Kegiatan lumba haram sering menjadi ikutan remaja masa kini. Ibu bapa sering dipersalahkan apabila anak-anak terlibat dalam gejala tersebut.
Pada pendapat anda, wajarkah ibu bapa dipersalahkan dalam hal ini?
Beri komen anda berhubung isu tersebut.
Tema: lumba haram
Isu: Ibu bapa wajar dipersalahkan dalam penglibatan anak-anak.
Menulis karangan:
1.Pendahuluan:
-Definisi lumba haram.
-Golongan yang terlibat, biasanya secara berkumpulan.
-Penyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya
2. Isi:
1. Ibu bapa wajar dipersalahkan dalam mengawal kegiatan anak-
anak(punca).
- ibu bapa sibuk mencari rezeki/bekerja sehingga ketiadaan masa untuk mengawal pergerakan anak-anak – letih selepas pulang dari bekerja.
2. Ibu bapa terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak
– tiada/kurang kawalan.
- menurut segala kemahuan/keinginan anak-anak – membeli motor
menyebabkan nereka menjadi liar.
Ungkapan menarik yang sesuai: “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, “sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.”
3. Faktor lain/punca lain:
1.Sikap remaja itu sendiri – ingin mencuba, menunjukkan kehebatan apabila berada di jalan raya., tidak mahu dikongkong dan pantang dicabar.
2.Pengaruh persekitaran dan rakan sebaya yang suka berlumba.
-Pengaruh melalui media elektronik (filem/ televisyen) yang memaparkan aksi-aksi hebat Mat Rempit di jalan raya dan remaja cuba meniru.
-Masyarakat tidak ambil peduli /kurang teguran ( Ungkapan menarik : “jaga
tepi kain orang,” “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing” )
4. Langkah-langkah:
- Ibu bapa perlu lebih prihatin – bertindak tegas terhadap anak-anak.
- Penguatkuasaan undang-undang, rondaan lebih kerap, pasang kamera litar tertutup.
- Kempen, ceramah.
5. Kesimpulan :
Semua pihak perlu bekerjasama
Ungkapan menarik : “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment