Friday, March 12, 2010

Program Tajaan Biasiswa Yayasan TM 2010

.: BIASISWA LUAR NEGARA :.

Syarat permohonan:1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak melebihi 19 tahun semasa permohonan dikemukakan.
3. Lulus dengan jayanya dalam peperiksaan SPM tahun sebelumnya dengan mendapat A bagi lapan (8) matapelajaran utama yang berkaitan mengikut bidang yang akan diikuti seperti berikut:-

Bidang Kejuruteraan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat atau kursus-kursus yang berasaskan sains dan teknikal.
- Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik dan Sains Tulen/ Teknologi/ Teknologi Maklumat.

Bidang Pengurusan (Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Pemasaranp atau kursus-kursus yang tidak berasaskan sains dan teknikal).
- Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Dua (2) subjek elektif terbaik dari kumpulan Sains Tulen/Sastera Iktisas/Teknologi.

Tarikh Tutup : 23 Mac 2010

APPLY HERE 

No comments:

Post a Comment