakannya dengan cermat. Berkat usaha yang gigih, Daneng berjaya dianugerahi Hadiah Nobel berkat usaha gigihnya terhadap pemuliharaan hutan di seluruh dunia. Anugerah tertinggi ini bagaimanapun tidak menghalang Daneng daripada menghormati Cikgu Jo akan jasanya memujuknya kembali belajar 25 tahun yang lalu.

ANNYSS SOPHILLEA
ANNYSS SOPHILLEA
Annyss Sophillea seorang gadis dari planet Alstonia, mencari kembarnya,Eyrique Etiqaz yang hilang ketika hendak ditabalkan menjadi raja di Alstonia. Annyss mengembara ke bumi untuk mencari Eyrique dan berjumpa dengan Akmal. Pertemuan Annyss yang singkat dengan Akmal telah menjalinkan ikatan persahabatan yang erat. Annyss terpaksa kembali semula ke Alstonia dan meninggalkan Akmal kerana gagal menemui Eyrique di bumi. Annyss memberikan seutas kalung bersama loket permata kepada Akmal dan kembali ke Alstonia dengan eustary. Annyss bertafakur di kubur ayahandanya dan berjanji akan menemukan Eyrique untuk menjadi raja di Alstonia Strenn, sepupunya mempengaruhi Annyss melupakan Eyrique, berkahwin dengannya dan menjadi permaisuri Alstonia. Strenn, menculik Eyrique kerana mahu menjadi raja di Alstonia. Ayahanda Eyrique & Annyss mangkat ketika mereka belum dewasa. Eyrique tidak layak menjadi raja, digantikan adinda ayahandanya iaitu ayahanda Strenn. Penyerahan takhta kepada Eyrique tidak disetujui Strenn kerana dia mahu menjadi raja di Alstonia. Annyss menolak pujuk rayu Strenn untuk menjadi isterinya malah dengan berani mengatakan dia sudah menjumpai Eyrique untuk ditabalkan menjadi raja Alstonia. Akmal sampai ke Alstonia, bersama Annyss mencari Eyrique ditemani Eustary. Annyss dan Akmal akhirnya dapat menemui Eyrique di sebuah bilik kurugan di hujung terowong rahsia. Eyrique dapat dikeluarkan dalam keadaan lemah. Tenaganya pulih setelah menyentuh tanduk eustary. Strenn dan pengikut-pengikutnya datang untuk menentang mereka. Berlaku pertempuran antara Eyrique dan Strenn. Eyrique hampir kalah. Akmal mengeluarkan pistolnya lalu menembak Strenn. Akmal mengalami kesakitan seperti Strenn. Di Alstonia sesiapa yang membunuh akan turut terbunuh. Eyrique dan Annyss berpadu tenaga meletakkan tangan di atas dada Akmal untuk menyelamatkan akmal. Akhirnya Akmal terselamat.

VIRUS ZEL UNTUK ABAH
VIRUS ZEL UNTUK ABAH
Zel, seorang gadis remaja mengalami gangguan emosi akibat perceraian mama dan papanya. Persepsi awal Zel menyalahkan papanya sebagai punca perceraian dengan mamanya. Persepsi ini menyebabkan timbul dendan di hati Zel yang mahu diterjemahkan dengan memasukkan sejenis virus ke dalam komputer papanya dengan tujuan merosakkan seluruh pangkalan data yang ada di dalamnya. Kekusutan ini bagaimanapun dileraikan apabila papanya bersua muka dengan Zel dan menjelaskan cerita sebenar yang berlaku di pihaknya. Menurut papa Zel, setelah mama Zel bergelar usahawan dalam bidang IT, mama Zel mula berubah sikap. Mama Zel sukar dinasihati kerana pada pendapat papa Zel berlaku akibat kesilapan papa yang "tidak mengukur baju di badan sendiri" ketika membuat keputusan untuk memilih mama Zel sebagai pasangan hidup. Menurut papa Zel, hati mama Zel terlalu keras dan perbezaan taraf antara mereka telah semakin menjarakkan hubungan mereka sehingga berlakunya perceraian. Papa Zel kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita lain dan dikurniai beberapa orang cahaya mata. Zel beruntung kerana seorang sahabatnya bernama Win telah berjaya melembutkan hati Zel sehingga menyebabkan Zel membatalkan keputusannya untuk memusnahkan pangkalan data papanya.
Zel, seorang gadis remaja mengalami gangguan emosi akibat perceraian mama dan papanya. Persepsi awal Zel menyalahkan papanya sebagai punca perceraian dengan mamanya. Persepsi ini menyebabkan timbul dendan di hati Zel yang mahu diterjemahkan dengan memasukkan sejenis virus ke dalam komputer papanya dengan tujuan merosakkan seluruh pangkalan data yang ada di dalamnya. Kekusutan ini bagaimanapun dileraikan apabila papanya bersua muka dengan Zel dan menjelaskan cerita sebenar yang berlaku di pihaknya. Menurut papa Zel, setelah mama Zel bergelar usahawan dalam bidang IT, mama Zel mula berubah sikap. Mama Zel sukar dinasihati kerana pada pendapat papa Zel berlaku akibat kesilapan papa yang "tidak mengukur baju di badan sendiri" ketika membuat keputusan untuk memilih mama Zel sebagai pasangan hidup. Menurut papa Zel, hati mama Zel terlalu keras dan perbezaan taraf antara mereka telah semakin menjarakkan hubungan mereka sehingga berlakunya perceraian. Papa Zel kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita lain dan dikurniai beberapa orang cahaya mata. Zel beruntung kerana seorang sahabatnya bernama Win telah berjaya melembutkan hati Zel sehingga menyebabkan Zel membatalkan keputusannya untuk memusnahkan pangkalan data papanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)