Thursday, February 26, 2009

PEPERANGAN BULANAN PERTAMA 2009



Assalamualaikum
Setelah hampir dua bulan tempoh pengajian sessi 2009 berjalan, kini tiba pula tahap kedua iaitu musim ujian bulanan. Pihak sekolah telah menetapkan bahawa tempoh ujian adalah bermula 1 Mac hingga 10 Mac 2009. Jadual ujian bulan adalah sebagaimana yang dilampir.


Adalah diharapkan para pelajar sekalian menjadikan ujian kali ini sebagai langkah untuk menguji sejauhmana kefahaman isi pengajian yang telah diikuti selama ini, di samping dianggap langkah awal sebagai persediaan menghadapi ujian-ujian yang lebih besar lagi selepas ini. Tanpa adanya ujian ini mungkin ada kalangan pelajar yang leka dan merasa memadai dengan menghadiri kelas sahaja tanpa mengulangkaji apa yang telah dipelajari.


Kepada para ibubapa diharap mengambil perhatian terhadap pelajaran anakanak di rumah, dan memastikan mereka mengulangkaji pelajaran berdasarkan jadual yang dilampirkan. Sekian terima kasih.


Salam hormat dari,

Blogger Maahad Gemilang

*SUMBER DIPETIK DARI maahadmuhammadilelaki.blogspot.com

No comments:

Post a Comment