Saturday, May 1, 2010

KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA (UPU)

*Hanya sebagai rujukan

Soalan Lazim bagi kemasukan pelajar ke IPTA (UPU) Jabatan Pengajian Tinggi 2009/2010
Permohonan
 
1.
Bilakah pelawaan iklan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010 disiarkan?
 
Pelawaan  iklan  permohonan  kemasukan  ke  IPTA  bagi Sesi Akademik 2009/2010:
1. Lepasan Diploma/Setaraf : 04 Januari 2009
2. Lepasan STPM/STAM : 01 Februari 2009
3. Lepasan SPM/Setaraf : 01 Februari 2009
2.
Bilakah  Pemohon  boleh mengemukakan  permohonan kemasukan ke IPTA?
 
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2008/2009 boleh  dikemukakan  mengikut  program  melalui  Aplikasi  Dalam Talian mulai tarikh seperti berikut;
1. Lepasan Diploma/Setaraf : 05 Januari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)
2. Lepasan STPM/STAM : 03 Februari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)
3. Lepasan SPM/Setaraf : 03 Februari 2009 (capaian mulai 12 tengah hari)
3.Bilakah  tarikh  tutup  Permohonan  Kemasukan  ke  IPTA  Sesi Akademik 2008/2009?
 
Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:-

1. Lepasan Diploma/Setaraf : 05 Februari 2009
2. Lepasan STPM 2008 10 hari bekerja selepas keputusan STPM 2008 diumumkan
3. Lepasan STAM 2008,2007,2006 : 10 hari bekerja selepas keputusan STAM tahun 2008
4. Lepasan SPM : (Kategori B, C dan D) 03 Mac 2009
5. Lepasan SPM 2008 : 10 hari bekerja selepas keputusan SPM tahun 2008
4.Bagaimanakah untuk mendapatkan borang  permohonan kemasukan ke IPTA ?
 Mulai Sesi Akademik 2009/2010, tiada lagi penjualan borang permohonan kerana permohonan kemasukan ke IPTA adalah melalui Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya di laman web upu.mohe.gov.my

Terdapat 2 kaedah untuk mendapatkan Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian :-

1.Pesanan secara pukal melalui sekolah atau
2.Pembelian terus di kaunter BSN serta ATM BSN dan SMS Banking bagi pemohon yang mempunyai akaun GIRO terpilih di seluruh Negeri sehari selepas iklan disiarkan
5.Perlukah  saya  sertakan  salinan  sijil  sebagai  bukti mengesahkan penglibatan Kokurikulum?
 Tidak  perlu. Maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.
6.
Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan?
 
Lepasan STPM/Setaraf Hanya Kategori Lepasan Diploma/Setaraf yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

Lepasan SPM/Setaraf Pemohon Lepasan SPM Kategori C dan D sahaja yang perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.
7.Bilakah keputusan  permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2008/2009 diumumkan?
 Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : Minggu akhir Jun 2009
 
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf : Minggu pertama Mei 2009
8.  Bolehkah pemohon Bukan Warganegara memohon kemasukan ke IPTA Bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?
 
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf  terbuka kepada WARGANEGARA sahaja.
9.
Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau Penduduk Tetap memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM /Setaraf?
 Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus  ke  IPTA  pilihan  melalui Pejabat  Pendaftar  Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan.
 Pemohon bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon  melalui Aplikasi Dalam Talian ke BPKP JPT untuk Permohonan Kemasukan ke IPTA.
10.Adakah pemohon dibenarkan  membuat  pertukaran/  pindaan kod program pengajian selepas mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?
 Pemohon hanya boleh mengemaskini maklumat sebanyak 3 kali sahaja.  Selepas 3  kali peluang  kemaskini,pemohon tidak dibenarkan lagi membuat pengubahsuai maklumat.
11.Adakah  pemohon  dibenarkan  menukar  program  pengajian yang ditawarkan oleh sesebuah IPTA?
 Tidak dibenarkan.
12.Adakah pemohon dibenarkan menukar IPTA setelah menerima tawaran?
 Tidak dibenarkan.
13.Apakah yang perlu saya buat jika ibu bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang?
 Anda boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di  Jabatan  Pendaftaran  Negara  terdekat  ATAU  dapatkan  surat sumpah dari Mahkamah.
14.Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2009/2010?
 Pemohon perlu mendapatkan tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi kelayakan Lepasan STPM/Setaraf yang memohon  ke Program Pengajian Ijazah Pertama di IPTA.
Hebahan/ Pertanyaan
15.Bagaimanakah  untuk mendapatkan status keputusan permohonan ke IPTA bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf ATAU program pengajian Lepasan SPM/Setaraf?
 Anda  boleh  meyemak  status  keputusan  permohonan  ke  IPTA melalui 3 kaedah berikut:
 (i)  Hotline : 03-8883 5858 (10 Talian)
 (ii) Internet
 
 
 
 (iii) SMS Taip UPU dan hantar ke 15888
16.Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke IPTA?
 Anda  diminta  merujuk  Perbadanan  Tabung  Pendidikan  Tinggi Nasional (PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut:
 
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2 Tkt. Bawah Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Height
50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-2098 3731/3732
Fax: 03-2098 3769
 Jika  ada  soalan-soalan  lain  berkenaan  dengan  kemasukan  ke IPTA, sila kemukakan ke alamat e-mail kami: upu@mohe.gov.my
Aplikasi Dalam Talian
17.Adakah kata  laluan  perlu dimasukkan  semasa proses permohonan dan apakah bentuk format  yang boleh dimasukkan dalam ruangan kata laluan?
 Semasa proses permohonan, anda diwajibkan memasukkan tiga elemen iaitu Nombor Kad Pengenalan, Unik ID dan Kata Laluan. Kata Laluan perlulah ringkas iaitu terdiri daripada enam(6) hingga lapan (8) aksara ‘alphanumeric’ sahaja supaya ianya mudah untuk diingati oleh anda.
18. Sekiranya saya kehilangan Nombor Unik ID setelah membuat permohonan,  apakah langkah  atau  cara  terbaik  untuk  saya melaksanakan proses kemas kini atau semakan permohonan?
 Sekiranya anda kehilangan Nombor Unik ID semasa permohonan Fasa 1 dan Fasa 2, anda boleh menggunakan Kata Laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan awal untuk membuat proses kemas  kini  maklumat  permohonan atau  semakan  permohonan.
 Sekiranya anda kehilangan Nombor Unik ID dan tidak mengingati Kata  Laluan, anda  perlu memaklumkan  kepada kaunselor Kolej Matrikulasi, Pegawai PASUM dan Koordinator Asasi UiTM untuk penyelarasan dengan pihak BPKP.
19.Saya membeli Nombor Unik ID dan mendapati Nombor Unik ID yang dibeli di BSN sama dengan rakan saya, apakah terdapat sebarang kesilapan yang mungkin timbul di BSN dan apakah ciri-ciri  keselamatan  yang  diterapkan  dalam  Aplikasi  Dalam Talian ini?
 Tiada sebarang kesilapan Nombor Unik ID yang dihasilkan oleh BSN  walaupun  anda  mendapati  Nombor  Unik  ID anda  sama dengan  rakan  anda,  dan  ini  adalah  kerana semua  penghasilan Nombor  Unik  ID  adalah  berdasarkan Nombor  Kad  Pengenalan.
 Bagi    mengemukakan     permohonan,     anda    perlu    memasukkan Nombor Kad Pengenalan, Nombor Unik ID dan Kata Laluan. Ini menunjukkan anda dan rakan anda yang mempunyai Nombor Unik ID yang sama akan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang berbeza.
20.Bagaimanakah    caranya    untuk    saya    mengetahui    program pengajian  yang  dipilih  adalah  program  pengajian  yang  ada temu duga?
 Program  pengajian  yang  ada  temu  duga  boleh  dikenal  pasti dengan adanya tanda (#) di bahagian akhir nama program. Contoh adalah seperti berikut:-
 KH03 - Sarjana Muda Senibina #
21.
Adakah  saya  perlu  menghantar  apa-apa  dokumen  seperti salinan  Kad  Pengenalan,  Slip  Keputusan  dan  sebagainya kepada IPTA atau BPKP?
 
Anda tidak perlu menghantar apa-apa dokumen kepada IPTA atau BPKP walaupun memilih program pengajian yang ada temu duga. Walau bagaimanapun, anda perlu mengemukakan dokumen/ sijil asal ketika menghadiri temu duga.
22.
Saya ingin mencetak semua maklumat yang telah dimasukkan, adakah saya boleh mencetak maklumat permohonan semasa mengisi maklumat?
 Maklumat permohonan hanya boleh dicetak setelah anda selesai iaitu setelah klik butang "Sah & Hantar". Cetakan daripada laman SEMAKAN dan laman  SELESAI PERMOHONAN/KEMASKINI sahaja yang boleh dicetak dan dijadikan bukti dan rujukan bahawa permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.
 Maklumat  permohonan  yang  dicetak  selain  daripada  laman  ini, TIDAK boleh dijadikan bukti permohonan kemasukan ke IPTA telah berjaya dilakukan oleh anda
23.Bagaimanakah saya boleh ketahui yang maklumat saya telah selamat diterima oleh sistem ?
 Pemohon  boleh  mengetahui  sama  ada  maklumat  telah  diterima atau  belum  dengan  memastikan  setelah  klik butang  “Sah  & Hantar”, paparan “Selesai” dipaparkan. Selain itu, pemohon juga boleh  membuat  Semakan Permohonan  bagi  mengetahui  status penerimaan sistem atas maklumat yang telah dihantar.
24. Semasa permohonan  Fasa 1, saya belum menduduki peperiksaan  semester  kedua untuk  memperolehi  keputusan akhir Matrikulasi/ KPM/ PASUM, oleh itu bagaimanakah saya ingin membuat pilihan program pengajian bagi kemasukan ke IPTA?
 
Anda boleh  membuat  pilihan  program pengajian semasa permohonan  Fasa  1  berdasarkan  keputusan  Semester  Pertama dan  setelah  keputusan  semester  akhir  diketahui,  anda  boleh membuat  pengemaskinian  pilihan  program  pengajian  semasa permohonan  Fasa  2  dibuka  berdasarkan  keputusan  sebenar
 Perlu  diingatkan  program pengajian  yang mempunyai  ujian  dan temu duga tidak boleh diubah semasa Fasa 2 sekiranya calon telah membuat pilihan program bertemu duga semasa Fasa 1.
25.Adakah  pemohon  wajib  menduduki  ujian  MEdSI  dan  Temu duga dan bilakah Ujian MEdSI dan Temu Duga dijalankan bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan?
 
Calon  yang  ingin  mengikuti  Program  Pengajian  Ijazah  Sarjana Muda  Pendidikan diwajibkan  menduduki  ujian  MEdSI  dan  temu duga yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Hanya calon  yang  memenuhi  Syarat  Am  serta  Syarat  Khas  program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri  ujian MEdSI.
 Hebahan mengenai ujian MEdSI boleh disemak mulai 10 April 2008 di laman  web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) www.mpm.edu.my

1 comment:

  1. It was very useful for me. Keep sharing such ideas in the future as well. This was actually what I was looking for, and I am glad to came here! Thanks for sharing the such information with us.

    ReplyDelete