Showing posts with label SEJARAH. Show all posts
Showing posts with label SEJARAH. Show all posts

Saturday, September 26, 2009

TIMES : SPM2009 Spot Questions - Sejarah (Kertas 2)



1. (a) F1- Mohenjo Daro
F2- Harappa

(b) F1- Bandar dikelilingi oleh tembok
F2- Terbahagi kepada dua bahagian
F3- Bahagian utama – pusat pentadbiran/keagamaan/tempat mandi awam /
tempat penyimpanan hasil pertanian
F4- Bahagian kedua – kawasan perumahan
F5- Disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
F6- Dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain
F7- Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang
F8- Bandar- bandar ini juga dihubungi dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan
F9- Menggunakan batu bata daripada tanah liat yang melalui proses pembakaran dengan
suhu yang tinggi untuk membina rumah

(c) F1- Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar
F2- Peningkatan penghasilan pertanian
F3- Pertambahan jumlah penduduk

(d) F1- Pengetahuan tinggi dalam ilmu geometri
F2- Matematik
F3- Kesenian
F4- Teknologi pembakaran batu bata
F5- Pengetahuan yang diperoleh hasil hubungan antara tamadun
Indus dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir

(e) F1- Hubungan dengan tamadun lain membolehkan kedua-dua pihak memperoleh manfaat
F2- Berlaku pertukaran teknologi
F3- Menerima pengaruh dari luar yang disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan
F4- Peningkatan kemahiran
F5- Peningkatan dalam aspek seni bina
F6- Keamanan dan kedamaian merupakan tunjang kekuatan sesebuah bangsa
untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan
F7- Sesebuah masyarakat tidak akan mencapai kemajuan tanpa
membuat hubungan dengan negara/ pihak luar
F8- Sesebuah masyarakat tidak akan mencapai kemajuan tanpa bertukar pandangan
dengan pihak luar

2. Selepas pemerintahan Khalifah al-Rasyidin, pentadbiran kerajaan Islam seterusnya telah digantikan oleh kerajaan Bani

Umaiyah.
(a) Nyatakan dua pusat pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah.

(i) Tahap pertama : .......................................................................................................................................................................................
(ii.) Tahap kedua: .......................................................................................................................................................................................
[2 markah]

(b) Namakan pengasas kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama?
...............................................................................................................................................................................................................
[1 markah]

(c) Senaraikan dua sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang politik.

(i)................................................................................................................................................................................................................
(ii)................................................................................................................................................................................................................
[2 markah]

(d) Senaraikan dua sumber pendapatan Kerajaan Bani Umaiyah.

(i) .......................................................................................................................................................................................................................
(ii) .......................................................................................................................................................................................................................
[2 markah]

(e) Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan Malaysia dalam bidang pendidikan.

(i) ......................................................................................................................................................................................................................
(ii) ......................................................................................................................................................................................................................
(iii) ......................................................................................................................................................................................................................
[3 markah]

2 (a) (i) Tahap Pertama
F1- Damsyik
(ii) Tahap Kedua
F2- Cordova

(b) F1- Muawiyah bin Abu Sufyan

(c) F1 - sistem khalifah
F2 - sistem hijabah
F3 - sistem wazarah
F4 - sistem urus setia
F5 - penubuhan empat buah jabatan

(d) F1 - kharaj / cukai tanah
F2- jizyah / cukai perlindungan
F3- zakat
F4- usyur / cukai 1/10 hasil pertanian
F5- ghanimah /harta rampasan perang

(e) F1- kebijaksanaan pemerintah menubuhkan banyak universiti/IPTA/IPTS
F2 - membina banyak sekolah rendah/menengah/sekolah bestari
F3 - melaksanakan pembaharuan pendidikan/bidang IT/ICT
F4 - berpandangan jauh/wawasan/Falsafah Pendidikan Kebangsaan
F5 - pendidikan percuma
F6 - pemberian skim pinjaman buku teks
F7 - memberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran/PTPN
F8 - mewajibkan pendidikan
F9 - memperkenalkan subjek baru/teknikal/vokasional/pertanian/KHB
F10 -pencapaian semakin meningkat pada setiap tahun



3(a) F1 - Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga cabang
F2 - Badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman
F3 - Ketiga-tiga badan harus dipegang oleh pihak berasingan
F4 - Mengelakkan pembolotan kuasa

(b) F1- berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
F2 - mewakili setiap negeri
F3 - memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun
F4 - individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam
bidang-bidang tertentu dan mewakili orang asli

(c) F1 - menggubal dasar-dasar kerajaan
F2 - merancang program pembangunan ekonomi dan sosial
F3 - menyelaras program pembangunan ekonom dan sosial

(d) F1 - kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah
F2 - menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan
perundangan dan pihak badan pelaksana
F3 - mentafsir perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri
F4 - mentafsir undang-undang
F5 - mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
F6 - mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang

(e) F1 - membuat keputusan dengan adil/saksama
F2 - melicinkan perjalanan undang-undang/dilindungi daripada pengaruh politik
F3 – menjamin perbicaraan yang adil/telus
F4 – membuat keputusan tanpa tekanan pihak tertentu/parti politik yang dianggotai



4(a) F1- Komanwel Negara bekas jajahan yang merdeka
F2- terdiri daripada 54 buah negara maju dan sedang membangun

(b) F1 - Untuk membina semangat setia kawan
F2 - Mewujudkan kerjasama dalam semua bidang
F3 - Memelihara keamanan dan kedaulatan sesebuah negara

(c) F1- Kerjasama pertahanan di kalangan Negara-negara komanwel
F2- Dapat membincangkan hal-hal kepentingan bersama
F3- Mesyuarat CHOGM di Malaysia telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi
F4- Dapat bersuara menentang dasar apartheid di Afrika Selatan
F5- Eksport Malaysia ke Britian dikenakan cukai yang rendah
F6- Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan
F7- Malaysia berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998

(d) F1 - membantu pelihara keamanan
F2 - menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya
F3 - berjanji membantu jika diserang musuh semasa berkonfrontasi dengan Indonesia
F4 - eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel dikenakan cukai yang rendah
F5 - bantuan teknikal dan biasiswa melalui Rancangan Colombo
F6 - menjadi tuan rumah Sukan Komanwel

(e) F1 - berbaik-baik dengan semua negara
F2 - menjamin keselamatan rakyat dan negara
F3 - memelihara kepentingan nasional
F4 - mengekalkan kedaulatan negara
F5 - menggalakkan pembangunan ekonomi
F6 - keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
F7 - menjadi warga global yang bertnggungjwab
F8 - memupuk kesejahteraan dunia

5. Penyebaran Islam secara aman ke Asia Tenggara merupakan pengajaran sejarah yang besar
ertinya bagi rantau ini dan dunia seluruhnya.

(a) Terangkan faktor penyebaran agama Islam di Asia Tenggara
[8 markah]
(b) Jelaskan kesan pengaruh Islam di Tanah Melayu sebelum kedatangan Barat
[6 markah]
(c) Pada pendapat anda, apakah pengajaran daripada perjuangan jihad pemimpin tempatan
menentang penjajahan Barat di Asia Tenggara?
[6 markah]

5 (a) Faktor penyebaran agama Islam di Asia Tenggara
F1- Perdagangan
H1a- dijalankan oleh pedagang Arab
H1b- pusat tumpuan pedagang Islam
H1c- perkampungan pedagang Islam
H1d- aktiviti dakwah Islamiah
H1e- bersifat terbuka
H1e- Sifat mahmudah
H1f- hubungan baik dengan pemerintah tempatan
H1g- peranan syahbandar
F2- Perkahwinan
H2a- perkahwinan siasah
H2b- perkahwinan politik
H2c- perkahwinan biasa
F3- Pengislaman raja dan golongan bangsawan
H3a- golongan berpengaruh
H3b- Melaka – Megat Iskandar Syah
H3c- Pasai – Raja Malik Al-Zahir
F4 – Kelahiran kerajaan Islam
H4a- Peluasan jajahan takluk
H4b- Peranan Tun Perak
H4c- Kerajaan Johor-Riau
H4d- Pulau Jawa
H4e- Peranan Acheh
H4f- Pattani
H4g- Brunei
H4h- Champa
F5 – Peranan pusat kebudayaan
H5a- Perlak/Samudera Pasai/Melaka/Acheh/Riau
H5b- Kitab al-dur Manzum
H5c- Gaya tulisan Arab
H5d- Karya Muhammad Ali Hanafiah/Hikayat Amir Hamzah/Hikayat Nabi Bercukur
H5e- Ulama Acheh Hamzah Fansuri/Syeikh Nuruddin Al-Raniri/Syeikh Samsuddin Al-Sumaterani/
Abdul Rauf Singkel
H5e- Karya Tuhfat al-Nafis/Peringatan Sejarah Johor
F6 – Peranan mubaligh
H6a- Mubaligh Melaka/Pasai/Acheh/Jawa
H6b- Peranan Wali Songo
F7– Keistimewaan Islam
H7a- mencakupi semua bidang kehidupan
H7b- menyanjung keadilan/akhlak/kebahagian dunia akhirat
H7c- berfikir secara rasional

(b) Kesan pengaruh Islam di Asia Tenggara

F1- Institusi pemerintahan beraja diganti oleh institusi kesultanan
F2- Diwarisi daripada sistem pemerintahan Islam Kerajaan Abbasiyah dan
F3- Kerajaan Turki Uthmaniyah
F4- Institusi kesultanan diperkenalkan
F5- Sultan sebagai ketua negara dan mufti sebagai penasihat sultan dalam hal ehwal negara dan pentadbiran negara.
F6 - Wujud pegawai dan petugas
C6a- Kadi, khatib, pemungut zakat,
C6b- Penyelia baitulmal dan penjaga harta wakaf.
F7- Gelaran sultan digunakan untuk mengukuhkan kedudukan kerajaan Islam di Alam Melayu
F8- Menjamin kewibawaan raja
F9- Memupuk semangat persaudaraan di kalangan umat Islam.
F10- Dalam Hukum Kanun Melaka, raja Melaka digelar Khalifatul Mukminin
F11- Pemimpin orang mukmin dan zillulah fil’ alam bermaksud bayangan allah di alam ini.
F12- Islam menjadi agama rasmi di Melaka, Acheh dan Brunei.
F13- Dalam kerajaan Islam, sultan dalah khalifah allah/wakil allah di bumi
F14 - Mereka hendaklah memerintah dengan adil.
F 15 - Nama negeri berasaskan Islam
C15 a – Cth: Acheh Darus Salam.
F16- Nama raja menggunakan nama Islam
F17- Undang-undang syariah dilaksanakan.
F2- Sistem pendidikan
H2a- Mementingkan ilmu
H2b- Perlak/Acheh/Pasai/Pattani/Sem. Tanah Melayu
H2c- Pusat penterjemahan karya agama
H2d- Pendidikan di Acheh
H2e- Acheh digelar Serambi Makkah
H2f- Perkembangan di di rantau Asia Tenggara
F1- Islam menekan kepentingan ilmu untuk masyarakat
C1a- Institusi pendidikan formal di Asia Tenggara
C1b- Istana/pondok/madrasah/surau di wujudkan..
C1c - Dayah Bukit Ce Breek pada abad ke-9M
.
F2- Munculnya pusat terjemahan karya agama menjadi rujukan kerajaan Islam
C2a- Melaka muncul sebagai pusat terjemahan terkemuka di rantau Asia Tenggara.
F3- Wujudnya sistem pendidikan pondok secara meluas di Asia Tenggara.
C3a- Pendidikan pondok berkembang di Pattani, Acheh dan Jawa dan di Melaka
C3b- Ilmu dipelajari di rumah ulama, masjid dan surau dan istana
C3c- pusat pendidikan formal untuk golongan bangsawan.
F4- Menjadi tumpuan pelajar dari luar
C4a- Pada abad ke 16 hingga 17 Acheh menjadi tumpuan orang islam hingga digelar serambi Makkah.
F5- Peluang pendidikan yang sama kepada golongan wanita
C5a- Wanita digalakkan belajar di dayah dan berpeluang memegang jawatan pentadbiran.
F3– Bahasa dan kesusasteraan
H3a- Mutu bahasa dan kesusasteraan Melayu ditingkatkan
H3b- Penulisan jawi
H3c- Penggunaan banyak perkataan Arab
H3d- Bahasa Melayu sebagai lingua franca
H3e- Melahirkan sasterawan tempatan Tun Seri Lanang/Shamsudin Al Sumaterani dan Abdul Raof Singkel
H3f- Aktiviti penterjemahan Hikayat Perang Badar/Hikayat Nur Muhammad/Hikayat Bulan terbelah/
Hikayat Nabi Wafat
H3g- Cerita Panji dalam bahasa Melayu
F4– Cara hidup
H4a- asimilsasi
H4b- Cara hidup Islam
H4c- Nilai-nilai akhlak Islam
H4d- Sifat tolong menolong/hormat menghormati/bekerjasama
H4e- Amalan gotong royong
F5– Kesenian
H5a- Seni khat/seni bina/seni ukir/dipengaruhi oleh kesenian Islam
H5b- Seni khat pada batu nesan
H5c- Tulisan abjad Arab dan Jawi mengandungi ayat al-Quran
H5d- Cth: batu nisan Malik Ibrahim/naina Hisham al-Din
H5e- Merakamkan ayat-ayat suci al-Quran/hadis/catatan
H5f- Pengaruh seni khat pada batu bersurat dan bilah mata keris
H5g- Ukiran kayu
H5h- Pengaruh pada seni bina/bangunan masjid/kubah/mimbar/mihrab/menara azan
F1- Institusi Baitul Mal diperkenalkan.
H1a- Baitul Mal berfungsi sebagai perbendaharaan negara
H1b- Sumber diperoleh dari zakat dan sedekah.
F2- Islam menggalakkan umatnya rajin bekerja
H2a- Mencari rezeki yang halal/berjimat cermat.
F3- Amalan riba/penindasan dan penipuan dilarang.
F4- Budaya berjimat cermat disarankan oleh Islam
F5- Usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal putus asa.

(c) Pengajaran perjuangan jihad
F1- berani menentang penjajahan
C1a- penentangan di Acheh
F2- mempertahankan agama merupakan kewajipan umat Islam
C2a- ulama di Acheh
F3– memberi semangat kepada rakyat untuk menentang penjajahan tanpa rasa takut
C3a- penentangan di Jawa
F4- menentang kemiskinan juga suatu jihad
F5– berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik
F6– berkorban untuk agama/bangsa/negara

6. Kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan oleh kerajaan kolonial British telah
menyebabkan kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memenuhi keperluan aktiviti ekonomi di
Tanah Melayu.

(a) Apakah faktor-faktor yang mendorong buruh dari Cina dan India datang ke Tanah Melayu pada
pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20?
[8 markah]
(b) Terangkan cara kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu.
[6 markah]
(c) Jelaskan peranan generasi muda Malaysia untuk mengekalkan perpaduan negara.
[6 markah]

6 (a) F1- Kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan
F2- Kekurangan tenaga buruh tempatan
F3- Galakan kerajaan British
F4- Faktor yang terdapat di negara asal
F5- Penghijrahan mereka tidak ditentang oleh orang Melayu
F6- Wujud hubungan tradisi antara India dengan Tanah Melayu
F7- Kemakmuran di Tanah Melayu
F8- Kestabilan politik di Tanah Melayu

(b) Kemasukan Buruh Cina
F1- Melalui sistem Tiket Kredit
H1a- Bakal imigran dikumpulkan oleh Kheh-tau (ketua)
H1b- Imigran (Sin Kheh) ini diletakkan bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh
yang dibayar oleh majikan
H1c- Golongan Sin Kheh perlu membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang secara bekerja
dengan majikan untuk tempoh tertentu
H1d-Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju
H1e- Tiba di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh yang akan mendapatkan majikan untuk mereka
F2- Melalui sistem Pengambilan Kakitangan
H2a- Majikan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan buruh
H2b- Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan
H2c- Pegawai yang dihantar mengiringi buruh tersebut hingga mereka sampai ke tempat majikan.
F3- Melalui sistem Pengambilan Rumah Kongsi
H3a- Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di Negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi
H3b- Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai di rumah kongsi
Kemasukan Buruh India
F4- Melalui sistem Buruh Bebas
H4a-Buruh India datang sendiri ke Tanah Melayu dengan biayaan masing-masing
F5- Melalui sistem Kontrak
H5a- Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu
H5b-Buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu dengan bayaran minimum.
F6- Melalui sistem Kangani
H6a- Seseorang kangani / tandil / ketua / mandur diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh
H6b-Kangani diberi wang untuk perbelanjaan buruh ke Tanah Melayu

(c) Cara generasi pada hari ini mengekalkan kedaulatan negara
F1– memiliki ilmu pengetahuan
F2– memiliki kemahiran/kepakaran dalam bidang teknologi
F3– mempunyai perasaan cinta akan tanah air
F4– sedia berkorban untuk negara
F5– sedia mempertahankan tanah air
F6– memupuk perpaduan kaum
F7– sentiasa berusaha untuk untuk mencapai kemajuan
F – Memajukan ekonomi negara

7. Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan
menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.
(a) Terangkan faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara [8 markah]
(b) Jelaskan kesan imperialisme Barat di negara-negara Asia Tenggara [6 markah]
(c) Pada pendapat anda, bagaimanakah generasi pada hari ini dapat mengekalkan kedaulatan dan
kemerdekaan negara?

7 (a) F1- Kedudukan Asia Tenggara yang strategik terletak antara China dan India
F2- Kedudukan ini menarik minat barat kerana penguasaan tersebut dapat
menjamin pasaran yang luas
F3- Asia Tenggara juga kaya dengan bahan mentah
F4- Perindustrian di Eropah menyebabkan mereka memerlukanBahan mentah
F5- Mereka memerlukan pasaran yang baru
F6- penggunaan kapal wap membolehkan membolehkan muatan yang lebih banyak dan cepat
F7- pembukaan terusan Suez memendekkan perjalanan, selamat dan menjimatkan masa
F8- Penciptaan telegraf memudahkan perhubungan antara pegawai dengan tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan
F9- Persaingan antara kuasa kuasa barat menjadikan Asia Tenggga sasaran mereka
F10- Semakin luas jajahan mereka semakin tinggi sanjungan dan melambangkan kekuatan dan kekayaan
F11- Slogan beban orang putih yang digunakan oleh British dan Belanda mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun
F12-Bagi Perancis mereka bertanggungjawab untuk menyebar dan mentamadunkan orang timur
F13-Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian Kepada penduduk tanah jajahan

(b) Kesan kedatanan kuasa imperialis
F1- Penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah- wilayah di tanah jajahan
F2- Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
F3- Pelaksanaaan pentadbiran melalui biro ( jabatan )
C3a-seperti jabatan kesihatan, perhutanan dan pelajaran
F4- Perlantikan pegawai barat sebagai ketua biro
F5- Pengenalan undang –undang barat dan sistem kehakiman barat
F6- Sistem pemerintahan tradisional merosot
F7- Institusi raja tersingkir dan jawatan pembesar tradisional peringkat pusat terhapus
F8- Pengaruh golongan agama merosot
F9- Fungsi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih oleh undang
F10- Memperkenalkan sistem pungutan cukai
F11- Pembahagian pentadbiran kepada pusat
F12- Muncul golongan baru
F13- Terdiri daripada pentadbir yang empunyai kedudukan dalam birokrasi moden
F14- Berdasarkan tahap pendidikan mereka
F15- Pengenalan sistem Residen
F16- Penasihat yang diletakkan di bawah pengawasan Gabenor Negeri – Negeri Selat

(c) F1- Semangat setia negara
F2- Sanggup berkorban untuk bangsa
F3- Sifat bekerjasama
F4- Sikap tolong menolong antara pemimpin dengan pengikut
F5- Sifat berdisiplin
F6- Gigih berusaha
F7- Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang baik
F8- Kekurangan ilmu menyebabkan perjuangan gagal
F9- Penggunaan senjata moden penting dalam Perjuangan

8. Salah satu ciri asas pembinaan negara dan bangsa ialah adanya perlembagaan bertulis.

(a) Jelaskan aspek-aspek persamaan antara Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (1895) dan
Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu (1911).
[8 Markah]
(b) Terangkan bidang kuasa Yang DiPertuan Besar, Undang, Lembaga dan Buapak dalam
sistem pemerintahan di Negeri Sembilan.
[6 Markah]
(c) Pada pandangan anda, apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi kepada
sesebuah negara?
[5 Markah]

8 (a) Persamaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (1895) dengan
Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu (1911).
Undang – undang Tubuh Kerajaan Johor
F1- Menjadi negeri Melayu pertama yang mempunyai perlembagaan bertulis.
F2- Johor mempunyai perlembagaan bertulis yang dikenali sebagai Undang-undang Tubuh
Kerajaan Johor.
F3- Berunsur demokrasi dan pemerintahan Raja berpelembagaan.
F4- Mengiktiraf orang Melayu sebagai rakyatnya.
F5- Agama Islam sebagai agama rasmi
F6- Mengukuhkan keturunan Sultan sebagai pewaris takhta
F7- Berbangsa Melayu, lelaki, beragama Islam
F8 - Raja berhak memilih Menteri Besar
F9 - Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Sultan
F10- Memperuntukkan dua badan pemerintah iaitu Majlis Mesyuarat Negeri
dan Jemaah menteri
F11- Pentadbiran negeri dilarang sama sekali drp diserahkan kepada orang lain.
F12- Pegawai-pegawai yang dilantik mestilah taat setia kepada raja dan kerajaan
Johor Undang undang Tubuh Kerajaan Trengganu
F13- Kedudukan yang istimewa kepada agama Islam
F14- Pemerintahan bercorak Raja Beperlembagaan
F15- Pemerintah mestilah beragama Islam, bangsa Melayu dan waris sultan
F16- Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan
F17- Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam,
Melayu dan rakyat negeri
F18- Mengakui taat setia kepada sultan dan kerajaan
F19- Majlis Mesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh Menteri Besar dilantik oleh Sultan
F20- Jemaah Menteri berhak melantik Naib Menteri Besar
F21- Waris Sultan dan Menteri dilarang menyerahkan negara kepada kuasa lain

(b) Bidang kuasa Yang DiPertuan Besar, Undang, Lembaga dan
Buapak dalam sistem pemerintahan di Negeri Sembilan.
F- Yamtuan Besar ialah pemerintah tertinggi tetapi tidak berhak melantik pembesar
F2- Undang ialah ketua pentadbiran peringkat ”Luak” (daerah)
F3- Terdapat 4 Undang Luak iaitu Sg. Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol
F4- Berhak memutuskan pelantikan Yang DiPertuan Besar/ Yamtuan Besar
F5- Lembaga ialah ketua suku anggota masyarakat
F6- bertanggungjawab terhadap suku masing-masing
F7- Berkuasa memilih individu untuk jawatan Undang
F8- Buapak ialah ketua Perut (setiap Perut dianggotai oleh Anak Buah)
F9- Menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah khususnya mengenai adat

(c) F1 – Melicinkan pentadbiran
F2 – Rakyat memilih pemimpin
F3 – Mewujudkan keamanan/aman makmur
F4 – Menjamin kerajaan yang adil
F5 – Mewujudkan perpaduan kaum
F6 – Meningkatkan ekonomi negara
F7 – Mengamalkan kebebasan memilih kerajaan yang bertanungjawab
F8 – Rakyat bebas bersuara



9 (a) Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan
F1- Termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
F2- Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
H2a-Memartabatkan bahasa kebangsaan
H2b-Untuk menjamin perpaduan rakyat di Tanah Melayu
F3- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 1956
H3a-Usaha memajukan bahasa Melayu
F4- Pelancaran ‘Minggu Bahasa’ dan ‘Bulan Bahasa’ menggalakkan penggunaan bahasa Melayu.
H4a-Slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’
F5- Penubuhan sekolah menengah Melayu sebagai bahasa pengantar
C5a-Sekolah Alam Shah, Sekoalh Sri Puteri dan Sekolah Sultan Abdul Halim
F6- Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada 1967
F7- Tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukarkan kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat
F8- Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, 1977 membuktikan bahasa Melayu mampu
menjadi bahasa ilmu
F9- Tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan
bahasa Inggeris.
F10- Tahun 1990, bahasa Melayu digunakan di mahkamah

(b) F1- Lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan
F2- Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
F3- Bertujuan memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
F4- Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
F5- Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan
F6- Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kerohanian
F7- Mempertingkat kualiti kehidupan seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
F8- Tiga prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan
H8a-Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
H8b-Unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
H8c- Islam sebagai unsur yang terpenting

(c) F1- Penyertaan dalam sukan tanpa mengira ideologi
F2- Dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat
F3- Tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum
F4- Memberi peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat
F5- Di sekolah, sukan merupakan aktiviti sekolah yang sangat digalakkan
F6- Penubuhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)
F7- MSSM ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
F8- Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan dua tahun sekali
F9- SUKMA dapat mengeratkan perpaduan antara kaum
F10- SUKMA dapat mengeratkan hubungan antara negeri
F11-Dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain, penonton dan penggiat sukan

Friday, September 25, 2009

TIMES : SPM2009 Last Minute Tips - Sejarah

Sejarah

SPM Sejarah terdiri daripada dua kertas soalan iaitu Kertas 1 (berbentuk objektif) – tempoh masa 1 jam dan Kertas 2 (berbentuk subjektif) – tempoh masa 2 jam 30 minit. Ikutilah panduan ini untuk menjawab kertas-kertas soalan tersebut.

Kandungan
1. Strategi Menjawab Kertas 1
Bentuk Soalan
Soalan Aneka Pilihan
Soalan Aneka Gabungan
Soalan Pemahaman Konsep
Soalan Bertanyakan Sebab Musabab atau Faktor
Soalan Akibat atau Kesan
Peranan dan Sumbangan Tokoh
Soalan Kemahiran Berfikir
2. Strategi Menjawab Kertas 2
Membaca Soalan
Memilih Soalan
Merangka Jawapan
Menulis Jawapan
Menyemak Jawapan
Pengurusan Masa
3. Kelemahan Jawapan Pelajar
Kurang Memahami Arahan Soalan
Tidak Memahami Kehendak Soalan
Skop Jawapan Tidak Mengikut Peruntukan Markah
Fakta Sejarah Kurang Tepat
Kelemahan Teknik Penulisan
Calon Tidak Menjawab Langsung Soalan Kemahiran Berfikir
Calon Tidak Tahu Teknik Mengulangkaji Buku Sejarah
1. Strategi Menjawab Kertas 1
Baca dengan teliti dan fahamkan soalan dan gariskan kehendak soalan. Berikan perhatian setiap frasa dan kata kunci yang penting dalam soalan dan pernyataan yang diberikan.
Kenal pasti kehendak soalan sama ada definisi sesuatu istilah, faktor, kesan, kronologi peristiwa, sumbangan tokoh, matlamat sesuatu organisasi atau soalan menanyakan sesuatu nilai murni atau unsur patriotisme.
Bagi soalan yang mudah, tentukan pilihan jawapan yang tepat dan abaikan perangkap jawapan atau pengganggu jawapan.
Bagi menjawab soalan yang sukar, calon perlu membaca semua pilihan jawapan yang diberikan dan menyingkirkan setiap perangkap jawapan sehingga tinggal satu sahaja jawapan yang tepat.
Kenal pasti fakta yang kurang tepat dan kurang penting yang menjadi perangkap atau pengganggu jawapan.
Jawab soalan yang senang dahulu, tandakan (bulatkan) nombor soalan yang sukar dan jawab kemudian.
Pindahkan jawapan ke dalam borang OMR dengan teliti dan hitamkan pilihan jawapan selari dengan nombor soalan.
Masa menjawab bagi satu soalan ialah satu minit tiga saat, jangan mengambil masa terlalu lama untuk menjawab satu-satu soalan.
Peruntukan masa yang mencukupi untuk menyemak pilihan jawapan dan borang jawapan OMR.
Bentuk Soalan

Soalan objektif Kertas 1 mengandungi dua bentuk iaitu aneka pilihan dan aneka gabungan. Dalam soalan objektif aneka pilihan pelajar perlu memilih satu sahaja jawapan yang tepat daripada A, B, C dan D. Manakala soalan aneka pelengkap memerlukan pelajar memadankan pilihan jawapan yang mengadungi fakta yang tepat sama ada I dan II; I dan IV atau II dan III atau III dan IV.

Soalan Aneka Pilihan

Bagaimanakah Perang Dunia Kedua (1939-1945) bermula di Eropah?

A Rusia memasuki Berlin
B Itali menceroboh Perancis
C Jerman menyerang Poland
D Austria mengancam Serbia

Ulasan Jawapan:
Soalan ini berbentuk secara langsung dan agak mudah dijawab. Justeru pelajar tidak perlu mengambil masa yang agak lama untuk menjawab soalan ini. Soalan ini dikemukakan kepada calon berasaskan kepada topik bab 9 Malaysia dalam Kerjasama Antarabangsa. Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland dari Barat manakala USSR menyerang Poland dari timur. Serangan itu menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Ketiga-tiga perangkap jawapan ini iaitu pilihan jawapan A, B dan D mengandungi fakta yang tidak tepat dan kurang penting. Jawapannya ialah C.

Soalan Aneka Gabungan

Perlembagaan Malaysia menetapkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Antara berikut yang manakah bidang kuasa baginda?
I Membubarkan Parlimen
II Mengisytiharkan darurat
III Mengetuai Kerajaan Persekutuan
IV Mempengerusikan perkhidmatan awam

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Ulasan Jawapan:
Soalan ini agak sukar jika pelajar tidak dilengkapi dengan fakta tentang sistem pemerintahan di negara kita. Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini. Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja. Jawapannya ialah A (I dan II).

Soalan Pemahaman Konsep

Soalan bentuk pemahaman konsep menguji kefahaman calon mengenai sesuatu ideologi, pemikiran, dasar, falsafah, dan istilah yang penting dalam sejarah peradaban manusia.

Contoh soalan (i) :

Berdasarkan pernyataan di atas bagaimanakah legalisme dilaksanakan?
A Juri dilantik daripada kalangan bangsawan
B Raja harus memiliki kuasa yang utuh
C Rakyat di bawah penguasaan tentera
D Hakim dibayar gaji yang tinggi

Contoh soalan (ii) :

Bagaimanakah Rome menjadi sebuah republik pada tahun 509 S.M.?
A Penaklukan orang gasar
B Penjajahan Julius Caesar
C Pertabalan Maharaja Augustus
D Pemberontakan golongan patrician

Contoh soalan (i) :

Bagaimanakah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah?
A Memencilkan diri
B Mengelak ancaman musuh
C Mengamalkan semangat kesukuan
D Mengamalkan kepercayaan politeisme

Ulasan Jawapan:
Perkataan yang ditanda gariskan di atas adalah contoh istilah atau konsep yang sering disoal pada setiap tahun. Pelajar mesti memahami maksud perkataan yang ditanda gariskan untuk memahami soalan. Jika pelajar tidak memahami istilah-istilah tersebut sudah tentulah calon mudah terkeliru dengan pengganggu (distraktor) yang diberi. Cuba cari jawapan bagi soalan tersebut.

Soalan Bertanyakan Sebab Musabab atau Faktor

Pelbagai teknik penyoalan dikemukan kepada calon sama ada bertanyakan dalam bentuk persoalan mengapakah, tujuan punca dan faktor. Pelajar perlu memilih jawapan yang tepat berpandukan kepada kepada sebab yang paling relevan dengan kehendak soalan.

Contoh soalan (i)

Mengapakah Sultan Mansur Shah menghantar kitab al-Dur al-Manzum ke Samudera Pasai?
A Untuk dibahaskan
B Sebagai mas kahwin
C Untuk diterjemahkan
D Sebagai tanda persahabatan

Contoh soalan (ii)

Mengapakah Jata Negara penting kepada warganegara Malaysia?
I Memupuk perpaduan
II Menanam semangat patriotisme
III Mengukuhkan kedaulatan sultan
IV Menjaga hak ketuanan Melayu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Ulasan Jawapan:
Kedua contoh soalan di atas adalah mengenai sebab atau faktor. Kadangkala soalan menyediakan hanya satu pilihan jawapan dan kadang kala soalan menyediakan lebih daripada dua pilihan jawapan. Pelajar mesti berhati-hati dan menimbangkan semua fakta sebelum memilih jawapan yang tepat dan betul. Jawapan bagi contoh soalan (i) ialah C manakala jawapan bagi contoh soalan (ii) ialah A (I dan II).

Soalan Akibat atau Kesan

Soalan bentuk ini menghendaki pelajar memahami kesan akibat daripada sesuatu peristiwa, pelaksanaan daripada sesuatu perjanjian, dasar, tindakan atau akta yang dilaksanakan terhadap sesebuah bangsa dan masyarakat dunia. Pelajar perlu mengenal pasti sesuatu kesan.

Contoh soalan (i):

Jadual 1 berkaitan dengan peristiwa pengenalan Malayan Union di Tanah Melayu.

Tahun
Peristiwa

1946
Pengenalan Malayan Union


Jadual 1

Apakah kesan peristiwa tersebut kepada orang Melayu?
A Perpaduan kukuh
B Ekonomi meningkat
C Budaya berkembang
D Kuasa Sultan bertambah

Contoh soalan (ii)

Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani pada tahun 1494.
Apakah kesan perjanjian tersebut?
A Pembahagian kawasan pengaruh
B Pembayaran pampasan perang
C Keruntuhan institusi beraja
D Kemunculan negara baru

Ulasan Jawapan:
Kedua soalan di atas merujuk kesan sesuatu peristiwa terhadap perkembangan politik, ekonomi ataupun sosial sesuatu zaman. Oleh itu pelajar mesti memahami kaitan sebab dan kesan dalam peristiwa sejarah. Jawapan bagi contoh soalan (i) ialah A manakala jawapan bagi contoh soalan (ii) ialah A.

Peranan dan Sumbangan Tokoh

Pelajar perlu mengetahui dan meneliti sumbangan serta peranan seseorang tokoh yang terkenal dalam setiap tamadun dan sesuatu peristiwa sejarah itu. Pelajar perlu memahami pemikiran serta idea setiap tokoh terutamanya yang melibatkan ahli falsafah, tokoh intelektual, pemimpin negara dan pemimpin persatuan.

Contoh soalan (i)

Apakah sumbangan Ibn Battuta yang menjadi rujukan sehingga kini?
A Merancang strategi perang
B Mengasas teori matematik
C Memperkenalkan ilmu perubatan
D Mencatat kawasan pengembaraan dengan tepat

Contoh soalan (ii)

Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba?
I Kolar kuda
II Pedati beroda
III Sistem kalendar
IV Tulisan hieroglif

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Ulasan Jawapan:
Soalan sumbangan biasanya merujuk kepada pencapaian sesuatu tokoh atau pencapaian sesuatu tamadun. Jika sumbangan tokoh atau tamadun itu terlalu banyak, maka pelajar harus mengingat sumbangan yang paling penting diikuti dengan sumbangan-sumbangan lain yang kurang penting. Jawapan bagi contoh soalan (i) ialah D manakala jawapan contoh soalan (ii) ialah D (III dan IV)

Soalan Kemahiran Berfikir

Pelajar juga perlu membiasakan diri dengan soalan Kemahiran Berfikir seperti membanding membeza, meramal, menganalisis, mengaplikasi, mensintesis, menyelesaikan masalah dan mengambil iktibar daripada sesuatu peristiwa atau fakta sejarah.

Contoh soalan (i)

Jadual 1 merujuk kepada penubuhan parti politik di Sabah.

Tahun
Pertubuhan

1961
Parti Perikatan Sabah

1962
Parti Perikatan Sarawak


Jadual 2

Apakah persamaan pertubuhan tersebut?
A Menyokong gagasan Malaysia
B Menuntut kemerdekaan negeri
C Mengembalikan kuasa rakyat
D Menyekat pengaruh komunis

Contoh soalan (ii)

Apakah pengajaran kepada masyarakat Tanah Melayu sekiranya ingin menguasai semula perlombongan bijih timah daripada pelombong Eropah pada abad ke-20?
I Mengumpul modal
II Menguasai teknologi
III Membayar pampasan
IV Mempunyai pasaran baru

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Ulasan Jawapan:
Sila cari jawapannya di dalam buku teks bagi soalan (i) dan soalan (ii).

2. Strategi Menjawab Kertas 2
Membaca Soalan

Pelajar seharusnya membaca dengan teliti setiap arahan soalan, kehendak dan tugasan soalan. Pelajar perlu membaca dan memahami arahan soalan terlebih dahulu. Arahan soalan bagi Kertas 2 menjelaskan bahawa pelajar perlu menjawab semua soalan struktur daripada Bahagian A dan 3 soalan daripada mana-mana lima soalan dalam Bahagian B. Manakala jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk esei.

Kemudian baca frasa demi frasa serta perkataan yang terdapat dalam soalan. Fahami dan selami maksud soalan serta pernyataan yang ada kaitan dengan soalan. Serentak dengan itu, garis atau bulatkan kehendak soalan yang menjadi kata kunci penting dalam setiap soalan. Jika pelajar terlepas pandang kata kunci tersebut kemungkinan jawapan pelajar akan terpesong.

Berdasarkan analisis soalan tahun-tahun lepas, terdapat pelbagai aspek tugasan soalan yang perlu diberi perhatian. Berikut adalah tugasan soalan yang sering ditanya.

Bil.
Tugasan soalan
Contoh

1.
Konsep, takrif, maksud
Matrilineal, politeisme, monarki, oligaki, tirani

2
Sebab-musabab, faktor, punca
Faktor imperialisme barat, faktor kebangkitan semangat kebangsaan, sebab pembentukan Malaysia

3.
Ciri-ciri
Ciri Sistem Ahli, ciri kerajaan agraria dan maritim

4.
Kesan
Kesan Revolusi Pertanian, Revolusi Perindustrian

5.
Matlamat
Penubuhan ASEAN, Komanwel, OIC, PBB, NAM

6.
Peranan, sumbangan, perjuangan
Dato’ Onn Jaafar, Abdul Rahman Limbong, Kesatuan Melayu Muda

7.
Perkembangan
Perkembangan mata wang, Proses penggubalan undang-undang

8.
Langkah, kronologi peristiwa
Penentangan Tok Janggut

9..
Pendapat, kemahiran berfikir
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, buktikan,

10.
Perbandingan
Agraria dengan maritim, Adat Perpatih dan Adat Temenggung



Memilih Soalan

Pelajar perlu memilih soalan yang mereka tahu sepenuhnya isi-isi jawapan yang perlu dikemukakan dengan tepat. Pilihlah soalan yang mudah dijawab kerana pelajar akan dapat menjawabnya dengan lancar. Tentukan yang anda dapat mengemukakan isi-isi jawapan mengikut kehendak soalan serta memenuhi markah yang diperuntukan dalam setiap ceraian soalan. Setiap isi (fakta, huraian dan contoh) diperuntukan satu markah. Jika markah yang diperuntukan ialah 5 markah bermakna pelajar mesti mampu menyediakan sekurang-kurangnya lima isi.

Merangka Jawapan

Sebelum menulis jawapan pelajar perlu merangka isi yang hendak dikemukakan.
Rangka jawapan penting untuk menghasilkan jawapan yang teratur, tidak mengulangi fakta, tidak terpesong daripada kehendak soalan, mengelakkan pelajar daripada meninggalkan isi-isi penting. Pelajar juga akan dapat menulis jawapan dengan lancar. Rangka jawapan boleh berpandukan kepada kunci kata yang mudah difahami serta diingati. Rangka jawapan boleh ditulis menggunakan perkataan yang ada kaitan dengan tema. Berikut adalah contoh-contoh rangka jawapan.

Kunci Kata
Rangka jawapan boleh berpandukan kepada kunci kata (poin penting) yang terdapat dalam subtopik tertentu. Kata kunci yang dipilih berdasarkan idea-idea serta fakta dalam tajuk tersebut.

Soalan :
Jelaskan faktor yang mempengaruhi kemunculan bandar baru pada awal kurun ke-20 di Tanah Melayu.
Rangka jawapan bagi soalan di atas berdasarkan tema-tema berikut;
...Perlombongan
...Ekonomi moden
...Pertanian dagangan
...Pengangkutan
...Pusat Pentadbiran
...Persimpangan jalan
...Penduduk
...Penghijrahan

Menulis Jawapan

Pelajar perlu menulis jawapan bagi soalan paling mudah terlebih dahulu. Pelajar tidak perlu menulis pendahuluan dan kesimpulan kerana tidak ada markah diperuntukkan jika berbuat demikian.

Huraikan fakta dengan ayat yang lengkap. Ayat yang dibina mestilah ringkas, mudah difahami dengan tepat. Elakkan membina ayat yang tergantung dan dalam bentuk catatan ringkas. Berikan sekurang-kurangnya dua contoh bagi soalan yang berkehendakkan contoh.

Bagi setiap isi jawapan perlu mengandungi isi yang ada kaitan dengan fakta. Susunkan fakta-fakta dalam perenggan yang sesuai supaya jawapan yang dikemukakan memperlihatkan kebolehan serta kemahiran mengenai pengetahuan sejarah dan kematangan calon sendiri. Jumlah isi atau panjang serta pendek jawapan bergantung kepada peruntukan markah yang tertera di bawah soalan.

Tuliskan dengan terang, kemas, bersih dan mudah dibaca. Gunakan penanda wacana yang sesuai bagi mengaitkan sesuatu ayat seterusnya atau dengan perenggan lain. Sediakan ruang kosong di akhir jawapan bagi membolehkan calon menambah isi jawapan yang tertinggal.

Menyemak Jawapan

Semak jawapan anda sama ada nombor soalan ditulis mengikut jawapan yang ditulis. Pastikan ejaan nama-nama tokoh dan perjanjian ditulis dengan tepat. Calon dikehendaki meluangkan masa menyemak jawapan yang ditulis supaya tidak tertinggal isi-isi penting.

Pengurusan Masa

Pelajar perlu menguasai kemahiran mengeluarkan ilmu yang telah dipelajari dalam bentuk isi-isi jawapan dalam tempoh yang ditetapkan secara cekap, tepat dan cepat. Justeru 5 hingga 6 minit perlu digunakan untuk membaca arahan pada kertas soalan, membaca semua soalan, memilih soalan, menyediakan rangka jawapan. Jangan terlalu lama menjawab satu-satu soalan sehingga mengabaikan soalan lain yang sepatutnya dijawab.

3. Kelemahan Jawapan Pelajar
Pelajar perlu menguasai kemahiran, strategi, teknik dan kaedah menjawab soalan dengan betul dan tepat. Pelajar perlu membaca dengan teliti, merancang, berfikir, cekap mencatat isi (fakta, huaraian dan contoh) menulis dengan sistematik, dan menyemak jawapan. Ramai pelajar gagal mendapat markah yang baik kerana melakukan kesalahan berikut:

Kurang Memahami Arahan Soalan

Setiap pelajar mesti menjawab semua soalan Bahagian A dan tiga soalan daripada Bahagian B. Terdapat pelajar yang menjawab empat hingga lima soalan di Bahagian B. Tindakan menjawab tidak mengikut arahan soalan akan merugikan masa dan menyebabkan pelajar hilang tumpuan untuk menjawab soalan yang sepatutnya.

Tidak Memahami Kehendak Soalan

Terdapat di kalangan pelajar yang kurang memahami kehendak soalan kerana membaca sekali lalu sahaja. Pelajar seharusnya membaca dengan teliti kata tugasan soalan dan kehendak soalan. Jika tidak nanti, lain yang ditanya, lain yang dijawab.

Skop Jawapan Tidak Mengikut Peruntukan Markah

Dalam Kertas 2, calon mesti meneliti jumlah markah yang terdapat pada hujung soalan untuk memahami kehendak isi jawapan. Jika markahnya banyak (misalnya 8 markah) sudah tentulah jawapannya agak panjang kerana pelajar perlu mencari 8 isi. Ramai pelajar menjawab terlalu pendek untuk menjawab soalan yang banyak peruntukan markah dan setengahnya pula ada yang menjawab terlalu panjang untuk markah yang sedikit.

Fakta Sejarah Kurang Tepat

Pelajar seharusnya mengetahui dan memahami fakta sejarah dengan jelas dan tepat. Latar tempat, latar masa, nama tokoh, nama peristiwa, nama perjanjian, nama organisasi, peristiwa yang berlaku dan sebagainya merupakan perkara penting yang perlu ditulis dengan tepat.

Kelemahan Teknik Penulisan

Mengikut arahan soalan, pelajar perlu menulis esei bagi soalan Kertas 2. Penulisan esei memerlukan pelajar membina ayat yang lengkap, gramatis dan mudah difahami serta boleh memberi makna kepada fakta sejarah yang dipaparkan. Namun demikian, kesilapan yang sering dilakukan oleh sesetengah pelajar ialah membina ayat tergantung, umum dan menggunakan ‘point form’

Sungguhpun isi jawapan serta fakta yang ditulis itu betul dan tepat tetapi ayat yang dibina tidak dapat berdiri sendiri atau difahami dengan sempurna. Kesilapan ini menyebabkan pelajar diberi separuh markah separuh daripada markah penuh.

a) Ayat yang tergantung:
Soalan : Terangkan empat cara penyebaran ajaran Islam di Asia Tenggara (8 markah)

Contoh jawapan:

- Pedagang Islam menjalin hubungan perdagangan (0/1 m)
- Mereka mengembangkan ajaran Islam (0/1 m)

Ayat sepatutnya :

“Pedagang Islam keturunan Arab, Cina dan India (1 m) telah menjalin hubungan perdagangan dengan pelabuhan utama di Asia Tenggara” (1 m).

“Mereka mempunyai sikap mahmudah dan tingkah laku yang baik (1m) menyebabkan ramai penduduk tempatan memeluk agama Islam” (1m).

“Pedagang juga membawa bersama ulama dan pendakwah (1m) dan menetap di pelabuhan yang mereka singgah.”(1m)

Ayat yang dibina di atas lengkap dan boleh berdiri sendiri. Jawapan ini diberi 6 markah.

b) Menulis “Point Form”
Soalan : Jelaskan sembilan kejayaan yang dicapai oleh ASEAN (9 markah)

Contoh jawapan :

- mesyuarat Menteri Luar ASEAN
- menandatangani deklarasi Kuala Lumpur
- ZOPFAN
- projek baja urea
- RECSAM
- SEAMEO
- EAEC

Jawapan di atas menggambarkan pelajar tersebut tahu tentang isi jawapan tetapi tidak tahu hendak menghuraikannya kerana ketidakcukupan maklumat.

Oleh kerana tidak dapat memperkembangkan isi, pelajar tersebut tidak berjaya mendapat markah penuh.

c) Membina jadual :
Adakalanya pelajar tersilap langkap apabila menjawab dengan menggunakan jadual. Kemungkinan ada pelajar yang menganggap mereka akan memperolehi markah penuh dengan berbuat sedemikian. Sebenarnya, membina jadual belum menunjukkan yang pelajar tersebut telah menjawab soalan dalam bentuk esei. Tiada arahan soalan yang meminta pelajar mengemukakan jadual. Sungguhpun pelajar yang membina jadual itu mengetahui dengan lengkap fakta-fakta yang perlu dikemukakan tetapi dengan membina jadual akan menjejaskan markah penuh pelajar yang sepatutnya diperolehi. Contoh jadual yang dibina;

Soalan : Bezakan antara ciri-ciri Adat Temenggung dengan Adat Perpatih

Adat Temenggung
Adat Perpatih

Mengutamakan kaum lelaki
Mengutamakan kaum perempuan

Pemerintahan bercorak autokrasi
Pemerintahan bercorak demokratik

Hukuman menghukum penjenayah
Hukuman bersifat pemulih

Berkahwin dengan siapa sahaja yang dibenarkan oleh hukum syarak
Berkahwin dengan suku kaum lain

Mengutamakan anak lelaki mewarisi harta
Mengutamakan anak perempuan mewarisi harta

Pelajar hanya diberi 5/10 markah jika menulis jawapan dalam bentuk jadual.

Calon Tidak Menjawab Langsung Soalan Kemahiran Berfikir
Soalan Kemahiran Berfikir bertujuan menduga sejauhmana kefahaman calon dan ketajaman pemikiran calon SPM terhadap sesuatu isu yang berkaitan dengan fakta sejarah. Kebanyakan soalan Kemahiran Berfikir di Bahagian A (Soalan Struktur) terdapat di pecahan soalan (d) atau (e) yang menyumbang kepada 3 markah. Manakala Soalan Kemahiran Berfikir di Bahagian B biasanya terdapat pada pecahan soalan bahagian (c). Malangnya ramai calon enggan menjawab soalan tersebut kerana dikatakan sukar mencari fakta yang logik, betul dan tepat dengan soalan. Sebagai contoh lihat ceraian soalan SPM 2007 dan SPM 2008 :
Bahagian A (Struktur)

Ceraian Soalan Sejarah SPM 2007

1 (e) Senaraikan tiga ikhtibar yang boleh diambil oleh generasi muda hari ini daripada masyarakat kerajaan maritim (3 markah)

2 (d) Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah anda mengamalkan ciri kepimpinan Islam dalam pentadbiran (3 markah)

3 (e) Slogan “Beban Orang Putih” digunakan oleh kuasa British dan Belanda atas alasan untuk memimpin masyarakat Timur ke arah kesejahteraan. Adakah anda bersetuju dengan alasan tersebut?
Beri pandangan anda. (3 markah)

4 (e) Tindakan bijak Tunku Abdul Rahman membentuk Malaysia memberi kebaikan kepada rakyat negara kita sehingga kini.
Berikan dua bukti untuk menyokong pernyataan ini. (3 markah)

Ceraian Soalan Sejarah SPM 2008

1 (e) Pada pandangan anda, apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi kepada sesebuah negara? ( 2 markah)

2 (d) Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Hudaibiyah demi memperkukuhkan perpaduan dan keamanan negara kita Malaysia. (3 markah)

3 (e) Pada pandangan anda mengapakah penentangan tersebut gagal? (2 markah)

4 (d) Pada pandangan anda, adakah PBB berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai badan pengaman dunia? Beri alasan anda. (2 markah)

Bahagian B (Esei)

Ceraian Soalan Sejarah SPM 2007

7 (c) Negara kita Malaysia dibentuk tanpa pertumpahan darah. Jelaskan pernyataan di atas berdasarkan pengetahuan sejarah anda (4 markah).

9 (c) Dasar luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan serta keamanan serantau dan dunia telah memberi kebaikan kepada negara kita.
Jelaskan pernyataan di atas berdasarkan pengetahuan sejarah anda. ( 6 markah)

Ceraian Soalan Sejarah SPM 2008

5 (c) Berdasarkan pemerhatian anda, apakah pencapaian Malaysia kini yang boleh menjadi kebanggaan generasi akan datang? (6 markah)

6 (c) Bagaimanakah pengamalan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah menghalang pembentukan masyarakat bermoral? (6 markah)

7 (c) Berikan empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya menjadi warga Malaysia yang berupaya mempertahankan kedaulatan negara. (4 markah).

8 (c) Apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh pembesar Melayu untuk memastikan mereka terus menguasai perlombongan bijih timah pada masa itu? (8 markah).

9 (c) Jelaskan peranan generasi muda Malaysia dalam memajukan ekonomi negara.

Cuba bandingkan bentuk soalan kemahiran berfikir pada tahun 2007 dengan 2008. Soalan struktur dan esei 2008 lebih banyak menggunakan hasil pembelajaran aras tiga Huraian Sukatan Pelajaran Malaysia (HSP) Sejarah. Sebagai panduan, cuba cari isi jawapan soalan tersebut berdasarkan buku teks, buku rujukan atau pembacaan anda. Jika anda masih tidak dapat mencari isi menggunakan cara tersebut, gunakanlah logik akal anda. Tulis semua isi yang anda fikirkan berdasarkan logik akal (common sense) dan tulis dalam ayat yang lengkap. Mana-mana jawapan anda yang difikirkan paling munasabah dan hampir dengan skema jawapan biasanya akan dianggap betul oleh pemeriksa!

Calon Tidak Tahu Teknik Mengulangkaji Buku Sejarah

Membaca merupakan satu proses yang penting bagi memahami peristiwa sejarah. Biasanya pelajar mudah bosan, jemu, mengantuk, kurang tumpuan dan fikiran mereka mula menerawang ke sana kemari ketika membaca atau mengulangkaji buku sejarah. Oleh itu penulis mencadangkan agar pelajar membaca secara kritikal. Apakah membaca secara kritikal? Membaca secara kritikal adalah kaedah yang betul semasa membaca buku sejarah. Dengan menggunakan cara ini anda merasa seronok dan anda tidak akan merasa bosan. Minat juga mula timbul apabila anda mula memahami isi kandungan yang dibaca. Langkah-langkah berikut perlu diambil bagi memastikan pelajar membaca secara kritikal, aktif dan berkesan.

• Pilih masa belajar yang sesuai
• Mengumpulkan semua bahan yang diperlukan pada suatu tempat
• Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan satu kaki dari mata
• Mulakan dengan membaca Bismillah dan doa penerang hati.
• Melihat sekali imbas. Tujuannya supaya anda dapat gambaran kasar mengenai bahan yang mahu dibaca. Apabila anda jelas apa yang bakal anda temui semasa membaca, ia dapat merangsang minat. Lihat tajuk-tajuk kecil dan lihat perkaitan tajuk-tajuk kecil tersebut. Amati rajah, peta, jadual, carta, ilustrasi, gambar dan sebagainya. Lihat soalan-soalan yang ada di bab tersebut. Catatkan sebarang persoalan sekiranya ada.
• Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan dan penutup. Biasanya penulis buku teks menerangkan apa yang anda ingin ketahui di bahagian pendahuluan dan membuat rumusan di bahagian penutup.
• Baca secara terperinci ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan. Setiap ayat itu penting kerana ia menjelaskan setiap konsep dan istilah yang ada.
• Terjemahkan setiap penjelasan itu di dalam peta minda. Jangan pindah perenggan selagi anda tidak memahami apa yang anda sedang baca. Perlahankan rentak bacaan anda di bahagian yang sukar. Ulang baca beberapa kali sekiranya perlu.
• Gariskan fakta penting dan highlight setiap kata kunci.
• Yakinkan diri yang anda menguasai apa yang anda baca.
• Selepas habis satu perenggan, satu muka surat ataupun satu sub topik, tutup buku anda dan gambarkan semula apa yang anda baca. Ambil sehelai kertas kosong atau buku nota dan lakarkan kembali apa yang anda baca dalam bentuk lakaran peta minda. Setiap setengah jam, rehatlah sebentar kira-kira 5 minit.
• Akhir sekali, setelah selesai mengurang kaji luangkan masa antara 60 hingga 90 saat. Buat proses dumping. Keluarkan apa yang anda tahu dan buat dalam bentuk contengan. Anda tidak perlu menulis dengan kemas kerana ia bukan untuk nota simpanan, sebaliknya untuk lakaran idea sahaja.
• Cubalah! Mudah bukan? Selamat belajar.

Thursday, July 30, 2009

TAJUK FOKUS SEJARAH SPM 2009

TAJUK FOKUS SPM 2009

TINGKATAN EMPAT

BAB 2 (PENINGKATAN TAMADUN) *
-TAMADUN INDUS
-ASPEK EKONOMI

BAB 3 (TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA) **
-AGRARIA
-PENGARUH HINDU-BUDHA

BAB 6 (PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGAN) **
-KERAJAAN UMAWIYAH
-KERAJAAN UTHMANIAH
-

BAB 8 (PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT) **
-ASPEK PERDAGANGAN
-ASPEK PENDIDIKAN

BAB 9 (PERKEMBANGAN DI EROPAH) **
-ZAMAN GELAP
-ZAMAN RENAISSENCE

BAB 10 (DASAR BRITISH DAN KESANNAY KEPADA NEGARA) *
-BURUH LUAR
-PERBANDARAN


TINGKATAN LIMA

BAB 1 (KEMUNCULAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA) **
-BIOKRASI
-NASIONALISME

BAB 2 (NASIONALISME DI NEGARA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA) **
-AKBAR DAN MAJALAH
-NASIONALISME OLEH PERSATUAN

BAB 5 (PEMBINAAN NEGARA BANGSA YANG MERDEKA) **
-PAKATAN MURNI

BAB 7 (SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA) **
-KUASA PEMERINTAH
-NEGARA PERSEKUTUAN
-LAMBANG

BAB 9 (MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA) **
-GLOBALISASI
-BLOK DUNIA DAN PERANG DINGIN

Tuesday, February 24, 2009

KULIAH SEJARAH

KULIAH SEJARAH

MASA : SEJARAH
TEMPAT : DEWAN KULIAH DAMASCUS V

PENSYARAH
CG ARIFF

KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
ADAM ROFIE
NURESYAM
RAMZI
SAIFUL ADLI

NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
SYAFIQ
SYAZILIE
NOOR RAIHAN
ZULKHAIRI

KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA & BANGSA
IZZUL AZFAR
MUINUDIN
FARIS FITRI
FATHI SIDQI

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
FARIS NAIM
HANIF IKHWAN
AFIQ
ATIF
HANIF ASLAM

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
MAWARDI
HAZMI
ILHAM HAKIMI
NAIM MAZELAN

PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
ABDULLAH RABBANI
ABRAR
KHAIRUL NAZWAN

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
NABIL FIKRI
FIRDAUS
IDLAN
IZUDDIN

PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN
NABIL AMIN
ZAINAL ARIFIN
IKHWANUDDIN